Showing posts with label MOHON KERJAYA. Show all posts
Showing posts with label MOHON KERJAYA. Show all posts

160,180 kerja kosong belum diisi

Sunday, March 27, 2011

160,180 kerja kosong belum diisi

at Friday, March 11, 2011

Sebanyak 162,180 pekerjaan kosong masih belum diisi daripada jumlah keseluruhan 193,739 pekerjaan yang didaftarkan dalam portal Jobs Malaysia sehingga bulan lepas, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata daripada jumlah keseluruhan pekerjaan yang didaftarkan, hanya 31,559 penempatan pekerjaan telah dibuat dalam tempoh yang sama.

"Daripada jumlah pekerjaan yang diisi itu, sebanyak 8,477 (26.9 peratus) di peringkat pengurusan dan profesional, 2,544 (8.1 peratus) di peringkat berkemahiran, 16,168 (51.2 peratus) di peringkat separa mahir dan 4,360 (13.8 peratus) pekerja asas," katanya ketika menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun).

Maznah berkata walaupun jumlah kekosongan pekerjaan adalah tinggi, masih ada graduan dan bukan graduan yang tidak mendapat pekerjaan disebabkan sikap memilih pekerjaan ataupun tempat kerja itu jauh dari penempatan mereka.

"Dalam portal Jobs Malaysia, kita dapati bahawa setakat ini lebih banyak jawatan yang lebih rendah daripada jawatan untuk graduan, kita juga menggalakkan graduan sementara menunggu untuk mendapatkan pekerjaan sesuai, dapat sekiranya mereka timba pengalaman dalam jawatan rendah supaya dijadikan asas pengalaman ketika temuduga," katanya.

Beliau berkata kelemahan daripada segi kemampuan berkomunikasi, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris serta tidak mendapat maklumat yang cukup tentang peluang pekerjaan, juga merupakan punca graduan masih tidak mendapat pekerjaan.

Maznah berkata kerajaan sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk menambah bilangan pekerjaan untuk graduan dan berkemahiran tinggi.

Sehingga kini tahap tenaga kerja berkemahiran tinggi di negara ini adalah 28 peratus.

"Menjelang tahun 2020, kita berharap kadar ini dapat ditingkatkan kepada 40 ke 50 peratus kerana ini dapat membantu negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Inisiatif-inisiatif di bawah transformasi yang dibuat kerajaan akan menjana lebih daripada 3.3 juta pekerjaan menjelang 2020, dan sudah tentu jawatan-jawatan untuk graduan juga akan bertambah," katanya.

Mengenai kadar pengangguran negara terkini, Maznah berkata sehingga Disember tahun lepas, kadarnya ialah 3.2 peratus yang melibatkan 391,200 orang daripada jumlah tenaga buruh berjumlah 12,059,700 di negara ini.

"Kadar pengangguran di bawah paras 4 peratus dianggap wujud keadaan guna tenaga penuh," katanya.

- BERNAMA

5 sebab kenapa susah dapat pekerjaan:

1. Pandai belajar tapi tak pandai berinteraksi

Satu ‘kebolehan luarbiasa’ institusi institusi pengajian di Malaysia (samaada institusi awam atau swasta) adalah menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi kemudiannya dicemuh oleh majikan apabila mereka datang ke temuduga kerja (tidak semua tetapi banyak). Hasilnya, mereka ditolak bulat bulat, dan sebaliknya calon lain yang kurang pintar serta mendapat kelulusan yang rendah tetapi memiliki potensi untuk digilap pula yang ditawarkan kerja.

Tidak sukar untuk majikan menemukan calon yang mendapat ijazah kelas pertama atau mereka yang seringkali berada dalam senarai anugerah dekan di universiti, namun semua itu menjadi tidak bermakna jika sekiranya calon tidak mempunyai kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia kerjaya yang penuh kompetitif. Apabila ditanya satu soalan, jawapan yang diberi hanya sepatah dua ayat yang tiada kualiti, dan tiada inisiatif untuk membuat analisa terhadap sesuatu soalan dan menampilkan teknik berkomunikasi yang berkesan.

2. 20% usaha, 80% mengeluh

Ramai yang mahukan kerja tetapi hanya berusaha sekerat jalan sahaja. Jika benar benar mahu mendapatkan pekerjaan, jadikan ia satu usaha sepenuh masa, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau berhenti separuh jalan. Kata orang, jadikan “mencari kerja itu kerja sepenuh masa anda”. Jika masih tiada hasil, buat post mortem dan kaji semula kesilapan yang mungkin telah anda lakukan dalam usaha mendapatkan kerja. Jangan terlalu cepat mengeluh.

“Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja.”

“Apa ni? Adakah sebab majikan memilih perempuan perempuan cantik sahaja?”

“Kerajaan tak boleh harap, memang tak nak bantu orang…”

Semak semula dan tanya diri sendiri adakah sudah betul betul berusaha? Tepuk dada tanyalah selera.

