Showing posts with label JQAF. Show all posts
Showing posts with label JQAF. Show all posts
Friday, November 26, 2010

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan Islam dan Pendidikan negara?
Cabaran teknologi maklumat dan media massa:

Teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam ajaran dan sejarah Islam. Ia merupakan suatu proses yang berterusan dan berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Maka, revolusi teknologi maklumat merupakan suatu perkara yang akan terus berkembang pesat dengan ledakan ilmu. Masyarakat akan berorientasikan maklumat (information-oriented society) kerana maklumat boleh didapati dengan mudahnya kerana teknologi semakin berkembang disamping arus semasa yang mengharuskan seseorang itu celik IT.

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, struktur pendidikan akan menjadi lebih tercabar kerana terpaksa merubah untuk menilai serta menstruktur semula secara keseluruhan bagaimana sekolah beroperasi, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran serta cara pelajar belajar. Perkara ini haruslah dilakukan secara berhati-hati agar nilai-nilai agama tidak terjejas walaupun kita inginkan kemajuan setara dengan negara-negara luar yang sudahpun maju lebih awal dari Malaysia, namun runtuh dari segi akhlak dan moralnya.

Malah terdapat pelbagai kesan negatif yang berlaku akibat daripada perkembangan teknologi maklumat serta media massa. Antara bahana yang sering menjadi perbualan ialah kelekaan dalam mengerjakan ibadah, hubungan kekeluargaan yang kurang intim kerana kesibukan melayan rancangan televisyen, kemerosoton di dalam pembelajaran serta tiada fokus di dalam kelas kerana waktu senggang banyak ditumpukan untuk ber "chatting" sehingga ke larut malam.

Antara saranan untuk menghadapi cabaran ini ialah segala perubahan yang dilakukan sama ada di dalam kurikulum mahupun selain itu hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari ahli agama terlebih dahulu sebelum membuat segala kata putus. Ini kerana kerjasama yang secara telus ini akan membuahkan hasil yang dihajati kerana terdapat kesepakatan antara fuqaha serta ahli pakar yang lain seperti penggubal kurikulum.

Dalam Pendidikan Moden Pengajian Islam Kurikulum Pendidikan Islam

Seterusnya, segala rancangan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang positif hendaklah dikurangkan penayangannya di kaca televisyen sebagai langkah awal untuk mengurangkan pengaruh media massa ke atas kecemerlangan diri pelajar. Sebaliknya, rancangan yang berbentuk pendidikan serta akademik hendaklah ditayangkan tidak terhad pada waktu siang sahaja malahan pada waktu perdana iaitu sekitar jam 7 hingga 10 malam.
Cabaran persepsi masyarakat mengenai didikan agama hanya terletak pada ahli agama:

Dalam pendidikan moden, kurikulum itu tidak lagi terbatas kepada perkara yang diberikan dalam lingkungan sekolah sahaja, bahkan juga meliputi hal-hal yang bersangkutan dengan aspek kehidupan di luar sekolah2. Sehubungan dengan itu, pendidikan agama misalnya bukan hanya berlaku di sekolah sahaja malahan juga berlaku di luar sekolah seperti di rumah dan kawasan kejiranan.
Antara dilema yang dihadapi oleh generasi pada masa kini ialah hilangnya konsep ta'dib
dalam pendidikan.

Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Bagi menangani dilema ini, proses mendidik dan membentuk seseorang pelajar itu hendaklah membawanya ke arah pembentukan peribadi, sikap, watak serta sahsiah yang selaras dengan yang diredhai oleh Allah SWT3.

Berbalik kepada masalah yang utama iaitu salah tanggapan masyarakat terhadap didikan agama hanya terletak di bahu ahli agama. Sebaliknya, ibu bapa adalah merupakan golongan yang menjadi tunjang di dalam mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak tersebut berlaku sebelum anak itu lahir lagi iaitu kedua-dua orang tuanya melakukan amal soleh serta banyak bersoa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang taat pada Allah serta menyayangi kedua orang tuanya nanti apabila sudah dewasa.

