Showing posts with label TEMUDUGA. Show all posts
Showing posts with label TEMUDUGA. Show all posts

Tips Cemerlang Exam PTD

Tuesday, February 1, 2011

http://www.catzer.com/tips-cemerlangexam-ptd.html

wah tips yg agak baguz yaa...(^_^)

Aku dpt surat panggilan ke exam ptd yang berlangsungsabtu lepas, persiapan untuk exam sgt tidak best kerana sedia maklum keadaan kesihatan yang sgt goyah. Saat aku menulis post kali ini, aku masih batuk walaupun tidak teruk spt sebelum ini. Percaya atau tidak mmg tiada ubat utk batuk even ko teguk ubat batuk seperti minum air masak setiap hari. Namun, syukur aku tidak perlu menghadirkan diri untuk ujian x-ray. Tp aku rasa bila kelapangan nanti aku akan pergi buat juga. Cuma aku perlukan masa untuk memberikan badan aku sedikit masa untuk berehat sebelum ujian x-ray.

Sabtu lepas aku ditemani kawan serumah ke SMK Seksyen 10 Kota Damansara untuk exam ptd. Exam bermula pukul 9 am dan berakhir selewat pukul 4.30 pm. Aku keletihan byk temu janji terpaksa aku cancel, sorry kengkawan serius mmg penat bila otak “google” seperti aku ini perlu memerah otak untuk menanda borang OMR dan menulis esei. Adakah internet melemahkan daya penaakulan aku? Mungkin.

Meskipun exam ptd kali ini adalah pertama kali yg aku hadiri tp mungkin tips2 ini nanti mampu membantu mereka yang bakal menduduki exam ptd walaupun buat kali yang ke berapa. Walaupun peratus kejayaan dan kegagalan aku dalam exam kali ini ialah 50-50 tp aku percaya aku agak bagus dlm menganalisis tips kejayaan untuk setiap exam yang aku duduki.

Tips pertama – Jika kalian memohon jawatan ini semasa mengisi borang SPA. Pastikan anda sentiasa alert pada persekitaran dan isu semasa dengan memperbanyakkan membaca surat khabar dan melihat berita. Mulakan skang, ya hari ni. Jika post ini kalian baca seminggu sebelum exam, aku syorkan baca blog yang sentiasa update dengan isu semasa. Serius, untuk exam kali ini blog-blog tentang isu semasa byk membantu dan jgn buang masa membaca blog politik..Mahu jadi PTD kita perlu berfikir untuk berkhidmat utk negara tidak kira di bawah kepimpinan siapa.

Tips kedua – Beli buku “Malaysia Kita”, percaya atau tidak buku ini merupakan sumber soalan hampir 60% dari soalan pengetahuan am dan alam sekitar. Aku gagal dlm mendapatkan jawapan untuk kertas ini kerana sedia maklum aku beli buku tersebut seminggu sebelum exam dan dlm keadaan goyah, x mampu aku utk menelan sume 600 muka surat. Edisi baru berwarna pink, harga dlm RM37.50 di MPH. Aku beli di MPH Bukit Raja, Klang. Jika kalian sudah expert bab sejarah tahniah..anda boleh skip 300 muka surat pertama. Untuk exam ini aku hanya membaca kurang 100 muka surat.

Tips ketiga – Pastikan cukup tido sehari sebelum exam, aku tido jam 3.00 am kerana hari itu aku mmg terlebih tido sbb mkn ubat batuk. Hanya mereka yang biasa menghadiri exam dengan keadaan tidak cukup tidur sahaja yang boleh meniru lagak gaya aku ini. Pastikan cukup tido kerana exam tersebut akan buat kalian bosan,ngantuk dan 100% penat. Satu hari mengadap borang OMR buat aku muntah.

Tips keempat – Telefon parent, mintalah doa restu mereka. Ya, aku phone mak dlm pukul 8.00 pm sehari sebelum exam. Nyata aku mengharapkan agar mereka berdua tidak menaruh harapan apa2 untuk exam kali ini. Mak hanya gelak dan aku tahu dlm hatinya ada perasaan percaya aku boleh berjaya.

Tips kelima – Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yg kemas..Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung dan lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Ya, skema..Mahu keje gomen mmg skema. Alat tulis mesti lengkap pastikan bawa lebih dr sebatang pen dan pensil. Jgn menyesal jika tiada siapa mahu pinjam kan alat tulis kerana rata-rata yg menduduki peperiksaan memang mahukan jawatan yang sama.

Tips keenam – Semasa mengambil peperiksaan, masa amat berharga kerana jujur aku katakan pengawas peperiksaan yang menjaga tidak berapa arif tentang pengurusan masa. Yang mereka tahu bg kertas, set masa dan kutip semula kertas jawapan dan soalan peperiksaan. Kalian kena sentiasa bersedia, even borang omr belum siap diisi dengan maklumat menduduki peperiksaan. Biasanya kita akan diberikan peluang memeriksa kertas soalan 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan, harap maaf itu tidak berlaku. Pastikan isi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia utk menjawap soalan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR jgn buang masa menanda jawapan di kertas soalan.

Tips ketujuh – Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawap..Cool bukan tips ini..Kalau tidak mahu ikut terpulang sbb kalian mmg terror jika tidak menembak dan lebih suka tinggalkan ruang kosong.Untuk kertas sahsiah rupa diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Aku siapkan dalam 10 minit sahaja. Paper ini menunjukkan siapa anda. Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini. Untuk paper math, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dlm titik perpuluhan.

Tips kelapan – Tawakal..Balik rumah dan tido..Jgn sesekali check jawapan untuk soalan yang tidak boleh dijawap. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Kalau ada PTD yang membaca tips ini aku jamin 90% akan setuju dengan tips yang aku berikan. Ya, mahu jadi PTD kena ada sikap percaya pada diri sendiri. Hahahaha..

Jika anda berjaya dlm exam ini, anda akan ke (Program Assessment Centre) PAC selama 3 hari, dan jika berjaya mencerminkan diri sebagai bakal ptd baru anda akan di interview..Jika berjaya dlm interview..kalau tak silap aku anda wajib mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan2 berkenaan.


Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye?

Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai kepada admin kerja-kerajaan.com..saya la…hehehe

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)

Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan – urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“ What is your name?” anda jawab “name saye Joyah bt Abu…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat – ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini
“ What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)?
Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pon pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggala ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas

3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pon dah cukup:)

8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu
untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA INGGERIS dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..

Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang dipekenalkan ini membantu anda dalam menguasai bahasa Inggeris..

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?


Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering ditanya soalan sebegitu bukan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya
terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya
juga kerja di sektor awam”

atau

” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,
manatahu ada rezeki”

atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja
kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja
swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor
awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam
adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya
kerana saya dapat berbakti kepada negara,
bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan
yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan
minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan
lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari
keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang
amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di
sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat
diterima sebagai seorang penjawat awam dan
seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga
akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan
ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang
kerja yang diceburi dengan adanya seminar,
bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak
lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang
tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal
menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan
saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari
kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan
dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat
menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di
sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat
saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata
”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi
bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang
kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan
kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam
semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –
kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti
tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan
lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya
untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika
anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan
menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti
anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji
diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat
sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab
soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

- ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut
dapat.”

- ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya
rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA
tinggi ni di universiti.”

- ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama
juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah
tahu macamana kerjanya”

- ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan
ini, dari zaman saya sekolah lagi”

- dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang
tepat yang diberikan oleh calon.
1867016
Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran
menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari
penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah
yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap
keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu
menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan
baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan
boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk
mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya
mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan
saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang
yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana
setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan
merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG
ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang
berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian
ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk
jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga
kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

PENILAIAN

Sekarang saya sudah agak kurang sibuk. Jadi, kali ini dapatlah saya berkongsi satu rahsia baru.

Mungkin anda tahu rahsia ni kot?

Jika belum tahu, saya teruskan…

Anda perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru-baru ini.

Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian - kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada.

Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang khusus
untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.

Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut.

Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu…

Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu anda pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.

Yang mereka nilai adalah…..

1. Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber mata pencarian mereka.

Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan
yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang
ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan, betul tak?

Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu. Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya,
iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:

1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda

2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita

3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari ”berbohong”.

Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, saya redha menerimanya.

Kursus 1:

10 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Calon Temuduga


Salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mengikuti Kursus Temuduga Online ini. Untuk pengetahuan anda, kursus ini adalah kursus pendek bagi anda yang ingin melakukan persediaan untuk menghadiri temuduga. Jangan khuatir tentang bayaran kerana saya memberikan kursus ini secara percuma kepada anda.

Mungkin anda pernah menghadiri beberapa siri temuduga tapi masih belum lagi beroleh pekerjaan. Tidak mengapa. Jangan berasa kecil hati atau kecewa jika syarikat yang anda hadiri temuduga tidak berminat dengan anda. Ini kerana pada zaman sekarang anda perlu bersaing. Sesebuah syarikat akan menerima ratusan resume untuk sesuatu tawaran pekerjaan yang diiklankan. Majikan perlu menapis ratusan permohohan kerja ini sebelum mereka membuat keputusan memilih calon yang sesuai. Kemudian mereka akan memilih 10 calon terbaik untuk ditemuduga. Daripada 10 calon tersebut, hanya tiga daripada mereka akan dipilih untuk temuduga seterusnya.

Daripada perkiraan di atas, nampak seperti agak sukar untuk anda memperoleh pekerjaan. Namun begitu anda tidak perlu terlalu jangan risau. Selepas anda menamatkan 7 siri kursus ini serta membaca panduan Teknik Menjawab Soalan Temuduga, anda akan berada di puncak!

Baiklah, pelajaran pertama...

Anda tentu pernah dengar kisah calon-calon temuduga yang nampak hebat. Akan tetapi ketika sesi temuduga, dialah individu yang paling teruk. Pada masa yang sama, ada individu yang nampak biasa-biasa sahaja. Akan tetapi, dia mudah mendapatkan pekerjaan.

Apakah yang telah kesalahan yang telah dilakukan oleh individu yang gagal tadi? Di bawah ini saya senaraikan 10 kesalahan yang sering dilakukan oleh calon-calon temuduga. Mari kita belajar daripada kesilapan mereka supaya kita dapat mengambil pengajaran.



1. Cara bersalam yang lemah

Peluang pertama anda untuk menonjolkan diri anda ialah pada tiga saat pertama berjabat tangan dengan penemuduga ketika memulakan sesi temuduga. Jika cara berjabat tangan anda betul, ia akan memberikan gambaran yang positif tentang diri anda kepada penemuduga. Jika genggaman tangan anda lemah, maka adalah hampir mustahil untuk anda membina hubungan yang baik dengan penemuduga. Ini kerana setiap cara bersalam mempunyai maksudnya yang tersendiri.

* Genggaman tangan yang lemah dan kendur: Memberikan gambaran tidak berminat dan lemah.
* Bersalam dengan menggunakan hujung jari: Menunjukkan kurang minat untuk bergaul.
* Genggaman yang terlalu keras: Menunjukkan rasa tidak ikhlas (seperti seorang jurujual yang terlalu agresif).

Bagaimanakah cara bersalam yang betul? Caranya ialah dengan menggenggam sedikit sahaja tangan penemuduga. Jangan terlalu kuat dan jangan terlalu lemah. Yang penting anda dan penemuduga berasa selesa. Untuk mendapatkan cara bersalam yang paling betul, anda perlu berlatih dengan rakan-rakan anda. Selepas itu, minta mereka kritik dengan ikhlas dan beritahu tentang perasaan mereka tentang anda.



2. Terlalu Banyak Bercakap

Dalam temuduga, anda perlu bercakap. Jika anda lebih banyak diam dari bercakap, ia menunjukkan anda seorang yang pasif. Namun sekiranya anda terlalu banyak bercakap, ia tidak bagus juga.

Berikut adalah dua bentuk banyak bercakap dalam temuduga dan gambarannya.

* Menjawab soalan yang mudah dengan panjang berjela-jela – Gambaran: Anda tidak faham apa yang dimaksudkan oleh penemuduga.
* Bercakap dengan nada gelisah – Gambaran: Anda sedang menyorokkan sesuatu atau sedang menipu.

Untuk mengelakkan bentuk terlebih cakap ini, anda perlu membuat latihan menjawab soalan secara bersahaja. Dapatkan soalan-soalan yang sering ditanya ketika temuduga dan berlatih cara menjawabnya dengan rakan anda. Dengan melakukan ini, anda akan lebih bersedia dalam temuduga seterusnya.

3. Bercakap Perkara-perkara Yang Negatif Tentang Majikan/Bekas Majikan

Cara paling cepat untuk anda TIDAK diterima bekerja ialah menyatakan perkara-perkara negatif tentang majikan atau bekas majikan anda. Walau seteruk mana majikan anda itu, jangan sekali-kali menyatakan perasaan tidak puas hati anda itu di hadapan penemuduga. Walaupun tuduhan anda itu memang benar dan munasabah, anda akan gagal dalam temuduga tersebut. Ini kerana anda akan dianggap tidak menunjukkan rasa hormat kepada majikan anda.

Oleh yang demikian, apabila diminta bercakap tentang majikan anda, pastikan anda bersedia dengan jawapan-jawapan yang positif sepanjang pengalaman anda dengannya.



4. Datang terlalu awal atau lewat

Calon-calon yang datang lewat akan memberikan gambaran yang negatif kepada penemuduga. Jika dalam sesi temuduga anda sudah terlewat, penemuduga pasti beranggapan bahawa anda akan selalu lewat ketika bekerja nanti.

Namun begitu anda juga tidak perlu datang terlalu awal. Sekiranya anda datang terlalu awal, misalnya satu jam atau 30 minit sebelum temuduga, ia akan memberikan gambaran yang kurang baik juga. Anda akan kelihatan seolah-olah terlalu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, tunjukkan yang anda menghargai masa yang anda miliki. Jadi jangan datang terlalu lewat atau terlalu awal.



5. Bersikap Kurang Sopan Dengan Penyambut Tetamu (Receptionist)

Disebabkan orang pertama yang anda akan jumpa ketika temuduga nanti ialah seorang penyambut tetamu (receptionist), anda perlu bersedia. Jangan bersikap tidak sopan, biadap dan tidak profesional dengan receptionist. Ini kerana penilaian temuduga anda bermula dari sini. Penyambut tetamu boleh diibaratkan sebagai CCTV kepada penemuduga. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan samada anda layak atau tidak bekerja di situ disebabkan sikap dan tingkahlaku anda. Selepas anda pulang, penemuduga mungkin akan bertanyakan sesuatu kepada receptionist. Mungkin tentang tingkah laku anda.



6. Bertanya Tentang Faedah, Percutian Atau Gaji

Pada akhir sesi temuduga, biasanya penemuduga akan memberi peluang kepada anda untuk bertanyakan soalan jika ada. Namun ini tidak bermakna anda boleh tanya sebarang soalan. Soalan yang perlu anda elakkan ialah soalan bertanyakan tentang faedah, percutian atau gaji yang anda akan terima. Biarpun perkara ini penting bagi anda, namun biarlah penemuduga menentukannya. Selagi penemuduga tidak membangkitkan perkara ini, selagi itulah anda harus berdiam diri.



7. Tidak Melakukan Persediaan Untuk Temuduga

Jika anda tidak melakukan sebarang kajian tentang syarikat sebelum menghadiri temuduga, anda sebenarnya secara terang-terangan telah memberitahu syarikat bahawa anda tidak berminat dengan syarikat tersebut. Ini kerana salah satu cara untuk menunjukkan anda mengetahui banyak perkara tentang syarikat ialah dengan mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan syarikat kepada penemuduga. Jadi, lakukan persediaan yang cukup.



8. Umm...Err...Aaa...

Elakkan daripada mengeluarkan bunyi-bunyi sebegini ketika sesi temuduga. Ini kerana ia akan menunjukkan anda gemuruh dan tiada keyakinan diri. Penemuduga boleh mengesan perkara ini. Oleh itu anda perlu sentiasa bertenang. Salah satu cara untuk menghindari perkara ini ialah dengan berkongsi cerita kejayaan-kejayaan yang anda telah capai sepanjang kerjaya anda kepada penemuduga. Anda pasti akan berasa lebih tenang dan selesa sepanjang temuduga.



9. Kontak Mata (Eye Contact)

Melihat mata penemuduga adalah sangat penting dalam sesi temuduga. Ketika menjawab soalan, anda perlu bertentang mata dengan penemuduga. Jika anda bercakap sambil memandang ke bawah, memandang tingkap, lampu dan sebagainya, anda akan dilihat seperti tidak mempunyai keyakinan diri dan sedang menipu.

Sekali lagi, perkara ini perlu dilatih terlebih dahulu bersama rakan-rakan anda.



10. Gagal Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Komunikasi

Anda perlu berkomunikasi dengan baik dengan penemuduga. Lebih penting daripada itu, anda perlu menyesuaikan gaya komunikasi anda dengan gaya komunikasi penemuduga. Contohnya, jika penemuduga tersebut seorang yang serius tentang perniagaannya, jangan cuba berjenaka dengan membawa cerita-cerita lucu. Anda perlu berkomunikasi dengannya secara jelas dan serius seperti perbincangan dalam perniagaan. Begitu juga sebaliknya.



Baiklah setakat ini sahaja sesi kursus yang pertama. Anda pasti akan menjadi calon yang lebih baik jika anda tidak melakukan 10 kesalahan yang saya sebutkan di sini. Berjumpa lagi dalam siri kursus yang seterusnya. Topiknya ialah...

10 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga


All the best,


Hafiz Lidin

Penulis E-Book Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga

Friday, November 26, 2010

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?

Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir

pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?"

Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut,anda seharusnya memberitahu panel temuduga

tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut.

Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.

Antaranya:

Melalui laporan tahunan syarikat

Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut

Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat

Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet

Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan

Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?

Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.

Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?

Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:

"Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.

Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?

Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.

Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.

Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?

Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.

Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?

Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.

Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?

Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?

"Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.

Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?

Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu:

1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat

2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.

Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?

Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.

KURSUS 1&2

Kursus 1:

10 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Calon Temuduga

Salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mengikuti Kursus Temuduga Online ini. Untuk pengetahuan anda, kursus ini adalah kursus pendek bagi anda yang ingin melakukan persediaan untuk menghadiri temuduga. Jangan khuatir tentang bayaran kerana saya memberikan kursus ini secara percuma kepada anda.

Mungkin anda pernah menghadiri beberapa siri temuduga tapi masih belum lagi beroleh pekerjaan. Tidak mengapa. Jangan berasa kecil hati atau kecewa jika syarikat yang anda hadiri temuduga tidak berminat dengan anda. Ini kerana pada zaman sekarang anda perlu bersaing. Sesebuah syarikat akan menerima ratusan resume untuk sesuatu tawaran pekerjaan yang diiklankan. Majikan perlu menapis ratusan permohohan kerja ini sebelum mereka membuat keputusan memilih calon yang sesuai. Kemudian mereka akan memilih 10 calon terbaik untuk ditemuduga. Daripada 10 calon tersebut, hanya tiga daripada mereka akan dipilih untuk temuduga seterusnya.

Daripada perkiraan di atas, nampak seperti agak sukar untuk anda memperoleh pekerjaan. Namun begitu anda tidak perlu terlalu jangan risau. Selepas anda menamatkan 7 siri kursus ini serta membaca panduan Teknik Menjawab Soalan Temuduga, anda akan berada di puncak!

Baiklah, pelajaran pertama...

Anda tentu pernah dengar kisah calon-calon temuduga yang nampak hebat. Akan tetapi ketika sesi temuduga, dialah individu yang paling teruk. Pada masa yang sama, ada individu yang nampak biasa-biasa sahaja. Akan tetapi, dia mudah mendapatkan pekerjaan.

Apakah yang telah kesalahan yang telah dilakukan oleh individu yang gagal tadi? Di bawah ini saya senaraikan 10 kesalahan yang sering dilakukan oleh calon-calon temuduga. Mari kita belajar daripada kesilapan mereka supaya kita dapat mengambil pengajaran.

1. Cara bersalam yang lemah

Peluang pertama anda untuk menonjolkan diri anda ialah pada tiga saat pertama berjabat tangan dengan penemuduga ketika memulakan sesi temuduga. Jika cara berjabat tangan anda betul, ia akan memberikan gambaran yang positif tentang diri anda kepada penemuduga. Jika genggaman tangan anda lemah, maka adalah hampir mustahil untuk anda membina hubungan yang baik dengan penemuduga. Ini kerana setiap cara bersalam mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Genggaman tangan yang lemah dan kendur: Memberikan gambaran tidak berminat dan lemah.

Bersalam dengan menggunakan hujung jari: Menunjukkan kurang minat untuk bergaul.

Genggaman yang terlalu keras: Menunjukkan rasa tidak ikhlas (seperti seorang jurujual yang terlalu agresif).

Bagaimanakah cara bersalam yang betul? Caranya ialah dengan menggenggam sedikit sahaja tangan penemuduga. Jangan terlalu kuat dan jangan terlalu lemah. Yang penting anda dan penemuduga berasa selesa. Untuk mendapatkan cara bersalam yang paling betul, anda perlu berlatih dengan rakan-rakan anda. Selepas itu, minta mereka kritik dengan ikhlas dan beritahu tentang perasaan mereka tentang anda.

2. Terlalu Banyak Bercakap

Dalam temuduga, anda perlu bercakap. Jika anda lebih banyak diam dari bercakap, ia menunjukkan anda seorang yang pasif. Namun sekiranya anda terlalu banyak bercakap, ia tidak bagus juga.

Berikut adalah dua bentuk banyak bercakap dalam temuduga dan gambarannya.

Menjawab soalan yang mudah dengan panjang berjela-jela – Gambaran: Anda tidak faham apa yang dimaksudkan oleh penemuduga.

Bercakap dengan nada gelisah – Gambaran: Anda sedang menyorokkan sesuatu atau sedang menipu.

Untuk mengelakkan bentuk terlebih cakap ini, anda perlu membuat latihan menjawab soalan secara bersahaja. Dapatkan soalan-soalan yang sering ditanya ketika temuduga dan berlatih cara menjawabnya dengan rakan anda. Dengan melakukan ini, anda akan lebih bersedia dalam temuduga seterusnya.

3. Bercakap Perkara-perkara Yang Negatif Tentang Majikan/Bekas Majikan

Cara paling cepat untuk anda TIDAK diterima bekerja ialah menyatakan perkara-perkara negatif tentang majikan atau bekas majikan anda. Walau seteruk mana majikan anda itu, jangan sekali-kali menyatakan perasaan tidak puas hati anda itu di hadapan penemuduga. Walaupun tuduhan anda itu memang benar dan munasabah, anda akan gagal dalam temuduga tersebut. Ini kerana anda akan dianggap tidak menunjukkan rasa hormat kepada majikan anda.

Oleh yang demikian, apabila diminta bercakap tentang majikan anda, pastikan anda bersedia dengan jawapan-jawapan yang positif sepanjang pengalaman anda dengannya.

4. Datang terlalu awal atau lewat

Calon-calon yang datang lewat akan memberikan gambaran yang negatif kepada penemuduga. Jika dalam sesi temuduga anda sudah terlewat, penemuduga pasti beranggapan bahawa anda akan selalu lewat ketika bekerja nanti.

Namun begitu anda juga tidak perlu datang terlalu awal. Sekiranya anda datang terlalu awal, misalnya satu jam atau 30 minit sebelum temuduga, ia akan memberikan gambaran yang kurang baik juga. Anda akan kelihatan seolah-olah terlalu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, tunjukkan yang anda menghargai masa yang anda miliki. Jadi jangan datang terlalu lewat atau terlalu awal.

5. Bersikap Kurang Sopan Dengan Penyambut Tetamu (Receptionist)

Disebabkan orang pertama yang anda akan jumpa ketika temuduga nanti ialah seorang penyambut tetamu (receptionist), anda perlu bersedia. Jangan bersikap tidak sopan, biadap dan tidak profesional dengan receptionist. Ini kerana penilaian temuduga anda bermula dari sini. Penyambut tetamu boleh diibaratkan sebagai CCTV kepada penemuduga. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan samada anda layak atau tidak bekerja di situ disebabkan sikap dan tingkahlaku anda. Selepas anda pulang, penemuduga mungkin akan bertanyakan sesuatu kepada receptionist. Mungkin tentang tingkah laku anda.

6. Bertanya Tentang Faedah, Percutian Atau Gaji

Pada akhir sesi temuduga, biasanya penemuduga akan memberi peluang kepada anda untuk bertanyakan soalan jika ada. Namun ini tidak bermakna anda boleh tanya sebarang soalan. Soalan yang perlu anda elakkan ialah soalan bertanyakan tentang faedah, percutian atau gaji yang anda akan terima. Biarpun perkara ini penting bagi anda, namun biarlah penemuduga menentukannya. Selagi penemuduga tidak membangkitkan perkara ini, selagi itulah anda harus berdiam diri.

7. Tidak Melakukan Persediaan Untuk Temuduga

Jika anda tidak melakukan sebarang kajian tentang syarikat sebelum menghadiri temuduga, anda sebenarnya secara terang-terangan telah memberitahu syarikat bahawa anda tidak berminat dengan syarikat tersebut. Ini kerana salah satu cara untuk menunjukkan anda mengetahui banyak perkara tentang syarikat ialah dengan mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan syarikat kepada penemuduga. Jadi, lakukan persediaan yang cukup.

8. Umm...Err...Aaa...

Elakkan daripada mengeluarkan bunyi-bunyi sebegini ketika sesi temuduga. Ini kerana ia akan menunjukkan anda gemuruh dan tiada keyakinan diri. Penemuduga boleh mengesan perkara ini. Oleh itu anda perlu sentiasa bertenang. Salah satu cara untuk menghindari perkara ini ialah dengan berkongsi cerita kejayaan-kejayaan yang anda telah capai sepanjang kerjaya anda kepada penemuduga. Anda pasti akan berasa lebih tenang dan selesa sepanjang temuduga.

9. Kontak Mata (Eye Contact)

Melihat mata penemuduga adalah sangat penting dalam sesi temuduga. Ketika menjawab soalan, anda perlu bertentang mata dengan penemuduga. Jika anda bercakap sambil memandang ke bawah, memandang tingkap, lampu dan sebagainya, anda akan dilihat seperti tidak mempunyai keyakinan diri dan sedang menipu.

Sekali lagi, perkara ini perlu dilatih terlebih dahulu bersama rakan-rakan anda.

10. Gagal Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Komunikasi

Anda perlu berkomunikasi dengan baik dengan penemuduga. Lebih penting daripada itu, anda perlu menyesuaikan gaya komunikasi anda dengan gaya komunikasi penemuduga. Contohnya, jika penemuduga tersebut seorang yang serius tentang perniagaannya, jangan cuba berjenaka dengan membawa cerita-cerita lucu. Anda perlu berkomunikasi dengannya secara jelas dan serius seperti perbincangan dalam perniagaan. Begitu juga sebaliknya.

Baiklah setakat ini sahaja sesi kursus yang pertama. Anda pasti akan menjadi calon yang lebih baik jika anda tidak melakukan 10 kesalahan yang saya sebutkan di sini. Berjumpa lagi dalam siri kursus yang seterusnya. Topiknya ialah...

10 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga

All the best,

Hafiz Lidin

Penulis E-Book Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Kursus 2:

10 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga

Tahniah! Setelah bersusah payah menghantar resume dan surat permohonan pekerjaan, akhirnya anda dipanggil untuk sesi temuduga. Oleh itu bermula dari sekarang, anda perlu melakukan persediaan yang secukupnya. Ini kerana, lebih banyak persediaan yang anda lakukan, lebih cerah peluang anda untuk keluar dari bilik temuduga dengan senyuman sambil berkata,

“Saya rasa saya boleh dapat kerja ini.”

Tapi anda harus ingat, dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar hari ini sudah pasti ramai calon yang berkelayakan mengisi sesuatu kekosongan jawatan. Oleh itu adalah penting untuk anda menjadi seseorang yang berbeza berbanding orang lain. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah berlatih untuk menjual diri anda kepada bakal majikan anda semasa temuduga nanti.

Ikuti 10 tips penting persediaan yang anda perlu lakukan untuk menghadiri temuduga.

1. Buat Kajian Tentang Syarikat

Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu membuat kajian tentang syarikat supaya anda mendapat gambaran umum tentang syarikat. Dengan melakukan perkara ini, ia akan meningkatkan kredibiliti anda kepada penemuduga dan membantu anda mencipta soalan-solan yang boleh ditanya kepada penemuduga.

2. Tahu Di Mana Lokasi Syarikat

Pastikan anda tahu lokasi syarikat tersebut dan bagaimana anda boleh ke sana. Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke sana? Adakah anda tahu nombor telefon dan dengan siapa anda akan berjumpa? Bagaimana dengan tempat letak kenderaan? Dengan mengetahui perkara ini anda boleh menjimatkan masa anda dan mengelakkan tekanan yang mungkin anda hadapi jika tercari-cari tempat tersebut ketika hari temuduga nanti.

3. Pakaian

Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan kelihatan profesional. Walaupun anda tidak begitu arif tentang budaya syarikat, adalah lebih selamat jika anda mengenakan pakaian yang agak konservatif. Sekiranya ketika anda datang nanti semua orang disitu memakai seluar jeans dan t-shirt sahaja, anda tetap akan nampak lebih baik jika datang dengan pakaian yang kemas. Namun, sekiranya anda sudah tahu tentang budaya syarikat, tidak salah untuk anda berpakaian sedemikian. Selain itu, pastikan rambut anda disikat dengan kemas dan rapi dan kuku anda dipotong dan dijaga dengan baik.