3. Suka ‘tunggu’ dan bukan ‘kejar’

Orang yang berjaya tidak menunggu sehingga peluang terhidang di depan mata kerana mereka tahu rezeki tidak datang bergolek. Mereka juga sedar rezeki itu tidak layak untuk mereka yang tidak berusaha serta mereka yang mengharapkan nasib semata mata. Sebaliknya, mereka mencari cari dan mengejar peluang demi mengubah nasib hidup. Ada yang sanggup mengembara beratus ratus kilometer semata mata untuk menghadiri temuduga di ibu kota.

Orang yang kurang berjaya sebaliknya mengambil sikap tunggu, lihat dan berharap. Mereka berpendapat, “jika dah ada rezeki, memang tak ke mana” tanpa melakukan sebarang usaha yang serius untuk merubah keadaan. Tiada usaha untuk menambahbaik kemahiran yang boleh meningkatkan nilai mereka di pasaran seperti kemahiran berkomunikasi, perisian, menulis resume dan sebagainya.

4. Gaji dulu, pengalaman kemudian

Bagi kebanyakan orang, gaji lebih penting berbanding dengan pengalaman serta potensi pembangunan kerjaya. Kerja yang menawarkan gaji kecil, walaupun datang dengan peluang pembangunan yang menarik, akan ditolak tepi dahulu dan tidak diberi keutamaan. Golongan yang sama mengenakan pelbagai syarat lain yang menyempitkan lagi peluang yang ada, malah sehingga membuatkan majikan menjauhkan diri.

Sebagai contoh, mereka tidak sanggup untuk bekerja di lokasi yang jauh dan tidak menyenangkan proses perjalanan. Bagi mereka, bangun awal pagi untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masanya adalah sesuatu yang melecehkan. Jika memang pekerja berpengalaman (dan laku di pasaran) tidak mengapalah, tapi graduan yang pengalaman yang masih zero pengalaman!

5. Hentam semborono

Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Entah apa sebabnya, mereka ini yang tidak tahu terus menerus membiarkan diri mereka disesatkan tanpa berusaha untuk meingisi sedikit ilmu di dada. Tidak tahu apa ituresume. Tidak tahu bagaimana menulis surat permohonan kerja. Tiada pengetahuan tentang teknik teknik menghadiri temuduga yang berkesan. Yang mereka tahu, pergi ke website atau laman web, dan ‘memohon kerja’ dengan menulis ‘resume’ mereka dalam ruangan komen.

Jika beginilah caranya, tidak akan ada orang yang simpati jika tidak mendapat kerja sampai bila bila.

http://skorcareer.com.my/

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU

Friday, January 28, 2011

http://www.trglib.gov.my/v1/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=75&Itemid=378

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM
TERENGGANU
_____________________________________
IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi
memenuhi jawatan berikut :-
A. JAWATAN KOSONG
1. JAWATAN 1 : PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27
Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kumpulan Perkhimatan : Pentadbiran dan Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial (S)
Kekosongan : 1
2. Jadual Gaji : Gaji S27 : P1T1 RM1,204.55 - P1T26 RM3,027.10
P2T1 RM1,274.13 - P1T26 RM3,213.25
P3T1 RM1,346.73 - P3T26 RM3,405.26
3. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan;
c) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ;
ii. Diploma Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
dan d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. JAWATAN 2 : PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kumpulan Perkhimatan : Pentadbiran dan Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kekosongan : 2 5. Jadual Gaji : Gaji S17 : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2,151.35
P2T1 RM871.81 - P1T24 RM2,272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2,397.95
6. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
dan d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
7. JAWATAN 3 : JURUTEKNIK GRED J17
Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kumpulan Perkhimatan : Pentadbiran dan Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan (J )
Kekosongan : 1
8. Jadual Gaji : Gaji J17 : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2,151.35
P2T1 RM871.81 - P1T24 RM2,272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2,397.95
9. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
c) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9)
dan d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
10. JAWATAN 4 : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kumpulan Perkhimatan : Pentadbiran dan Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan (W)
Kekosongan : 2 11. Jadual Gaji : Gaji W17 : P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2,152.86
P2T1 RM873.32 - P1T24 RM2,274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2,399.46
12. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut atau;
ii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); atau
iv. sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
kira-kira yang diiktirafoleh kerajaan daripada politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9)
dan d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
B. TARAF JAWATAN : a) Jawatan 1, 2, 3, 4 (Kontrak)

C. CARA MEMOHON:
1. Penggunaan Borang:
Permohonan mestilah menggunakan Borang PPAT. 001 yang boleh didapati di Kaunter
Utama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Semua Perpustakaan
Awam Daerah atau muat turun di laman web rasmi PPAT iaitu www.trglib.gov.my
2. Sila tulis jawatan yang dipohon pada sebelah atas kiri sampul surat.
3. Hantar kepada:
Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu.
4. Tarikh Tutup : 31 Januari 2011
5. Sertakan salinan:
i. Sijil Kelahiran;
ii. Sijil Kelulusan Pelajaran dan lain-lain sijil / dokumen berkaitan;
iii. Kad Pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu;
iv. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu jika pemohon dan bapa lahir di luar Negeri
Terengganu;
v. Satu keping gambar berukuran pasport (lekatkan di bahagian atas sebelah
kanan muka surat pertama borang permohonan);

vi. Permohon yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan
adalah dianggap gagal.
- PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU -
Bertarikh : 18 Januari 2011

28JANUARI 2011
http://malaysiancareer.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1080