Peranan guru ataupun ustaz serta ustazah hanya terhad sewaktu masa persekolahan sahaja. Sekiranya amanah ini dilakukan secara satu pihak sahaja, mana mungkin hasil yang kita inginkan itu akan dapat berlaku. Meskipun guru mempunyai tugasan serta bebanan kerja yang banyak, perkara ini tidaklah menjadi permasalahan besar kerana terdapat pembahagian tugas telahpun dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pendidikan Islam tidak berkesan jika sekolah sahaja yang memberi pendidikan Islam sedangkan keluarga dan masyarakat tidak turut sama membantu atau sebaliknya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendidikan Islam4. Secara tuntasnya, tugasan mendidik anak bangsa terutamanya yang bergelar Muslim hendaklah dilakukan secara kolektif iaitu secara kerjasama antara guru, ibu bapa serta masyarakat setempat.
Cadangan serta gagasan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan:

Muhammad Naquib Al-Attas menyebutkan di dalam bukunya mengenai sistem pendidikan yang seharusnya diikuti oleh orang Islam iaitu sistem yang berpaksikan kepada ajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah SAW itu sebagai ikutan yang terbaik. Antaranya ialah "So the Islamic University must reflect the Holy Prophet in terms of knowledge and right action..5". Pendidikan yang terlalu bermodelkan Barat hendaklah dikesampingkan kerana Islam juga mempunyai ramai tokoh-tokoh yang berketrampilan dalam bidang pendidikan seperti Ibn Khaldun yang terkenal dengan teori Malakah.

Guru berperanan untuk membentuk manusia dari segi perwatakan serta penampilannya. Maka dengan sebab itu, seseorang guru haruslah memiliki kualiti sebagai guru yang ideal. Guru ideal yang dimaksudkan ialah mampan dan utuh akidahnya serta kepercayaannya kepada Allah SWT dalam semua aspek. Beliau mampu menonjolkan peribadi dan perlakuan yang diredhai oleh Allah SWT dalam setiap tindak-tanduknya . Malah guru yang ideal selalu bermohon pertolongan dan bimbingan daripada Allah SWT dalam menjalankan tugasannya sebagai pendidik anak bangsa.

"An ideal teacher is necessarily a man of firm and unshakable faith in Allah in all respects. He
shows complete reliance on Him and in his every effort invokes His blessings, assistance and
mercy for the fulfillment of his mission as a teacher6"

SUMBER : http://www.scribd.com/doc/14751119/cabaran-pendidikan-islam-dan-pendidikan-negara


Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan yang patut diberikan kepada anak-anak orang Islam bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan soleh dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendahuluan
Pendidikan membawa pengertian yang cukup luas. Ia meliputi hampir kesemua bidang aktiviti manusia daripada yang paling kecil seperti menjala ikan untuk dijadikan lauk hingga kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berfikir dalam bentuk individual ataupun secara kolektif. Boleh dikatakan, ia mencakupi bidang-bidang yang sama luasnya dengan tamadun sesuatu bangsa itu sendiri. Ini termasuklah bidang-bidang seperti falsafah, kesusasteraan, matematik, sains dan teknologi, pertukangan, ekonomi, agama, dan lain-lain. Jadi persoalannya, bagaimanakah sesuatu pendidikan itu mampu mencapai hasrat untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang ke arah kemajuan diri, masyarakat dan negara

Jawapannya adalah bergantung kepada isi kandungan kurikulum suatu mata pelajaran. Kandungan Kurikulum menentukan sama ada suatu mata pelajaran itu mampu mendidik individu untuk menjadi seseorang yang bukan sahaja dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kegunaan sendiri, malah dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Memandangkan betapa pentingnya kandungan kurikulum itu sendiri, maka pakar-pakar pendidikan telah menyediakan mata pelajaran-mata pelajaran yang difikirkan mempunyai kepentingan kepada masyarakat masing-masing. Jadi dalam konteks Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Dalam kurikulum ini, pendidikan agama (Islam) dan moral adalah dititikberatkan dan menjadi teras kepada mata pelajaran yang lain untuk memastikan matlamat pendidikan negara yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai.

Jadi dalam perbincangan ini, kita cuba mengupas bagaimana rupa bentuk kurikulum yang perlu dimasukkan dalam pendidikan Islam agar anak-anak Islam dapat dibentuk sebagai seorang individu yang soleh melalui penerapan nilai-nilai intelek, rohani, jasmani dan emosi yang seimbang agar mereka ini nanti mampu memikul tanggungjawab yang dituntut dalam ajaran Islam.