4. Temuduga Olok-olok

Pastikan anda bersedia dengan soalan-soalan yang biasa ditanya ketika temuduga seperti What are your strengths and weaknesses? (Apakah kekuatan dan kelemahan anda?), Why do you want to work here? (Kenapa anda ingin bekerja di sini), Why should we hire you? (Kenapa kami harus menerima anda bekerja), dan soalan paling popular iaitu Tell me about yourself (Beritahu saya tentang diri anda). Buat satu temuduga olok-olok bersama dengan rakan anda untuk bersoal jawab tentang soalan-soalan ini.

5. Dapatkan Rujukan Yang Membantu

Dapatkan sekurang-kurangnya tiga orang rujukan – bekas majikan, rakan sejawat, pensyarah - yang sanggup menjadi rujukan profesional anda. Pastikan anda mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Lebih penting lagi mereka mampu untuk bercakap tentang diri anda jika dihubungi oleh bakal majikan anda nanti.

6. Datang Awal

Pastikan anda datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal sebelum sesi temuduga. Sesudah sampai cari mana-mana cermin yang terdapat dalam syarikat tersebut dan lihat penampilan anda terlebih dahulu. Kemudian maklumkan kepada penyambut tetamu tentang kehadiran anda dan beritahunya ada temujanji untuk temuduga. Selain itu, matikan telefon bimbit supaya ia tidak mengganggu ketika pertemuan anda dengan penemuduga nanti.

7. Bawa Dokumen Yang Diperlukan

Buat satu senarai dokumen-dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Dokumen ini termasuklah salinan resume anda, kad pengenalan, sijil-sijil yang berkaitan. Kemudian, susun dokumen ini dengan baik. Pastikan susunan salinan fotokopi sama dengan susunan salinan asal. Ini bagi memudahkan penemuduga membuat rujukan. Jika anda graduan baharu, jangan lupa bawa kesemua transkrip pengajian anda.

8. Jual Diri Anda!

Sesi temuduga ialah peluang untuk anda menyinar. Ia bukan masa untuk merendah diri. Bina satu pernyataan ‘Mengapa anda?’. Anda perlu memasukkan kekuatan-kekuatan anda, kebolehan yang anda miliki dan keunikan anda berbanding calon lain.

9. Bertanyakan Soalan

Penemuduga akan tertarik dengan calon yang menunjukkan mereka mengetahui banyak perkara tentang syarikat. Oleh itu, berdasarkan kajian anda sebelum menghadiri temuduga, sediakan soalan untuk ditanya kepada penemuduga. Antara soalan yang boleh anda tanya ialah sejauah mana jawatan itu memberi kesan kepada matlamat dan rancangan syarikat di masa hadapan.

10. Tindakan Susulan

Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan. Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula. Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.

Itu sahaja untuk kali ini. Setiap sesi temuduga adalah pengalaman yang sangat bernilai. Walaupun anda tidak memperoleh kerja yang ditawarkan sekalipun, anda akan lebih bersedia dan akan menjadi lebih baik dalam temuduga yang akan datang. Semua ini akan meningkatkan keyakinan serta peluang anda untuk ditawarkan pekerjaan yang seterusnya. Semoga berjaya!

Jumpa lagi dalam kursus seterusnya yang bertajuk...

Sebelum, semasa dan selepas temuduga

All the best,

Hafiz Lidin

Penulis Ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

P.S. Saya harap dapat membantu anda dengan tip menghadiri temuduga ini. Dalam ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, saya ada menyediakan teknik-teknik menjawab soalan-soalan yang sering ditanya ketika temuduga serta jawapan cadangan yang boleh membantu anda memperoleh pekerjaan idaman anda dengan lebih cepat.

Temuduga Kerja: Yang Perlu & Yang Jangan

Temuduga Kerja: Apa Kunci Kejayaannya? Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.

Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga. Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.

Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.

Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga. Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Soalan Biasa

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah:

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut:-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon. Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanya akan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal:-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh: Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank. Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza. Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu, Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya" Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'. Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya:

"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan. Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus:-

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.

2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap

3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.

4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.

5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik. Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

- Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

- Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya, "Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon. Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan. Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda. Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

Soalan Penutup Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

"Do you have any question?" atau “Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan" Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:-

إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Ertinya: Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi’nya, dan majority melemahkannya)

Menurut sebuah hadis sohih pula :-

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.