Showing posts with label INTERVIEW CIKGU. Show all posts
Showing posts with label INTERVIEW CIKGU. Show all posts

” Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

Tuesday, February 1, 2011

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan
menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti
anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji
diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat
sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab
soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

- ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut
dapat.”

- ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya
rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA
tinggi ni di universiti.”

- ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama
juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah
tahu macamana kerjanya”

- ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan
ini, dari zaman saya sekolah lagi”

- dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang
tepat yang diberikan oleh calon.
1867016
Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran
menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari
penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah
yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap
keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu
menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan
baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan
boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk
mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya
mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan
saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang
yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana
setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan
merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG
ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang
berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian
ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk
jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga
kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga

Friday, November 26, 2010

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?

Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir

pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?"

Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut,anda seharusnya memberitahu panel temuduga

tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut.

Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.

Antaranya:

Melalui laporan tahunan syarikat

Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut

Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat

Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet

Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan

Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?

Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.

Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?

Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:

"Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.

Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?

Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.

Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.

Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?

Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.

Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?

Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.

Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?

Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?

"Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.

Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?

Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu:

1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat

2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.

Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?

Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.

Expectation Penemuduga Terhadap Anda

Antara keluhan penemuduga-penemuduga KPLI termasuklah :

1. Calon tidak berpakaian kemas, dan tidak menyusun sijil dengan kemas

2. Calon tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan temuduga

3. Calon tidak menjawab soalan, sebaliknya berlegar-legar dan lari dari tajuk soalan

4. Tidak faham konsep JERIS

5. Tidak yakin dan tergagap-gagap ketika menjawab soalan

6. Menangis ketika ditemuduga

7. Tidak cuba menyakinkan penemuduga bahawa calon sebenarnya layak. Penemuduga mempunyai sedikit trick dan cuba menduga calon, mudah patah semangat dan tidak memberikan sebab-sebab konkrit mengapa mereka layak untuk diterima menjadi guru

8. Tidak menggunakan bahasa baku, malah loghat negeri masih pekat ketika menjawab soalan

9. Calon meletakkan dirinya sendiri dalam keadaan tidak selesa dan takut-takut ketika mula memasuki bilik, tidak tegas dan nampak 'lembik'. Ada juga calon yang berpeluh-peluh dan terketar-ketar ketika sedang ditemuduga lantaran kurang pengalaman ditemuduga.

10. Calon lelaki yang mempunyai personaliti dwi-sex, terutamanya golongan 'lembut', ini bergantung kepada budi bicara temuduga. Ada calon yang boleh buat 'kuat' namun penemuduga masih boleh mengenali personaliti mereka

11. Tidak pandai elaborate facts , sebaliknya sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab

12. Tidak mempunyai suara yang lantang dan kuat

Ini adalah diantara keluhan penemuduga yang pernah menemuduga calon sebelum ini. kami akan masukkan lagi kandungan yang boleh membantu, terima kasih

Oleh GURU CYBER


Penilaian Utama Sesi Temuduga

Pengenalan Diri

1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga

2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja

3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan

Penerangan Diri

1. Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas

2. Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami

3. Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara

1. Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik

2. Suara ada intonasi ketika membuat penegasan

3. Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )

Bahasa

1. Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik

2. Bahasa yang fasih dan lancar

3. Menggunakan tatabahasa yang betul

4. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

Personaliti

1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan

2. Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru

3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran

4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh

5. Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi

6. Calon adalah seorang yang berbudi bahasa

7. Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi

8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan.

SUMBER : http://kpli2u.blogspot.com/search/label/KPLI%20Update


Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temuduga KPLI / DPLI.

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru.

Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.

2. Datang lebih awal.

Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.

3. Susun sijl dengan teratur.

Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:

Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.

Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.

Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.

Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.

Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.


Minggu lepas saya telah menghadiri temuduga untuk dipilih menyertai Skim Tenaga Pensyarah Muda UiTM 2010. Pada mulanya saya tidak begitu berharap kerana pada pandangan saya keupayaan yang ada pada permohonan yang dikemukakan mungkin tidak cukup melayakkan saya untuk dipanggil ke temuduga. Tetapi setelah mendapat panggilan dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM supaya hadir sesi temuduga pada 25 Februari 2010 yang lalu saya menjadi lebih yakin bahawa saya mempunyai sesuatu yang boleh disandarkan. Saya sebenarnya mempunyai satu perkara penting yang lain pada tarikh dan masa yang sama dan setelah berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan saya akhirnya berjaya untuk mendapatkan masa bagi menghadiri kedua-dua perkara penting bagi saya pada 25 Februari yang lalu.

Melalui perbualan telefon dengan pihak FSKM UiTM, saya perlu mempersembahkan mock teaching berkaitan dengan apa-apa topik dari bidang yang saya pilih iaitu Software Engineering dalam sesi temuduga itu nanti. Maksudnya saya perlu mengajar, perlu menyediakan slid persembahan dan sedikit nota. Saya cuba mendapatkan beberapa tip dari pengalaman orang lain melalui internet dan saya dapati sesi mock teaching adalah amat penting kerana dari situ kita akan dinilai tentang keupayaan kita untuk menyampaikan apa yang kita tahu dan keberkesanan kepada pendengar kita. Secara amnya, saya berasa saya tidak mempunya banyak masalah untuk menyampaikan sesuatu tetapi menyampaikan sesuatu topik yang tidaklah begitu familiar bagi saya, di dalam Bahasa Inggeris dan dihadapan pensyarah-pensyarah universiti yang sudah berpangkat Dr., Prof. Madya atau Prof., adalah sesuatu kemungkinan yang agak mengganggu saya. Saya harus positif dan yakin sebenarnya namun tidak dinafikan ketidakpastian itu terus-menerus mengganggu saya.

Berbekal buku rujukan Software Engineering – Roger S. Pressman, saya memilih topik yang saya benar-benar faham dan yakin dapat menyampaikannya dengan baik. Saya memilih salah satu sub-topik di bawah Bab Pengurusan Projek Perisian atau Software Project Management iaitu Pengurusan Risiko atau Risk Management. Saya menyediakan lebih kurang 10 slid, mencetak slid-slid berkenaan untuk rujukan dan saya berlatih untuk menyampaikan pengajaran saya. Saya berlatih ketika saya memandu, di cubical pejabat, malah ketika mandi dan malam sebelum temuduga saya berlatih di hadapan cermin di rumah saya. Apa yang saya tekankan ialah penguasaan Bahasa Inggeris dengan membetulkan sebutan, mengkayakan kosa kata dan memastikan struktur ayat saya adalah mudah dan betul. Tidak ketinggalan saya siapkan pakaian dengan memilih kemeja, seluar, tali leher dan kasut yang bersesuaian dari segi warna dan juga gaya yang bertepatan untuk temuduga sebagai seorang pensyarah. Dengan berlatih dan mempersiapkan diri saya, saya berasa lebih yakin dan selebihnya saya berdoa, solat hajat serta bertawakkal kepada Allah.

Pada pagi temuduga saya bangun lebih awal memandangkan saya perlu memandu dari Kajang ke Shah Alam dan saya akan menjadi peserta yang pertama untuk ditemuduga. Ini kerana selesai sahaja temuduga saya perlu bergegas pulang ke Putrajaya untuk satu lagi perkara penting yang perlu saya selesai pada hari tersebut. Tepat jam 8.00 pagi saya telah berada di FSKM UiTM. Kata orang ada kelebihan menjadi orang pertama, biasanya orang pertama dan terakhir akan mudah diingati oleh interviewer, tidak perlu menunggu terlalu lama dalam keadaan gemuruh dan mungkin memenatkan dan saya juga mendapat petak pangkir dengan mudah pada pagi itu. Pendaftaran pukul 8.30 pagi, secara jelas saya dapat melihat ratio calon lelaki dan perempuan ialah 1:5. calon dibahagikan mengikut panel-panel, saya tidak pasti berapa panel pada pagi tersebut, setiap panel akan menemuduga lebih kurang 10 orang calon. Temuduga dijangka bermula pukul 9 pagi.

Lebih kurang pukul 9.10 pagi saya dipanggil untuk sesi temuduga. Sebaik masuk ke bilik temuduga saya memberi salam memandangkan ke dua-dua interviewers saya adalah Muslim. Kedua-duanya adalah perempuan. Bagi saya bilik temuduga yang berbentuk segi 4 tepat itu agak sempit sebenarnya. Ia adalah bilik pensyarah yang diubahsuai menjadi bilik temuduga yang diletakkan meja panjang untuk 2 orang interviewers sejajar dengan panjang bilik tersebut, satu kerusi dihadapan meja yang jaraknya kurang 2 meter, dihujung meja terdapat laptop dan dilengkapi dengan projector, disebelah kanan kerusi mengadap interviews terdapat satu portable whiteboard.

Sebaik sahaja sampai dihadapan kedua-dua interviewer saya memulakan perbualan meminta kebenaran untuk duduk menggunakan Bahasa Inggeris. Setelah saya duduk saya diminta untuk memperkenalkan diri. Apa yang saya beritahu kepada interviewers ialah berkenaan dengan peribadi saya, sejarah akademik dan pengalaman berkerja. Seterusnya interviewers bertanya tentang detail berkenaan dengan pengalaman berkerja saya, pilihan bidang, kesanggupan saya untuk berkhidmat di kampus cawangan dan belajar ke luar negara sekiranya saya diterima. Jika saya tidak sanggup saya tidak akan memohon dan hadir pada sesi temuduga berkenaan. Kemudian saya diminta untuk memulakan sesi mock teaching, saya memulakan penyampaian saya seperti yang dirancang dalam latihan. Semua berjalan dengan baik, sampai ke slid ke-4, interviewers meminta saya berhenti dan kembali duduk. Namun saya kembali bangun kerana interviewers seterusnya bertanyakan lebih lanjut berkenaan dengan topik yang saya telah sampaikan. Dia memberikan saya marker pen dan saya menggunakan whiteboard untuk menulis butiran penting dalam menjelaskan lebih lanjut pertanyaan tersebut.

Setelah selesai saya kembali duduk, kemudian saya seorang interviewer bertanyakan kepada saya “You graduated from UKM, can you speak Malay very well?”. Pada mulanya saya agak terkejut dan hampir terdiam dengan soalan itu, tetapi lantas saya menjawab. Ya, tentunya saya boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dengan baik, tapi masih dalam Bahasa Inggeris. Saya sebenarnya tidak merasakan saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, saya mempunyai sejarah yang tidak memberangsangkan berkenaan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Rakan-rakan saya mempunyai pendedahan seawal sekolah rendah dan mempunyai penguasaan yang cukup baik ketika di sekolah menengah tetapi saya hanya bermula menguasai Bahasa Inggeris ketika berada di IPT pada umur 24 tahun. Saya amat jauh terkebelakang dan saya masih di belakang mereka, tetapi saya percaya telah banyak peningkatan yang telah saya capai dan compliment seperti itu adalah bukan yang pertama pernah saya dengar. Kemudiannya saya mula menjawab soalan-soalan sampingan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan diselang-seli dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Pada pertanyaan berkenaan dengan apakah keistimewaan saya untuk dipilih sebagai pensyarah di UiTM, saya menjawab dengan dengan memberitahu saya berbeza dengan kebanyakkan calon-calon lain, semua yang hadir adalah pelajar-pelajar cemerlang tapi tidak ramai yang hadir adalah pelajar yang pernah gagal dan muncul sebagai pelajar cemerlang. Saya pernah gagal dalam belajar dan saya bangkit dari kegagalan dengan seribu pengajaran bagaimana untuk tidak gagal dan berjaya sebagai pelajar cemerlang. Saya tidak akan ke kelas hanya untuk mengajar 2+1=3 tetapi sebagai motivator kepada pelajar saya untuk berjaya. Saya tidak hanya sekadar pensyarah tetapi juga inspirasi kepada pelajar-pelajar saya untuk berjaya. Saya amat cintakan ilmu saya dengan mengajar dan terlibat dalam penyelidikan saya akan terus dapat mempertajamkan ilmu saya dan terus belajar sesuatu yang baru. Saya ingin menjadi perintis kepada sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia.

Setelah itu sesi temuduga saya berakhir dan penemuduga mengucapkan selamat maju jaya dan saya meninggalkan mereka berdua dengan salam.

CONTOH TEMUDUGA GURU

dapatkan cop pengesahan untuk semua salinan sijil-sijil peperiksaan dan salinan asal. Ada yang kena berambus sebab tak bawa sijil SPM, dan jangan lupa bawa surat pengesahan layak menerima ijazah yang telah dipos bersama salinan. Hati saya berdebar-debar, cuak gila macam tunggu pengumumam Hari Raya je. Tengok-tengok nama saya orang kedua kena temuduga lagila kencang macam dipam-pam dengan pam jambanje rasa. Ya Allah saya benci gila bila saya gemuruh, confirm suara terketar-ketar nanti. Lepas orang pertama, its my turn! Masa orang first tu keluar muka sumpah pucat gila sebab dia cakap dia blank kejap kena tanya pasal NKRA. Deng!! Saya pun taktau NKRA tu amende. Tetiba menyesal asyik baca BeautifulNaraje. Belum habis gemuruh lagi nih tetiba loceng berbunyi tanda calon kedua kena masuk bilik temuduga. Ni antara perbualan rahsia saya dan dua orang penemuduga perempuan. (memang susunan bahasa dan penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang agak berterabur, cakap ketar-ketar sikit;p)

Penemuduga: Okay, Nor Shakeela ye. Sila kenalkan diri dan nyatakan aktiviti kokurikulum yang pernah awk terlibat dari sekolah rendah sampai peringkat universiti.

Saya: Nama saya Nor Shakeela berasal dari Perlis. Masa sekolah rendah saya terlibat dalam bola jaring, bola tampar, dan bola baling. Masa sekolah menengah saya bermain bola jaring tetapi tidak mewakili sekolah sebab jarak rumah dengan sekolah agak jauh. Matrikulasi saya terlibat dalam permainan bola keranjang dan semasa universiti saya bermain bola keranjang.(semua pasal bola lupa nak sebut pasal sukan lain he he)

Penemuduga: Kamu USM kan, major apa?

Saya: Tak. Saya dari UPSI. Major Sains Fizik(saya agak confuse saya ni major sains ke fizik rasanya fizik ha ha ha)

Penemuduga: Sainske Fizik?

Saya: Dalam kurungan Sains , Fizik (damn I show my bodohness here, tiba-tiba saya tak pasti sangat saya belajar apa(-______-)

Penemuduga: Apa pendapat kamu tentang pemansuhan PPSMI. Adakah kamu rasa wajar atau tidak wajar? Kamu tak rasa ia sesuatu yang merugikan?

Saya: Walaupun kerajaan memansuhkan PPSMI, tetapi kerajaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah. Dasar ini merupakan usaha serampang dua mata dalam menjaga bahasa kebangsaan dan memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris pada masa yang sama. (saya dah setkan minda yang saya akan bersetuju apa saja usaha kerajaan walaupun saya tak bersetuju sangat).

Penemuduga: Adakah kamu rasa pelajar akan berminat untuk membaca dalam Bahasa Inggeris jika Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu?

Saya: Saya tak nafikan kepentingan Bahasa Inggeris, tapi kalau pelajar dapat menguasai Bahasa Ingeeris melalui subjek Bahasa Inggeris sendiri, pelajar masih boleh membaca bahan bacaan Sains dalam Bahasa Inggeris cuma masalah term dalam Sains ajelah. Pelajar perlu belajar.

Penemuduga: Apa usaha kerajaan untuk memperkukuhkan lagi Bahasa Inggeris?

Saya: Menambah tempoh belajar dan bilangan guru Bahasa Inggeris.

Penemuduga: Kamu ada pengalaman mengajar? Cikgu gantike?

Saya: Saya tak pernah jadi cikgu ganti cuma cikgu praktikal.

Penemuduga: Kat mana tu?

Saya: Batang Berjuntai Selangor.

Penemuduga: Apa subjek yang kamu ajar?

Saya: Fizik form 4, Matematik form 2.

Penemuduga: Di UPSI kamu belajar dalam bahasa apa?

Saya: Inggeris

Penemuduga: Kamu mengajar di sekolah dalam Bahasa Inggeris?

Saya: Untuk subjek Fizik, saya gunakan Bahasa Inggeris, untuk subjek Matematik saya mengajar dalam Bahasa Melayu sebab budak-budak lemah. Kalau saya ajar dalam Bahasa Inggeris pun pelajar tak dapat respon sebab pelajar kebanyakan Indian dan lemah dalam akademik.

Penemuduga: Selalu pelajar Indian fasih berbahasa Inggeris...

Saya: Pelajar kebanyakkannya tinggal di estet jadi penguasaan Bahasa Inggeris kurang tetapi kalau form 4 saya akan gunakan Bahasa Inggeris sebab pelajar adalah terpilih di kalangan pelajar sekolah tu, jadi pelajar boleh respon kalau saya berbahasa Inggeris.

Penemuduga: Apakah ciri-ciri guru cemerlang?

Saya: Tahu kebolehan dan keperluan pelajar, selalu pantau pencapaian akademik dan penyabar(saya dok teringat students saya yang form 2 tu...arghhhh rasa nak bagi penampar hahahaa)

Penemuduga: Dan satu lagi perlu kreatif.

Saya: Ha ah. Betul, guru perlu pelbagaikan approach. Main gameke. Tapi kalau main game pun kena soalan aras rendah (teringat lagi kat students form 2 saya tu haish geram betul)

Penemuduga: Apa yang kamu lakukan untuk mengajar Matematik pelajar yang lemah?

Saya: Saya ada tanya guru senior, cukup baik kalau dieorang boleh bagi kerjasama dalam kelas. Salin soalan dan jawapan pun dah cukup baik. Guru perlu terangkan perkara yang asas saja. (damn, tiba-tiba rasa macam grrrrrrrrrrrrrrrrrr kat students saya form 2 tuh) Boleh buat perbentangan, bukan saja untuk kefahaman orang lain tetapi untuk kefahaman pelajar itu sendiri. Boleh buat perbincangan antara pelajar.

Penemuduga: Kalau kamu tanya cikgu senior sampai bila-bila pun teknik pengajaran akan jadi turun temurun.

Saya: Saya dah pernah cuba ikut sukatan pelajaran tetapi gagal. Kalau buat game pun yang simple-simpleje,(lagi sekali rasa nak bagi penampar kat budak-budak tu).

Penemuduga: Saya tengok pilihan kamu di Semenanjung, macam mana kalau dapat Sabah Sarawak. kamu sanggup?

Saya: Ok kot.(saya pilih Kedah dan Selangor, could be good for my business:p)

Penemuduga: Mana boleh kot-kot. Kamu kena jawab ya atau tidak.

Saya: Kalau diberi pilihan Semenanjung lebih baik, tapi selagi saya bujang saya takde masalah posting kat Sabah Sarawak.(jawapan macam gatal nak kahwin muahahahaha)

Penemuduga: Bila kamu nak kahwin nih? (sambil gelak-gelak, dieorang muka tak serius senyumje dari awal temuduga)

Saya: Eh, taktau lagi. Kalau sekarang kena hantar Sabah Sarawak saya takde masalah. Saya okje

TIPS TEMUDUGA YANG BAIK UNTUK TERPILIH KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1. Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Ok macam ini, helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda. :)

2. Then, isi borang apa entah (maaf dah lupa) yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi.. hehe.. ye ke?

3. Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan KASUT BERTUTUP!!. Gosok pakaian anda. :) UPDATE: tadi ada pensyarah aku yang merupakan salah seorang penemuduga cakap, ada pelajar yang datang temuduga dengan memakai BAJU T-SHIRT!! Dia cakap confirm pelajar tu tak dapat!!

4. Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.

5. Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.

6. Bagi ujian INSAK, anda perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.

7. Sesi Individu. Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Kan? Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. So be ready!

8. Sesi berkumpulan. Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar!!Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok!! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut!! InsyaAllah, pasti anda berjaya!!




p/s: Good luck then!!! Selamat datang ke bidang perguruan. :))

p/s: penemuduga selalu juga tanya mengenai SEKOLAH WAWASAN, SEKOLAH PENYAYANG, PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, JUMLAH IPG DI MALAYSIA!! Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.


p/s: Elaun masa Asasi RM 430 dan elaun masa degree RM 700. Ini tidak termasuk dengan elaun buku, elaun praktikum dan lain-lain. Alhamdulillah. Chaiyokk!! (saja nak bagitau, bagi pembakar semangat untuk anda semua buat yang TERBAIK!!)

Panduan menyusun sijil untuk temuduga : PERSEDIAAN DOKUMEN

Thursday, November 25, 2010


1. Dokumen ASAL

  1. Kad Pengenalan

  1. Sijil Kelahiran

  1. Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

  1. Sijil Berhenti Sekolah

  1. Sijil SPM asal

  1. Sijil STPM asal (jika ada)

  1. Diploma asal (jika ada)

  1. Transkrip diploma asal (jika ada)

  1. Ijazah sarjana muda asal.

  1. Transkrip sarjana muda asal.

  1. Ijazah sarjana asal (jika ada)

  1. Transkrip sarjana asal (jika ada)

  1. Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara

  1. Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti

  1. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

  1. (Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

- Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

- Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

- Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

- Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

- Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon ...

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.

2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri

4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.

5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu.

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ...

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

  • Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip
  • Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari.

Sunday, November 21, 2010

tips untuk tidak dihalau balik ketika temuduga SPP.

SEMASA LATIHAN BAGI PELATIH IPGM

1. lengkapkan semua dokumen sekalipun anda hanya menggunakan ic sementara disebabkan ic anda hilang.

2. susun semua yang dikehendaki dalam 1 fail yang membuatkan penemuduga selesa melihat fail anda. buat secara formal dan tak perlu nak letak gambo tweety atau mickey mouse atau corak bunga rose saiz gaban dalam fail rasmi diri anda tu.

kalau rasa fail tu nak di letak sebelah tong sampah, boleh lah.

3. senaraikan apa yang ada dalam fail anda dalam satu senarai penuh dan pastikan semuanya ada.

4. periksa senarai semak fail anda sebelum anda bergerak ke tempat temuduga.

5. pakai pakaian paling selesa dan kemas. kalau ada blazer, digalakkan memakai blazer. kalau boleh berpakaian sebagai seorang professional.

jenis kasut, jenis baju, kekemasan diri ( misai, janggut , rambut) dan lain2 berkaitan penampilan anda perlu diambil berat. anda dinilai sejak anda berada di luar bilik temuduga.

jgn vogue sgt, kesian plak bila dah berfesyen vogue gile2 tapi tahun depan kena interview semula. adoyai...

6. adab2 bertemu golongan atasan perlu diamalkan sekalipon penemuduga korang tu adik beradik mak korang. ada yang dapat 2 orang penemuduga dan kadang2 dapat sorang penemuduga.

kebiasaannya yang dapat 2 orang penemuduga ni jenis kawasan bandar2 besar.

7. menjawab soalan dengan beradab sekalipon anda memang tak boleh nak jawab. jgn diam dan ambil masa yang lama giler untuk menjawab soalan diberikan.

kalau tak tau n tak pernah ambil tau, mintak maaf dan beritahu yg anda tak tahu.

kalau tau sikit je, jgn nak goreng banyak2 letak sambal dan kicap segala. takut diorang lagi berpengalaman dalam apa yang ditanyakan dan naya korang kalo diaorg goreng korang plak.

8. isu perkhidmatan, pendidikan, pnp dan tempat kerja anda adalah wajib anda ketahui. paling penting bab2 professional sebagai seorang guru.

kadangkala ada soalan yang tak masuk akal yang anda perlu jawab seperti berikut :

1. apa yang terkandung pd muka surat pertama RPH anda ?

2. berasa saiz standard papan hitam di kelas anda?

3. siapa pegawai pendidikan paling tua @ muda di sekolah anda?

4. berapa jumlah calon UPSR tahun lepas ?

5. apakah jenis sekolah anda dan kenapa?

contoh je semua tu tapi memang berlaku. bak kata orang, kena waspada dengan pengetahuan. nampak tak logik tapi anda perlu bersedia.

9. dalam temuduga, berbicara dengan sempoi tetapi mempunyai adab. adab bercakap dengan orang atasan.

10. penemuduga biasanya terdiri daripada pegawai2 yang hampir pencen, sudah pencen atau dah pencen tapi sambung perkhidmatan. pangkat kebiasaannya lebih tinggi dari gred 41 yg korang banggakan tu.

so, kalau boleh kenal pasti gelaran penemuduga seperti datuk, datin, puan, tuan, tuan haji, puan hajjah sebelum masuk ke dalam bilik temuduga supaya anda boleh berinteraksi menggunakan gelaran tersebut sepanjang temuduga. mana nak tau? kena rajin cari maklumat sebelum masuk bilik temuduga.

11. nasihat aku pada korang, jgn ganggu kawan2 korang dengan nota2 yang korang buat. rileks dan tak perlulah nak wat diskusi mcm misi nk serang israel.

emosi keluar bilik temuduga plak, setiap individu berbeza . ada yg nangis, ada yg geram, ada yg bengang, ada yang rileks, ada yg suka, ada yg rasa bagus mcm dapat result UPSR 9A dan lain-lain lagi.

so, kalau dah siap tu, tak payah tunggu kawan2 korang, terus je blah dari situ supaya konsentrasi kwn korang yg lain tak terganggu.

12. satu lagi, korang tak payah sibuk2 nak tau apa yang kawan korang dah kena soal. apa bab pon ta perlu dikisahkan sebab penemuduga kadangkala ada skrip sindri atau kadang2 langsung main terjah apa yang dia nak soal.

konsep kebrangkalian tak boleh langsung digunakan. konsep yang korang boleh guna ialah menjawab berdasarkan pengetahuan. tapi jgn sengal sgt sampai pasal falsafah pendidikan kebangsaan pon tak tau.

semua ni tips. yang penting bersedia dari awal, bersedia dari awal dan bersedia dari awal. kalau tak der persediaan, saya mengucapkan selamat mengulang temuduga atau lambat dapat result temuduga. kalau dah mengulang tu, cabaranya lagi berat.