Tujuan Pendidikan Islam
Sebelum kita meneroka lebih jauh tentang isi kandungan kurikulum dalam pendidikan Islam, adalah lebih elok jika kita membincangkan tujuan-tujuan diwujudkan pendidikan Islam. Ini kerana, kurikulum dan tujuan pendidikan tidak boleh dipisahkan dan saling mempunyai wasilah di antara satu sama lain. Kurikulum pendidikan perlu dibentuk berdasarkan tujuan pendidikan itu sendiri. Dalam erti kata lain, kurikulum pendidikan digubal berdasarkan tujuan-tujuan tersebut. Oleh itu, untuk menjelaskan tentang tujuan pendidikan Islam, kita tinjau terlebih dahulu secara ringkas pendapat-pendapat beberapa tokoh yang berkaitan.

Kebanyakan tokoh menggariskan bahawa pendidikan sebenarnya bukanlah sekadar untuk memenuhi bidang pekerjaan tetapi fungsi utamanya ialah untuk mempelajari seberapa banyak ilmu pengetahuan mengajar manusia mengenali diri, penciptanya dan alam ini. Al-Jammali (1966:82) menyenaraikan tujuan pendidikan Islam dengan berdasarkan kepada kandungan al-Quran seperti berikut:

1. Memperkenalkan kepada manusia akan kedudukannya di antara sekalian makhluk dan tanggungjawab individu dalam alam ini.
2. Memperkenalkan kepada manusia akan hubungan-hubungan sosialnya dan tanggungjawabnya dalam rangka suatu sistem sosial.
3. Memperkenalkan kepada manusia akan makhluk (alam jagat), dan mengajaknya memahami hikmah penciptaannya.
4. Memerkenalkan kepada manusia akan Pencipta alam jagat ini.
Ibnu Khaldun pula membahagikan tujuan pendidikan itu kepada tujuh, iaitu:

1. Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama melalui al-Quran dan al-Sunnah. Dengan jalan itu potensi iman dapat dikuatkan.
2. Memperlengkapkan akhlak manusia.
3. Memperlengkapkan sosial manusia.
4. Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan vokasional atau pekerjaan.
5. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan pemikiran seseorang itu dapat membuat berbagai pekerjaan dan pertukangan atau vokasional tertentu.
6. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair, khat, senibina dan lain-lain.
Hasan Langgulung pula menyatakan bahawa terdapat tiga tujuan utama pendidikan Islam, iaitu; Pertama, untuk menentukan haluan bagi proses pendidikan, iaitu ke arah manakah tujuan usaha manusia mendidik generasi muda, atau apakah corak manusia yang dihasilkan melalui pendidikan. Kedua, untuk merangsang dan mendorong manusia bekerja bersungguh-sunggguh bagi mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai proses pendidikan, iaitu menilai pencapaian pendidikan itu, sama ada berjaya atau tidak. Di samping itu, beliau juga membahagikan tujuan pendidikan Islam tersebut kepada dua bahagian utama, iaitu tujuan khas dan tujuan am.

SUMBER : http://kulanzsalleh.com/kurikulum-pendidikan-islam/

Pemantauan Pelaksanaan j-QAF


Tidak disangka apabila pihak Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) yang diketuai oleh Ketua Sektor SPI, Ust Ariffin bin Mohd Amin, Penolong Pengarah Kanan j-QAF, Ust Wan Yusof bin Wan Sulong dan Ust Kamarudin bin Ayob telah membuat 'lawatan mengejut' bagi memantau pelaksanaan j-QAF di sekolah kami.

Maka, kami 6 orang GPI pun mengambil dan membawa beberapa bahan penting seperti Buku Rekod Pengajaran Harian, Fail j-QAF dan Buku Rekod Bacaan Al-Quran untuk disemak, diteliti dan diberikan komen balas oleh mereka.

Beberapa maklumat, nasihat dan teguran penting telah disampaikan kepada kami, antaranya:

1- Pemantauan kali ini sangat penting bagi memastikan semua murid sekolah j-QAF kohort pertama (Tahun 6) boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan betul dan lancar sebelum naik ke sekolah menengah walaupun belum khatam dengan bacaan sendiri.

2- Kegagalan dalam mencapai objektif j-QAF yang terpenting ini merupakan kegagalan guru j-QAF itu sendiri kerana mereka telah menjalankan P&P secara kolaboratif.

3- Buku Rekod Pengajaran Harian, Fail j-QAF dan Buku Rekod Bacaan Al-Quran hendaklah direkodkan dengan kemas dan lengkap.

4- Bermula tahun 2011, Pelaksanaan Kem Bestari Solat bagi Tahap 2 adalah sebanyak 2 kali setahun sahaja, manakala Tahap 1 dikekalkan sebanyak 4 kali setahun.

5- Dalam P&P Ulum Syariah, memadai dilaksanakan oleh seorang GPI/GPI j-QAF sahaja. Bilangan guru perlu dilebihkan dalam P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama khususnya kelas murid yang lemah.

6- P&P Bahasa Arab perlu dibudayakan di luar kelas seperti perbualan harian asas dan mudah di antara guru dan murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Arab dengan lebih baik lagi.

7- Kem Bestari Solat telah berjaya dilaksanakan sebanyak 3 kali –setakat ini- bagi setiap tahun (6 tahun x 3 kali = 18 kali).

8- Tasmik juga dapat dilaksanakan di luar jadual waktu walaupun hanya seorang GPI memegang 2 kelas pada setiap minggu dan setiap kelas hanya dapat dilaksanakan selama 30 minit.

9- Perlu fokus kepada sebilangan kecil murid Tahun 6 yang belum menguasai bacaan Al-Quran dengan lancar dengan mengadakan program pemulihan selepas UPSR, selain Kem Literasi Al-Quran yang diadakan pada bulan Ramadhan ini.

10- Penilaian pencapaian murid dalam Kem Bestari Solat perlu diperketatkan iaitu murid yang belum menghafaz mana-mana bacaan dalam solat hendaklah dinilai sebagai Belum Menguasai (BM), bukan Menguasai Sederhana (MS) walaupun murid itu boleh membaca mengikut Bacaan Ikut Guru (BIG).

10 000 guru JQAF diperlukan!!!

http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-489343.html

RMKe-10: Guru J-QAF ditambah

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

2010/06/13

Kerajaan wujud 10,000 jawatan baru tampung keperluan sekolah di seluruh negara

ALOR SETAR: Kerajaan akan mewujudkan 10,000 perjawatan baru mengisi kekosongan guru J-QAF selaras usaha menambah guru pendidikan Islam di sekolah seluruh negara seperti dirangka dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perjawatan baru itu sebagai tambahan kepada 14,000 guru J-QAF sedia ada di seluruh negara bagi menampung keperluan sekolah.

Beliau berkata, usaha menambah sumber manusia membabitkan guru pendidikan agama akan lebih mudah kerana RMKe-10 membuka peluang kepada lulusan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama menjadi guru pendidikan Islam dan J-Qaf.

“Justeru, penambahan 10,000 jawatan ini dijangka dapat merealisasikan hasrat menempatkan guru J-QAF di setiap sekolah rendah yang mempunyai pelajar Melayu termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Ketika ini, jumlah guru J-QAF tidak cukup untuk menampung keperluan sekolah dan kita berharap penambahan guru dapat membantu usaha melahirkan modal insan berkualiti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Kedah, di sini semalam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijangka menyelaras perjawatan guru agama di jabatan dan majlis agama menerusi pelan dirangka dalam RMKe -10.

“Selain itu, kita jangka lebih banyak premis dan bangunan jabatan serta majlis agama dibina dalam rancangan lima tahun ini, manakala sistem pengurusan dan penyelenggaraan masjid pula akan dipergiatkan,” katanya.

Jamil Khir berkata, RMKe-10 memberi manfaat secara menyeluruh dengan menggabungkan pembangunan fizikal dan

KPLI MTest : Tips Insak

http://kpli2u.blogspot.com/2009/04/kpli-mtest-tips-insak.html

link : http://tips-insak-2008.blogspot.com/

Soalan INSAK : Soalan Negatif

Contoh soalan negatif adalah seperti berikut :

Anda melihat tempat letak kereta pengetua sekolah kosong, anda akan meletakkan kereta di situ

A. Ya

B. Tidak

Jawapannya : Tidak , kerana ia adalah tidak beretika

Jika guru-guru membuat lawak lucah di dalam bilik guru anda akan ketawa

A.Ya

B.Tidak

Jawapan : Tidak, anda tidak ketawa ( soalan ini mempunyai banyak perdebatan tetapi stick to this answer, should be fine )

Kuncinya : Jawap berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab, saya dapati daripada salah seorang pensyarah KPLI di maktab, ingin saya kongsi di sini.

1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka

2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan

3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge

4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah

5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah

6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari

7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan

8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.

9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.

10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.

11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis

12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang

13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko

14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan

15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius