Showing posts with label ISU PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label ISU PENDIDIKAN. Show all posts

Pendidikan Khas : Semakin penting

Tuesday, April 5, 2011


source: utusan: 09/05/2005 1:15 p.m.

PENDIDIKAN Khas menjadi salah satu keutamaan Kementerian Pelajaran dalam menghargai guru-guru yang gigih berusaha dan berkorban untuk memberi pendidikan kepada pelajar yang berkeperluan khas.

Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2005 disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghargai mereka.

Ia merupakan pengiktirafan kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan selain menggalakkan lebih banyak guru terlibat dalam pendidikan khas.

Anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif.

Ia juga sebagai pengiktirafan kementerian kerana menyedari kemahiran mengurus pelajar berkeperluan khas bukan sahaja melalui membaca buku tetapi perlu melalui pelbagai pengalaman dan ini menjadikan guru Pendidikan Khas istimewa dan berbeza dengan guru-guru yang mengajar pelajar normal.

Mengajar pelajar pendidikan khas bukanlah suatu tugas yang mudah kerana mereka mempunyai pelbagai masalah di samping masalah utama yang dihadapi.

Untuk tahun ini, seramai 35 guru telah dicalonkan untuk anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2005.Senarai calon-calon Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2005.

1. Norhasanah Hassan (SKPK Pekan, Tuaran, Sabah).

Program Pendidikan Khas Tahun 5.

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Penyelaras Pusat Sumber SK Kg. Pada Sandakan, Penyelaras Pusat Sumber SKPK Pekan Tuaran dan Penyelaras Skim Bantuan Tuisyen SKPK, Pekan, Tuaran.

Kokurikulum: Guru Sukan SK Sg. Padas, Sandakan, Pegawai Kejohanan Olahraga MSS Zon 2, Sahbandar Tuaran.

Bilik darjah: Guru kelas di SK Sg. Padas, Sandakan.

Profesion: Setiausaha Kehormat Persatuan Guru-guru Pelatih Maktab Perguruan Sandakan.

Pentadbiran: Setiausaha HEM SK Sg. Padas, Sandakan, Warden asrama SKPK Pekan, Tuaran dan AJK Pembangunan Sekolah SKPK Pekan.

Program khas sekolah: AJK Perancang asrama Desa Yayasan Sabah di SK Sg. Padas, Sandakan.

Lain-lain: AJK Kebajikan dan Keselamatan SKPK Pekan, Tuaran dan AJK Persatuan Kebudayaan dan Kesenian SKPK Pekan. Setiausaha dan Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg. Padas/Sebait, Sandakan.

Masyarakat: Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah, Kota Kinabalu dan pernah menjadi Pengadil dalam Karnival Braille peringkat kebangsaan, pegawai bertugas Karnival Braille peringkat negeri Sabah dan membantu menjayakan Majlis hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT).

Persatuan: Ahli Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS).

2. Rabaishah Azirun (SMK Malim Bertam, Melaka)

Program Khas Tahun 4.

Kategori: Pembelajaran.

Kurikulum: Guru Pendidikan Islam, Guru Pendidikan KHas dan Penyelaras Pendidikan Khas.

Kokurikulum: Ketua kontinjen Melaka ke Jambori Pasukan Beruniform Pendidikan Khas di Kelantan, Fasilitator Kem Motivasi dan Perkhemahan Pendidikan Khas negeri Melaka dan AJK Karnival Permainan Pendidikan Khas peringkat kebangsaan di negeri Melaka.

Bilik Darjah: Guru kelas PK Nilam.

Profesion: Ketua Panitia Pendidikan ISlam SMK tun Mutahir, Melaka dan Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Klebang Besar, Melaka.

Pentadbiran: AJK kurikulum sekolah, AJK kebajikan sekolah, AJk Program Bimbingan Khas dan Pemulihan sekolah dan AJK disiplin sekolah.

Program khas sekolah: Projek Taman Herba dan menubuhkan pasukan Cak Lempong pendidikan khas sekolah.

Lain-lain: Guru Penasihat Persatuan Pendidikan Khas, Guru Penasihat Persatuan Beruniform KRS-Platun Delta 6 sekolah.

Penulisan: AJK Panel Binaan Instrumen Diagnostik Berasaskan Kurikulum Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka - bertanggungjawab menghasilkan satu instrumen diagnostik berasaskan kurikulum untuk menjadi rujukan guru-guru pendidikan khas dan pemulihan khas negeri Melaka.

Masyarakat: Setiausaha Badan Kebajikan Pendidikan Khas SMK Malim, Melaka - memastikan semua aktiviti yang diatur untuk kebaikan badan ini berjalan dengan lancar dan baik untuk kebajikan pelajar pendidikan khas SMK Malim.

Persatuan: Ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Persatuan Pendidik Pendidikan Khas Malaysia (PPPKM) dan Majlis Guru-guru Pendidikan Khas Melaka.

3. Mohamad Jaafar Md Ali (SK Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, Melaka).

Program Pendidikan Khas Tahun 10.

Kategori: Penglihatan.

Kurikulum: Mengajar Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kajian Tempatan, Orientasi dan Mobiliti.

Kokurikulum: Guru Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Agama Islam dan Olahraga Sepaktakraw.

Bilik darjah: Menceriakan kelas, menguruskan hal-hal yuran, kedatangan murid, menyusun jadual waktu dan menyimpan stok.

Profesion: Pemeriksa kertas Pendidikan Islam PMR dan pengawas peperiksaan PMR dan SPM.

Pentadbiran: Kerjasama dengan pentadbir sekolah.

Program khas sekolah: Setiausaha membina surau SM Tun Mutahir, Melaka.

Lain-lain: Bendahari PIBG SK Bukit Beruang, AJK PIBG SK Ayer Keroh dan Ketua rumah sukan, guru kaunseling, guru pengawas dan guru penasihat Persatuan Islam.

Profesional: Penglibatan dalam Hari Q pendidikan khas, Minggu Pendidikan Khas, sukan dan permainan pendidikan khas, pertandingan Tilawah Pendidikan khas, Jurulatih Utama (JU) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan penceramah serta fasilitator kepada doktor dan jururawat di Hospital Melaka.

Penulisan: Penerbitan Buletin Pendidikan Khas Melaka.

Masyarakat: Bendahari Persatuan Belia Kg. Sempang, AJK Persatuan Penduduk Taman Melaka Baru, Pertahanan Awam dan Pemeriksa kira-kira Persatuan Penduduk Islam Taman Widuri.

Persatuan: Ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Persatuan Majlis Guru Pendidikan Khas Melaka, Badan Koperasi Guru-Guru Melayu Melaka.

4. Abd. Rahman Mohd Said (SKPK Melaka KM 4, Jalan Semabok, Melaka).

Program Pendidikan Khas Tahun 14.

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: Setiausaha kurikulum, guru bahasa Inggeris, dan Ketua Panitia Kemahiran Hidup.

Kokurikulum: Ketua Kontinjen Pendidikan Khas Melaka, jurulatih olahraga pendidikan khas Melaka dan jurulatih sepaktakraw sekolah.

Bilik darjah: Guru pembimbing guru pelatih, membina sudut bahasa Inggeris dan penasihat pelajar (disiplin).

Profesion: Fasilitator Panel Item Moderasi, Fasilitator Modifikasi Kurikulum dan Panel Penggubal Kurikulum Maktab Perguruan.

Pentadbiran: GPK HE, GPK 1 dan Unit Tadbir dan Kemajuan Sekolah.

Program khas sekolah: Kelas Kod Tangan bahasa Melayu untuk ibu bapa dan penjaga serta projek arca.

Lain-lain: Ketua warden, Pengerusi Kelab Keluarga sekolah dan AJK PIBG.

Profesional: Exco KPPK Selangor, wakil KPPK sekolah dan AJK Persatuan Pendidik Pendidikan Khas Malaysia.

Penulisan: Ahli panel penyemakan, pemilihan, penyelarasan dan penggubal kod tangan bahasa Melayu edisi 1997, panel pembinaan dan penambah kod tangan sains dalam bahasa Inggeris.

Masyarakat: Penasihat Persatuan Orang Pekak Melaka, ahli Majlis Persekutuan Orang Pekak Malaysia, ahli jawatankuasa kumpulan sokongan ibu bapa dan penjaga bagi kana-kanak bermasalah pendengaran dan ahli Majlis Kebajikan Melaka.

Persatuan: Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Guru-guru Pendidikan Khas Melaka, ahli Persatuan Pengadil Bolasepak Daerah Sabak Bernam, Selangor dan ahli Persatuan Pengadil Bola tampar Daerah Sabak Bernam, Selangor.

5. Zarawi Chik (SKPK Kuala Terengganu, Terengganu)

Program Pendidikan Khas Tahun 16.

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: AJK Kem Motivasi Pendidikan Khas peringkat negeri, AJK Kem Kecemerlangan Pendidikan Khas UPSR sekolah, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kem Kecemerlangan UPSR sekolah.

Kokurikulum: Pengadil balapan kejohanan olahraga Pendidikan khas kebangsaan, ketua kontinjen negeri ke Minggu Pendidikan khas kebangsaan, ketua kontinjen ngeri ke Karnival Pendidikan Khas kebangsaan.

Bilik darjah: Merancang dan menjadikan bilik darjah lebih ceria, selesa dan selamat, merancang dan menjadikan kelas lebih kondusif.

Profesion: Mengadakan kelas bahasa isyarat untuk ibu bapa dan guru, merancang dan melaksanakan program kesedaran diri guru dan pekerja sekolah.

Pentadbiran: Merancang dan membantu guru besar mengurus pentadbiran sekolah, merancang dan membantu guru besar mengurus pembangunan sekolah dan membantu guru besar menyelesaikan masalah sekolah, guru dan kakitangan.

Program khas sekolah: Merancang dan melaksanakan aktiviti dan lawatan sekolah dan asrama, merancang dan melaksanakan program akademik pelajar asrama dan sekolah dan merancang serta melaksanakan program pemantapan disiplin pelajar.

Lain-lain: Setiausaha olahraga pendidikan khas negeri, AJK Induk Urusetia Minggu Pendidikan Khas Kebangsaan, Pengerusi Majlis Seminar Orang Kurang Upaya Terengganu.

Penulisan: AJK Unit Pendidikan Khas sekolah, Pengerusi merancang dan menerbitkan Buletin Pendidikan Khas Terengganu, merancang dan menerbitkan Buletin sekolah, merancang dan melaksanakan radio sekolah.

Masyarakat: Bendahari dan Setiausaha Persatuan Belia MAYC Felda Bukit Bading, Setiausaha PIBG SKPK KT, AJK Persatuan Pekak Terengganu.

Persatuan: KPPK Terengganu sebagai wakil sekolah dan Kesatuan Guru-guru Agama.

6. Che Yusof Che Tahir (SK Seri Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu)

Program Pendidikan Khas Tahun 15.

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Penyediaan panduan RPI (Kementerian Pelajaran), Jurulatih Utama Pendidikan Khas.

Kokurikulum: Pengiring Pertandingan mewarna pendidikan khas Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Pegawai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas.

Bilik darjah: Pengerusi pertandingan keceriaan kelas dan penyelaras kelas PKBP.

Profesion: Jurulatih Utama Pendidikan Khas negeri dan Penceramah Pendidikan Pemulihan.

Pentadbiran: AJK kurikulum sekolah, AJK Badan Disiplin sekolah dan ketua rumah sukan.

Program Khas sekolah: AJK Taman Vocab sekolah, AJK pertandingan 3K sekolah peringkat kebangsaan dan Naib Pengerusi pembinaan Taman Psaikomotor.

Profesional: Penceramah pendidikan pemulihan dan penceramah pendidikan khas.

Masyarakat: Kelab Kurang Upaya dan Naib Pengerusi PIBG Istimewa.

Persatuan: Ahli NUTP.

Lain-lain: Pendidikan prasekolah.

7. Noor Madiah A. Rahim (SMK Kampung Jawa, Klang, Selangor)

Program Pendidikan Khas 15.

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas, AJK Panitia sekolah, Panitia Pendidikan Khas Daerah.

Kokurikulum: Pengurus olahraga pendidikan khas daerah, Pengurus permainan pendidikan khas daerah, AJK Induk Motivasi Pendidikan Khas daerah.

Bilik darjah: Merancang dan menyelia bahan P&P, menyelia dan menyelaras sistem stesen P&P, menyediakan dan menyelaras RPI.

Profesion: Merancang aktiviti untuk guru khas daerah, membantu Jabatan Pendidikan Khas dalam merancang kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Pentadbiran: Membantu pihak pentadbiran membuat pencerapan, menyelaras program pendidikan khas dan AJK kewangan sekolah.

Program Khas sekolah: Projek taman semaian dan taman herba, taman refleksologi pendidikan khas, projek ternakan ikan keli.

Lain-lain: AJK utama dalam aktiviti di peringkat negeri, AJK induk dalam menggubal kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Profesional: Penolong Bendahari Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang.

Penulisan: Majalah sekolah WAJA, dokumentasi tahunan aktiviti pendidikan khas, pengurusan dan pentadbiran program pendidikan khas.

Masyarakat: Ahli Briged Kebajikan Perdana, Ahli Badan Ehsan Selangor, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BAGUS).

Persatuan: Ahli Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Kebangsaan dan ahli PSKPP daerah.

Lain-lain: Setiausaha pergerakan wanita UMNO cawangan dan ahli muslimat surau.

8. Rukiah Hanoum Omar Farok (SMK Seksyen 9 Jalan Tengku Ampuan Rahimah, Shah Alam, Selangor)

Program Pendidikan Khas Tahun 18

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Guru kanan Sejarah, Guru Penasihat Pelajar Perempuan, Penyelaras Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Guru Jadual Waktu, Guru Stok dan Inventor, AJK Kurikulum dan AJK Kelas Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Inklusif Pendidikan Khas.

Kokurikulum: Guru penasihat Persatuan Sejarah, Setiausaha Kelab Guru, AJK kantin, Bendahari Badan Kebajikan Program Pendidikan Khas, Setiausaha Biro Sosial dan Hubungan, AJK Keceriaan sekolah, AJK bilik rawatan, AJK pengelola.

Bilik darjah: Cadangan bangunan tambahan SMK Seksyen 19, Shah Alam, permohonan bilik darjah tambahan SMK Seksyen 9, Shah Alam, lukisan mural dalam dan luar bilik darjah, penubuhan stesen-stesen P&P di SMK Seksyen 9, Shah Alam.

Profesion: Cadangan penubuhan Panitia Pendidikan Khas daerah Petaling, cadangan tambahan masa untuk peperiksaan PMR bagi calon pendidikan khas (BP), pembukaan PIPK SMK Teluk Gadong, cadangan PIPK SMK Seksyen 9 Shah Alam, Panel semakan semula sukatan pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik, ahli panel.

Pentadbiran: Penyelaras PIPK (BP), AJK kurikulum, AJK HEM.

Program Khas sekolah: Tanaman sayur-sayuran di KKBP SMK Seksyen 19, Shah Alam, KH/perniagaan dan jualan hasil tanaman dan masakan SMK Seksyen 19, Shah Alam, kelas komputer PKBP SMK Seksyen 9, Shah Alam, landskap Laman Kasih dan kolam ternakan ikan di KKBP.

Profesional: Pengerusi Biro Seranta PUSPANITA cawangan JPA, Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA cawangan JPA, Pengerusi PUSPANITA INTAN Malaysia, Pengerusi Biro Pendidikan PUSPANITA JPM.

Penulisan: Buletin PIBG SMK Sekysen 9, Shah Alam, Buletin PUSPANITA JPA, Penasihat Buletin Ilhamnita INTAN, Editor BUletin Panitia Pendidikan Khas Daerah Petaling.

Masyarakat: AJK Persatuan INsan Istimewa Daerah Petaling (PERKIDA), Persatuan Bekas Pelajar SMP St. George Pulau Pinang, ahli PERKIM, Selangor.

Persatuan: Ahli Badan Ihsan, Pengerusi Panitia Pendidikan Khas Daerah, AJK Panitia Pendidikan Khas Daerah Petaling.

Lain-lain: Pengerusi Ladies Circle ( Halaqah Islamic Centre of Exeter).

9. Hanizan Suliani Abd. Manaf (SKPK Besut, Alor Lintang, Terengganu)

Program Pendidikan Khas 10

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: Pembinaan item penilaian merujuk kriteria bagi kegunaan sekolah-sekolah pendidikan khas, fasilitator kem motivasi pelajar TP-II pendidikan khas.

Kokurikulum: Urusetia kejohanan olahraga pendidikan khas kali ke-2, urusetia perkhemahan unit-unit beruniform.

Bilik darjah: Pengerusi Bengkel Alat ABM, membina mural dan kod gambar.

Profesion: Menghadiri kursus peningkatan profesionalisme guru pendidikan khas Terengganu dan bengkel peningkatan permuafakatan guru.

Program Khas Sekolah: Pengerusi Taman Hidroponik sekolah, taman bunga dan permainan prasekolah.

Profesional: AJK PIBG SK Pendidikan Khas.

Masyarakat: AJK Sukaneka Hari Kebangsaan Kg. Baru, AJK Pertubuhan Belia kawasan Kg. Baru dan AJK Kelab Berzanji Kg. Baru.

Persatuan: AJK Koperasi Guru-guru Terengganu Berhad, AJK Koperasi Guru-guru Melayu Besut Berhad.

10. Abdul Rahman Mohamed (SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor)

Program Pendidikan Khas Tahun 14.

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: Jurulatih Utama Negeri (Pendidikan Khas), Ahli Panel Penggubalan Moderasi.

Kokurikulum: Jurulatih Futsal Negeri (Pendidikan Khas), Pengerusi Kontinjen Negeri (Pendengaran) dan Pengadil Sofbal ke MSSJ.

Bilik darjah: Merangkaikan komputer di makmal komputer untuk kegunaan P&P.

Profesion: Merangkai komputer pejabat untuk urusan persediaan bahan P&P, mengadakan kelas untuk pembinaan laman web.

Pentadbiran: Merangkai komputer di pejabat untuk urusan pentadbiran.

Program Khas sekolah: Pengerusi penubuhan makmal IT SMK Aminuddin Baki, projek pembangunan permainan sofbal SMK Aminuddin Baki, Pengerusi pembangunan laman web SMPK Vokasional Indahpura.

Profesional: Fasilitator kursus 3D Studio Max, pemurnian bahan visual Ops QUPI.

Penulisan: AJK persembahan montaj Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 2004, Pengerusi AJK Kecil, Ahli Panel persembahan bahan multimedia persaraan Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Masyarakat: Persatuan Orang Pekak Johor, Jurubahasa Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Persatuan: Ahli Persatuan Guru-guru Pendidikan Khas Kebangsaan dan Persatuan Guru-guru Kebangsaan.

11. Karamjit Kaur (SKPK Seremban, Negeri Sembilan)

Program Pendidikan Khas Tahun 13.

Kategori: PenglihatanKurikulum: Mengajar kelas UPSR (keputusan terbaik peringkat kebangsaan 2004). Fasilitator kursus motivasi pelajar Tahun 6 cacat penglihatan.

Kokurikulum: Melatih pelajar cacat pendengaran tarian untuk persembahan di dalam dan luar sekolah, melatih pelajar cacat penglihatan dalam Pertandingan Membaca Braille (Johan 2003).

Bilik Darjah: Menghasilkan buku cerita (bentuk braille), membuat gambar rajah timbul.

Profesion: Jurulatih Utama pendidikan khas, penceramah di PUsat Kesihatan Rembau, panel dalam menghasilkan buku teks braille.

Pentadbiran: Setiausaha Jawatankuasa Induk SK Convent.

Program khas sekolah: Melukis log dan mural (secara individu), membuat poster untuk perpustakaan, membantu dalam penghasilan buletin di pusat sumber.

Lain-lain: Menjadi jurubahasa (kod tangan) untuk ucapan Menteri Belia dan Sukan (ketika itu Datuk Khalid Yunus) pada perasmian Sukan Pendidikan Khas di Seremban dan Urusetia untuk Ekspo Pendidikan Khas di Rembau.

Profesional: PIBG, Setiausaha National Council for The Blind (NCBM), ahli Malaysian Association of The Blind.

Penulisan: NCBM, menghasilkan semua gambar rajah timbul buku teks sejarah tingkatan satu dan tiga, panel untuk penghasilan buku teks braille di bawah Bahagian Pendidikan Khas.

Masyarakat: Ahli Pertubuhan World Vision of India, PBSM, Pertubuhan Malaysian CARE, pasukan perlindungan kana-kanan Negeri Sembilan, MSRI.

Persatuan: Ahli NUTP.

Lain-lain: Ahli Pertubuhan Belia Sikh, Society for the Prevention of Cruelty to animals (SPCA).

12. Chuah Lay Chuh (SMPK Setapak (B) Jln. Genting, Setapak, Kuala Lumpur).

Program Pendidikan Khas Tahun 12.

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Ketua Panitia Perdagangan, penyediaan jadual waktu.

Kokurikulum: Guru Penasihat Kelab Komputer dan guru rumah sukan.

Bilik darjah: Menjalankan P&P.

Pentadbiran: Guru data dan audit dalaman.

Program khas sekolah: Penubuhan bilik gerakan, penubuhan makmal komputer, penubuhan koperasi sekolah.

Lain-lain: Menguruskan stok komputer dan guru disiplin.

13. Hanafiah Hambali (SKPK Ipoh, Chemor, Perak)

Program pendidikan khas tahun 11

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: Penceramah kursus pendidikan khas negeri Perak, penceramah program sekolah orang asli (PKMOA), penceramah kursus bahasa isyarat.

Kokurikulum: Jurulatih olahraga daerah Kuala Selangor, jurulatih olahraga pendidikan khas negeri Perak.

Bilik darjah: Menyediakan gerai pendidikan khas (sumber ilmu), keceriaan kelas (berlangsir) terapi warna.

Profesion: Mengadakan program motivasi guru, mengadakan perkembangan kakitangan setiap bulan, mengadakan bengkel guru.

Pentadbiran: Pengurusan bilik darjah berkesan, pengurusan P&P berkesan.

Program khas sekolah: Menyediakan bilik profesional guru, menyediakan wakaf bacaan pelajar, menyediakan taman herba/taman sains.

Lain-lain: Penterjemah bahasa isyarat di mahkamah dan balai polis untuk orang pekak dan guru cemerlang pendidikan khas PErak 1996.

Profesional: Ahli Jawatankuasa PErsatuan Pertubuhan Orang Cacat negeri Perak.

Masyarakat: Pengerusi Badan Kebajikan guru pendidikan khas Perak, Pengerusi Majlis Permuafakatan guru besar dan pengetua sekolah pendidikan khas, ahli jawatankuasa Persatuan Pekak Kebangsaan Malaysia, ahli jawatankuasa Majlis Rekreasi dan Sukan Paralimpik (MASROM) Perak.

Persatuan: Ahli KGGMB Perak.Lain-lain: Ahli jawatankuasa Hari Guru peringkat kebangsaan, ahli jawatankuasa Persatuan Bimbingan dan Kaunseling daerah, ahli jawatankuasa Moderasi Soalan Pelajar Bermasalah Pendengaran (LPM).

14. Ruhaiza Isa (SMK Tanah Merah (2), Kelantan)

Program Pendidikan Khas Tahun 7

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Terlibat dengan pembinaan kurikulum program integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Kokurikulum: Membawa kontinjen Kelantan ke Minggu Pendidikan Khas dan pertandingan nasyid peringkat kebangsaan.

Bilik darjah: Mewujudkan stesen-stesen pembelajaran di sekolah.

Pentadbiran: Ketua Panitia Ekonomi, Perdagangan dan Prinsip Akaun sekolah, Setiausaha Majlis Kokurikulum.

Penulisan: Calon Doctor of Education USM, dalam bidang kurikulum dan metodologi.

Lain-lain: Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap daerah Tan Merah, Kelantan, jurulatih Persekutuan Pengakap Malaysia Kelantan.

15. Engku Mat Nasir Tuan Yusoff (SK Datuk Hashim, Kota Bharu, Kelantan)

Program Pendidikan Khas Tahun 10.

Kategori: Pembelajaran.

Kurikulum: Penyelaras pendidikan khas bermasalah pembelajaran, AJK Unit Kurikulum sekolah, AJK jadual waktu, AJK Bengkel Kemahiran Hidup.

Kokurikulum: AJK Majlis Kokurikulum sekolah, AJK pengurusan pasukan pakaian seragam, guru penasihat PBSM, guru penasihat bola tampar, guru penasihat permainan coh dan guru penasihat pengakap PKBP.

Profesion: Wakil Kelantan dalam Penggubalan Buku Panduan Kaedah Stesen Kemahiran P&P Pendidikan KHas Bermasalah Pembelajaran, Jurulatih Utama pendidikan khas peringkat kebangsaan (wakil negeri) mentor kepada guru pelatih Maktab Perguruan Kota Bharu.

Pentadbiran: AJK Perancangan sekolah, Setiausaha perabot sekolah, AJK Badan Disiplin, Pengurusan Program Integrasi pendidikan khas.

Program khas sekolah: AJK keceriaan sekolah- Projek Sekolah Harapan Negara.

Lain-lain: Fasilitator kepada jururawat pelatih semester 5 HUSM, mengadakan pameran pendidikan khas di Seminar OKU di PSPN, Pengkalan Chepa anjuran Yayasan Orang Kurang UPaya Kelantan.

Profesional: AJK UMNO cawangan Beris Lanjut, Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Masyarakat: Rukun Tetangga Kg. Beris Lanjut, AJK Rukun Tetangga.

Persatuan: Ahli Kesatuan Guru-guru DTC Malaysia Sdn. Bhd.

16. Norizal Muhammad (SKPK) Kelantan, Lati, Pasir Mas, Kelantan)

Program Pendidikan Khas Tahun 16.

Kategori: Pendengaran

Kurikulum: Ketua Panitia bahasa Melayu, Setiausaha peperiksaan.

Kokurikulum: Setiausaha kokurikulum, Pengerusi bola jaring sekolah, Pengerusi pertandingan peringkat zon dan cawangan.

Bilik darjah: Guru darjah tahun 4, 6 dan 1.

Profesion: Anugerah Guru Cemerlang 1996 peringkat negeri Kelantan.

Pentadbiran: Warden asrama sekolah, juruaudit dalaman sekolah dan bendahari PIBG sekolah.

Program Khas Sekolah: AJK Projek khas sekolah dan asrama, AJK Minggu Pendidikan khas peringkat sekolah.

Profesional: Bendahari PIBG sekolah, ahli Kesatuan Guru-guru Malaysia Berhad, Pengerusi Badan Kebajikan sekolah dan ali Badan Ihsan Warga Pendidikan Kelantan.

Penulisan: AJK Persatuan Penerbitan Sekolah.

Masyarakat: Persatuan Puteri UMNO, Persatuan bola jaring peringkat taman perumahan, Badan Kebajikan Muslimah peringkat taman perumahan.

Persatuan: Kesatuan Guru-guru Malaysia Berhad.

Lain-lain: Persatuan Pandu Puteri.

17. Rosni Hussin (SK Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan)

Program Pendidikan Khas Tahun 3

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Ketua Panitia Pendidikan Muzik, Penyelaras pendidikan khas SK Parit Lapis, Batu Pahat.

Kokurikulum: Ketua rumah sukan dan jurulatih bola tampar sekolah.

Bilik darjah: Guru kelas tahun 4 dan 5, juara keceriaan kelas (5 dan 4 zamrud dan naib juara pertandingan kelas sempena bulan kemerdekaan (5 zamrud).

Program khas sekolah: AJK Pusat sumber sekolah Parit Bilal (juara pusat sumber).

Lain-lain: Hakim pertandingan pantomin pendidikan khas peringkat daerah Batu Pahat, jurulatih boria (tempat ketiga) peringkat Batu Pahat.

18. Othman Mat Idris (SK Indera Mahkota, Kuantan, Pahang)

Program Khas Pendidikan Khas Tahun 3

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Mengajar bahasa Inggeris Tahap 2.

Kokurikulum: Semua aktiviti kokurikulum pendidikan khas.

Program khas sekolah: Menubuhkan dan membimbing kumpulan kompang dan nasyid.

Masyarakat: Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, AJK Persatuan Orang-orang Buta Pahang.

Lain-lain: Pembantu tadbir Hospital Kuala Lumpur.

19. Seripah Norehan Syed Ismail (SMK Beserah, Kuantan, Pahang)

Program Pendidikan Khas Tahun 7

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Memantap program bermasalah pembelajaran dan pengasas program bermasalah pembelajaran di SMK Beserah, berjaya membuka empat kelas dengan sokongan penuh pihak pentadbir dengan jumlah pelajar sebanyak 30 orang.

Kokurikulum: Terlibat dalam paralimpik (tempat ketiga), pertandingan nasyid peringkat kebangsaan 2003 (tempat keempat), pertandingan kempen jalan raya di Kuala Lumpur (naib johan).

Profesion: Terlibat dalam mesyuarat bahan bantu mengajar Bidang Pengurusan Kehidupan di Langkawi, mesyuarat Instrumen Penilaian Keberkesanan Kurikulum PKBP di Pulau Pinang, mesyuarat Penentuan Keystage pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Pentadbiran: Penyelaras program dan AJK Keceriaan sekolah, AJK Kantin sekolah dan ketua rumah sukan.

Program Khas Sekolah: Penyelaras pendidikan khas bermasalah pembelajaran, menjadi program sekolah contoh bagi negeri Pahang, peringkat menengah dan sentiasa menerima lawatan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan dan swasta.

Profesional: Penolong Bendahari Persatuan Insan Istimewa, Pahang dan menghadiri mesyuarat serta idea melengkapkan kertas kerja.

Penulisan: Sumbangan terhadap majalah sekolah BAYU mengenai artikel mendidik anak-anak istimewa.

Masyarakat: AJK Bahagian Muslimah surau khariat Balok Baru, kelas masakan, ceramah pendidikan tentang anak-anak istimewa dan menguruskan tabung khariat kematian.

Persatuan: Ahli NUTP, Koperasi Guru-guru MElayu Malaysia Barat, Ahli Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Pahang Timur.

Lain-lain: Pengurus kontinjen Pahang dalam pertandingan Tilawah peringkat kebangsaan 2004 di Johor Bahru, pengurus pasukan nasyid negeri Pahang ke pertandingan peringkat kebangsaan 2003/2004, AJK Buku Program Seminar Keibubapaan peringkat daerah.

20. Maszida Masri (SK Balok Makmur, Kuantan, Pahang)

Program Pendidikan Khas Tahun 8.

Kategori: Pembelajaran.

Kurikulum: Aktiviti pemulihan dan Pengkayaan P&P.

Kokurikulum: Guru penasihat kumpulan nasyid (SK Coronation Park), guru persembahan, guru kelab seni dan kraftangan, guru rumah sukan dan guru perpustakaan.

Bilik Darjah: Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru stok.

Profesion: Guru disiplin, guru pengawas dan pengawas perpustakaan.

Pentadbiran: Penyelaras kelas pendidikan khas.

Program khas sekolah: Papan bacaan, pondok bacaan selayut, projek keceriaan kelas pendidikan khas, mural, selayut, moto kelas, projek taman angkat, taman rekreasi terapi minda.

Lain-lain: Pengerusi kelab guru dan kakitangan sekolah, AJK PIBG Badan kebajikan kelas pendidikan khas.

Profesional: AJK sukaneka Unit Pendidikan khas Perak, AJK Hari Karnival pendidikan khas daerah Kinta.

Masyarakat: AJK badan kebajikan kelas pendidikan khas, KEMAS dan AJK KEMAS Taman Syabas, Ipoh.

Persatuan: AJK Kesatuan Guru Semenanjung Malaysia.

Lain-lain: Pengurus kelab guru dan kakitangan sekolah.

21. Aliza Atan (SK Mahmud, Raub, Pahang)

Program Pendidikan Khas Tahun 8

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Membimbing pelajar, Norkamisah sehingga terpilih mewakili Pahang bagi kategori Tokoh Kanak-kanak PKBP ke peringkat kebangsaan.

Kokurikulum: Melatih kumpulan tarian daerah Raub ke peringkat negeri, Minggu pendidikan khas (tempat kedua), membantu melatih Norkamisah dalam acara lontar peluru peringkat negeri (tempat pertama-peringkat kebangsaan), melatih pelajar PKBP persembahan.

Bilik darjah: Mengkelaskan bilik darjah mengikut aras dan ta^ap kebolehan pelajar, mewujudkan sudut keceriaan dan ruang untuk kemudahan P&P pelajar yang sesuai dan selamat.

Profesion: Guru Penolong DGA 29 PPLD.

Pentadbiran: Bendahari Tabung kewangan kelas PKBP, Penyelaras jadual waktu guru yang mengajar kelas PKBP dan setiausaha sidang redaksi PRISMA, majalah sekolah.

Program khas sekolah: Lawatan bersama NGO membantu menguruskan lawatan ke Genting bersama Lions Club, lawatan ke Zoo Negara, lawatan ke pusat KIWANIS, majlis harijadi KIWANIS dan Lions Club serta majlis hari jururawat.

Lain-lain: Melatih kumpulan pancaragam dan membuat persembahan semasa kedatangan Tengku Muda Pahang, melatih kumpulan pancaragam sempena suka sekolah, mesyuarat agung PIBG dan Hari Anugerah, melatih kumpulan kompang bagi mengiringi perasmian di Hari Anugerah dan kecemerlangan.

Profesional: AJK Prostar, persatuan kompang Taman Muhibbah.

Penulisan: Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang.

Masyarakat: Ahli PUSPANITA dan AJK tadika KEMAS.

Persatuan: Ahli PSKPP dan NUTP.

22. Zubaidah Sahri (SK LKTP Keratong, Bandar TUn Abd. Razak, Pahang)

Program Pendidikan Khas Tahun 6

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Guru bahasa Melayu Tahun 2,3,4 dan 5 dan guru kelas KKBP.

Kokurikulum: Ketua guru penasihat rumah sukan, Ketua penasihat Tunas Puteri sekolah, penyelaras unit beruniform.

Bilik darjah: Guru kelas bahasa Melayu Tahun 2,3,4 dan 5 dan guru kelas KKBP.

Pentadbiran: Setiausaha jawatankuasa perkembangan kakitangan.

Program khas sekolah: Bendahari kelab guru dan kakitangan, Pengerusi kelab guru dan kakitangan SK LKTP Keratong 1.

Masyarakat: AJK Pemulihan dalam komuniti Bandar Tun Abdul Razak.

23. Datin Hazimah Che Embi (SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan)

Program Pendidikan Khas Tahun 12.

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: Guru tingkatan 1,2 dan 3 dan AJK kurikulum sekolah.

Kokurikulum: Penasihat Persatuan bahasa Malaysia, Kelab seni lukis, penasihat seni tari pendidikan khas dan penasihat kelab pendidikan khas.

Bilik darjah: Menentukan P&P berjalan lancar, memastikan keceriaan dan keselesaan dalam kelas pendidikan khas.

Profesion: Pemeriksa kertas bahasa Melayu 2 (PMR), jawatankuasa kerja ekspo pendidikan peringkat negeri, jawatankuasa perancang pendidikan khas 2005, jawatankuasa kurikulum dan kokurikulum program pendidikan khas peringkat negeri.

Pentadbiran: Penyelaras kelas bermasalah pendengaran.Program khas sekolah: Projek pendidikan khas, projek pendedahan alat pendengaran.

Lain-lain: Jawatankuasa kerja dalam penyertaan pendidikan khas dengan NGO.

Profesional: Pemeriksa kertas BM 2 (PMR).

Penulisan: Pengerusi jawatankuasa kajian tindakan meningkatkan penguasaan bahasa isyarat bahasa Inggeris pelajar bermasalah pendengaran, pengajaran kemahiran membaca bagi murid bermasalah, kanak-kanak cacat pendengaran dan pendidikan seni (tingkatan 2).

Masyarakat: PUSPANITA negeri, Pengerusi Biro Keusahawanan, ahli PEKERTI dan pengerusi biro agama.

Persatuan: Ahli NUTP.

Lain-lain: Jawatankuasa penyertaan pendidikan khas dalam aktiviti agensi kerajaan dan NGO.

24. Aznah Mohd Jani (SK Taman Paroi, Seremban, Negeri Sembilan)

Program Pendidikan Khas Tahun 6.

Kategori: Pembelajaran.

Kurikulum: Penyelaras PKBP Sk Taman Paroi, AJK kurikulum SK Taman Paroi dan AJK Pusat sumber sekolah.

Kokurikulum: Guru pengiring Minggu pendidikan khas, urusetia pameran hari ibu, Ekspo pendidikan negeri sembilan, minggu pendidikan khas.

Profesion: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, lulus PTK.

Pentadbiran: AJK kurikulum SKTPJ, Bendahari PIBG SKTPJ.

Program khas sekolah: Kuiz bertulis dan sukaneka peringat daerah Seremban dan sehari bersama PKBP dan renang.

Lain-lain: Guru sumber pendidikan khas Negeri Sembilan.

Profesional: Bendahari PIBG SK Taman Paroi Jaya, kuiz bertulis dan sukaneka peringkat daerah Seremban dan Port Dickson, fasilitator program kecemerlangan UPSR sekolah-sekolah Felda Negeri Sembilan, kursus pendidikan khas siri pertama sehingga kedua guru-guru pendidikan khas.

Masyarakat: AJK Persatuan cak lempong SKTPJ, urusetia program di pameran Ekspo pendidikan 2002 SMK Agama Jempol, pameran hari ibu di Rantau, pameran di Ekspo pendidikan 2004 di SMKUR, pameran minggu pendidikan khas di Kuala Terengganu, pameran di seminar ke arah kerjaya pelajar PKBP.

Persatuan: Ahli Persatuan Guru-guru Pendidikan Khas Malaysia.

25. Abdul Latif Saban (SMK Pendeta Za'ba, Seremban, Negeri Sembilan)

Program Pendidikan Khas Tahun 11

Kategori: Pembelajaran.

Kurikulum: Penyelaras pendidikan khas bermasalah pembelajaran SK Taman Paroi Jaya, penyelaras pendidikan khas bermasalah pembelajaran di SMK Pendeta Za'ba dan AJK kurikulum SMK Pendeta Za'ba.

Kokurikulum: Penolong ketua kontijen Negeri Sembilan minggu pendidikan khas kebangsaan, ketua kontinjen Tilawah pendidikan khas kebangsaan, penolong ketua kontinjen majlis keselamatan jalan raya kebangsaan.

Profesion: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pentadbiran: AJK kurikulum sekolah, AJK PIBG sekolah, AJK kewangan sekolah.

Program khas sekolah: Bengkel cuci kereta, seminar kerja pendidikan khas dan renang.

Lain-lain: Pemenang Anugerah Kualiti pendidikan khas terbilang peringkat negeri.

Profesional: AJK PIBG SM Agama Petra Makmor, seminar kerjaya pendidikan khas peringkat negeri.

Masyarakat: Pengerusi persatuan pengurusan pasukan nasyid, urusetia majlis pelancaran perancangan pendidikan khas Negeri Sembilan.

Persatuan: NUTP.

26. Che Rusli Ahmad (SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra, Kedah)

Program Pendidikan Khas Tahun 22

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Ketua pengawas peperiksaan SPM dan STPM di Kolej Sultan Abdul Hamid, penulis pindah kertas sejarah dan perdagangan di peringkat SPM, program kelas tambahan tingkatan tiga di SMK Tunku Abdul Malik dan SMK Tunku Anum.

Kokurikulum: Guru kadet Pasukan Kadet Bersatu Malaysia di Kolej Sultan Abdul Hamid, urusetia kejohanan badminton MSSM 1988 di Alor Setar, pengurus orientasi dan mobiliti semasa Minggu pendidikan khas kebangsaan 2003.

Bilik darjah: Bertanggungjawab menyelenggara dan baik pulih Perkins Brailler di tiga sekolah, jurulatih orientasi dan mobiliti di tiga sekolah iaitu KSAH, SMKTAM dan SMKTATAR, memberi bimbingan khas kepada pelajar program inklusif bahasa Melayu dan sejarah dan tulis pindah.

Profesion: Panel penempatan pelajar istimewa pendidikan khas daerah Kubang Pasu, fasilitator kem motivasi pelajar istimewa anjuran Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya, fasilitator kem motivasi dan rekreasi program inklusif keperluan penglihatan SMKTAM.

Pentadbiran: Penyelaras rancangan percantuman pendidikan khas cacat penglihatan Kolej Sultan Abdul Hamid, Penolong penyelaras di program inklusif masalah penglihatan di SMK Tunku Abdul Malik, penyelaras program inklusif pendidikan khas SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Program khas sekolah: Tenaga pengajar tambahan dalam program kelas tambahan tingkatan tiga, AJK program inklusif dalam projek 3K SMK Tunku Abdul Malik, AJK projek ICT program inklusif sumbangan projek khas CITIBANK cawangan Kuala Lumpur.

Lain-lain: Pegawai dan jurulatih dalam latihan pusat fasa 1 (olahraga), FESPIC Busan, Korea, Urusetia dan pengadilan pertandingan membaca braille peringkat zon utara, pengerusi teknik, pembangunan dan sukan kokurikulum pendidikan khas negeri Kedah.

Profesional: AJK Panel penilaian dan penempatan pelajar pendidikan daerah Kubang Pasu.

Masyarakat: AJK Badan penyediaan bahan bacaan braille, pengerusi badan kebajikan pelajar pendidikan khas di Kolej Sultan Abd. Hamid dan di SMK Tunku Abd. Malik, ketua perwakilan Taman Setia Jaya, Bandar Darulaman, Badan kebajikan Islam taman perumahan awam, pasukan simpanan tentera.

Persatuan: Ahli seumur hidup Yayasan Guru Malaysia, ahli Persatuan Guru Melayu negeri Kedah, Ahli KGMMB, ahli KOperasi guru-guru Melayu Kedah, Ahli Koperasi guru-guru Malaysia Barat.

Lain-lain: Penyelaras badan orientasi dan mobiliti di tiga buah sekolah di Kedah (KSAH, SMK Tunku Abdul Malik dan SMK Tunku Anum), Persatuan sukan dan olahraga orang-orang kurang upaya Kedah (jurulatih olahraga dan Goal Ball).

27. Muhamad Najid Mansor ( SMK Syed Mohamad Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah)

Program Pendidikan Khas Tahun 16

Kategori: Pendengaran.

Kurikulum: Guru Panitia PJK/Sejarah (pendidikan khas), guru sejarah, guru PJK.

Kokurikulum: Setiausaha sukan sekolah, jurulatih olahraga negeri (minggu pendidikan khas), jurulatih Futsal negeri (karnival permainan kebangsaan).

Bilik darjah: Guru tingkatan 1,2, dan 3 dan guru kelas tambahan sejarah PMR.

Profesion: Urusetia kem motivasi jati diri mesra alam pendidikan khas, urusetia dan fasilitator kursus pendedahan pendidikan khas, guru damping projek rintis program inklusif pelajar pendidikan SM Teknik.

Pentadbiran: Guru disiplin, guru pengawas dan warden asrama.

Program khas sekolah: Mentor projek bimbingan dan kaunseling untuk pelajar, projek tanaman pokok herba dan projek ternakan ikan kolam.

Lain-lain: Jurulatih bolasepak sekolah, jurulatih sepak takraw sekolah, penyediaan moderasi PMR oleh LPM.

Profesional: Guru penasihat Persatuan pengakap sekolah, guru penasihat Persatuan seni silat, PIBG dan guru kelas BMKT.

Penulisan: Jurugambar badan majalah sekolah.

Masyarakat: Jurulatih olahraga persatuan orang pekak Selangor, AJK badan kebajikan pangsapuri guru Mergong, AJK kecil surau pangsapuri Mergong.

Persatuan: Ahli NUTP dan PSKPPK.

Lain-lain: Pegawai Majlis sukan sekolah-sekolah daerah dan pegawai Persatuan cacat pendengaran Kedah.

28. Zamri Zainol Abidin (SMK Seberang Perak, Alor Setar, Kedah)

Program Pendidikan Khas Tahun 13.

Kategori: Pembelajaran.

Kurikulum: Guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran, pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kecemasan sekolah, penyelaras pendidikan khas bermasalah pembelajaran.Kokurikulum: Jawatankuasa teknik olahraga negeri dan daerah, jurulatih olahraga paralimpik Kedah, Ketua kontinjen olahraga Kedah ke MPK Terengganu, Pengerusi teknik olahraga pendidikan khas Kedah.

Bilik darjah: Penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran, guru pravokasional pendidikan khas, pengerusi lawatan/rekreasi pendidikan khas sekolah.

Profesion: Jawatankuasa patriotik sambutan hari guru Kedah, jawatankuasa perhubungan aktiviti integrasi nasional kebangsaan di Kedah.

Pentadbiran: AJK PIBG sekolah, penasihat pasukan unit trafik sekolah, pengurus pasukan dikir barat sekolah.

Program khas sekolah: Projek pemulihan bacaan menengah, projek akuarium dan mini akuarium khas landskap sekolah dan bilik khas.

Lain-lain: Pengurus pasukan bola tampar Jabatan Pelajaran Kedah ke sukan PSKPPK, mewakili Jabatan Pelajaran Kedah acara tarik tali di PSKPP.

Profesional: Pegawai teknik olahraga amatur Malaysia (KOAM), hakim sukan sungai negeri KEdah, ahli KOAM, ahli Persatuan kecergasan Kedah, jawatankuasa pengelola majlis keselamatan jalan raya negeri Kedah.

Penulisan: Penasihat sidang redaksi majalah sekolah, fotografi sekolah.

Masyarakat: Jawatankuasa pengelola hari penyayang Kedah di bawah program Larian bendang, Yayasan Bahiyah, jawatankuasa teknik olahraga universiti (MASUM), jawatankuasa teknik pesta air nasional Kedah.

Persatuan: Ahli Persatuan guru-guru Melayu Kedah (PGMK), AJK Kesatuan Guru-guru Lepasan Maktab, ahli Kesatuan guru-guru Malaysia barat, ahli NUTP.

Lain-lain: Pegawai pertandingan kejohanan trek dan padang UUM, urusetia pertandingan pendidikan lalu lintas peringkat daerah Kota Setar, Kedah.

29. Wan Mariam Wan Ismail (SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra, Kedah)

Program Pendidikan Khas Tahun 12

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Guru tahun 1, guru pendidikan khas, penyelaras pendidikan khas, setiausaha panitia pendidikan khas daerah Kubang Pasu.

Kokurikulum: Guru penasihat Persatuan BM dan permainan bola baling, penyelaras program PKBP, AJK Jamuan VIP dan pegawai karnival pendidikan khas peringkat kebangsaan.

Bilik darjah: Mengurus perjalanan P&P PKBP, mengurus bilik darjah dan keceriaan.

Profesion: AJK panel penempatan pelajar pendidikan khas.

Pentadbiran: AJK induk kurikulum sekolah, AJK kewangan sekolah, AJK 3K sekolah.

Profesional: AJK panel penilaian dan penempatan pelajaran pendidikan khas daerah Kubang Pasu.

Masyarakat: Ahli persatuan perkumpulan wanita Islam daerah Kubang Pasu, hari kantin sekolah, gotong royong bersama WARIS, ahli jawatankuasa kumpulan sokongan ibu bapa (kumpulan sokongan WARIS).

Persatuan: Ahli koperasi guru-guru Melayu Kedah Bhd., ahli koperasi guru-guru Malaysia Bhd.

30. Yeoh Teik Beng (SMK Datuk Ibrahim Yaacob Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)

Program Pendidikan Khas Tahun 29

Kategori: Pendengaran

Kurikulum: Jurulatih utama masalah pendengaran, fasilitator kursus pendidikan khas JPWP.

Kokurikulum: AJK kejohanan olahraga pendidikan khas JPWP, fasilitator kursus kejurulatihan JPWP, ketua bahagian hadiah dan cenderamata sukan.

Bilik darjah: Membina dinding untuk mewujudkan bilik darjah.

Profesion: 34 tahun pengalaman mengajar.

Pentadbiran: Menguruskan program pendidikan khas di SMK Batu 5, Jln. Ipoh.

Program khas sekolah: Menjayakan program masalah pendengaran, jumlah murid meningkat dari 12 orang kepada 78 orang.

Lain-lain: Sentiasa membantu jabatan pendidikan khas dan unit pendidikan khas dalam bengkel-bengkel tertentu.

Profesional: Memberi nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai persediaan pekerjaan untuk masa depan.

Masyarakat: AJK majlis tertinggi balai baptis Damansara Utama.

31. Rokiyah Roohana Mohamad Tahir (SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur)

Program Pendidikan Khas Tahun 10

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Mereka kaedah `zero defect' buta huruf dan mendapat Anugerah Guru Inovatif Wilayah Persekutuan.

Kokurikulum: Mengintegrasikan pelajar pendidikan khas dalam aktiviti dan pasukan kadet bersatu Malaysia.

Bilik darjah: Mengubah suai bilik darjah kepada bilik salon, bilik P&P dan bilik masakan serta tandas bersih.

Profesion: Penceramah untuk program pemulihan dan program pendidikan khas.

Pentadbiran: Memperoleh sumbangan dari pihak dermawan, ahli korporat untuk fizikal sekolah seperti pondok bacaan, pentas dan lantai marmar.

Program khas sekolah: Mewujudkan program sekolah ke kerjaya mengubah suai kaedah P&P agama Islam dengan majlis zikir, tazkirah, projek gotong royong keceriaan sekolah.

Lain-lain: Anugerah Perkhidmatan cemerlang Wilayah Persekutuan tahun 2000 dan 2003, Anugerah Guru Inovatif Wilayah Persekutuan 1997, Anugerah Kehadiran Cemerlang 2001 dan 2003.

Profesional: Penggubal dan penaksir soalan PTK, Setiausaha jawatankuasa pengelola, juruacara majlis tilawah pendidikan khas JPWPKL, AJK kempen keselamatan jalan raya pendidikan khas peringkat kebangsaan.

Penulisan: Membina modul untuk pelajar pemulihan diguna pakai semasa P&P dengan modul ini pelajar dapat membaca secara berperingkat. Melalui kaedah ini calon menerima Anugerah Guru Inovatif WP 1995.

Masyarakat: Ahli surau Ar-Raudah AU3, AJK PIBG SMK Bandar Tasik Selatan, AJK PIBG SMK Taman Setiawangsa, AJK badan kebajikan kelas khas dan SMK Taman Setiawangsa.

Persatuan: Ahli NUTP dan Persatuan Dyleksia.

Lain-lain: Guru khidmat pendamping WP, `key personnel' guru khidmat pendamping WP, Jawatankuasa Minggu pendidikan khas WPKL.

32. Buyah Anuar (SM St. John Bukit Nanas, Kuala Lumpur)

Program Pendidikan Khas Tahun 14

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Guru bahasa Melayu, prinsip akaun, perdagangan, ketua panitia perdagangan, guru pendidikan khas masalah penglihatan sepenuh masa.

Kokurikulum: Guru penasihat Karate-do, guru penasihat badminton, guru penasihat `resource room voluntary service' (RRVS), kelab guru, fasilitator pendedahan pendidikan khas kepada guru-guru baru, ketua `jumble sale'.

Bilik darjah: Penambahan bilik ICT dan stor untuk simpanan barang-barang keperluan pelajar khas.

Profesion: Calon guru cemerlang peringkat sekolah.

Pentadbiran: Majlis akademik/AJK kurikulum sekolah, penyelaras bilik RESOS.

Program khas sekolah: Mewujudkan projek keceriaan kawasan sekolah dalam kalangan pelajar bermasalah penglihatan.

Lain-lain: Jawatankuasa biro kebajikan PIBG.

Profesional: Ahli NUTP cawangan Wilayah Persekutuan, ahli Koperasi guru-guru Melayu Muar, ahli Koperasi guru-guru Malaysia, guru penasihat Persatuan sukarela bilik RESOS (masalah penglihatan), penasihat sampingan persatuan bekas pelajar.

Penulisan: Menulis mengenai kajian kanak-kanak cacat penglihatan bernama Sharemi Mohd Noor dari Sekolah Rendah Khas Cacat Penglihatan Jalan Batu, Kuala Lumpur - kajian merangkumi latar belakang pelajar dan sebagainya.

Masyarakat: Pengerusi Perkumpulan Ibu-ibu Melayu Sheffield, England dan Pengerusi PUSPANITA.

Persatuan: Ahli NUTP

Lain-lain: Membolehkan program integrasi masalah penglihatan SMK St. John menjadi anak angkat MAB dan mendapatkan bantuan kewangan untuk projek ceriaton SMK St. John.

33. Rohani Ahmad (SK Convent Sentul Satu, Kuala Lumpur)

Program Pendidikan Khas Tahun 19.

Kategori: Pemulihan khas.

Kurikulum: Jawatankuasa bengkel membina panduan pelaksanaan bahasa Melayu bagi program pemulihan khas, ketua panitia matematik, AJK peperiksaan SK Convent Sentul Satu.

Kokurikulum: Guru penasihat kelab kewangan pelajar, guru penasihat pergerakan puteri Islam dan guru penasihat pengakap.

Bilik darjah: Mengajar kelas pemulihan khas.

Pentadbiran: AJK Penyelenggaraan.

Lain-lain: Penyelaras rancangan makanan tambahan.

Persatuan: Ahli NUTP dan ahli Koperasi guru-guru Melayu Kedah.

Lain-lain: Setiausaha PIBG SK Convent Sentul Satu, Pengerusi badan kebajikan sekolah, Pengerusi pertandingan ubahan dan lipatan PSKPP zon Sentul, Pengerusi program pemulihan khas zon Sentul.

34. Yusuf Shamsu (SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak)

Program Pendidikan Khas Tahun 19

Kategori: Penglihatan

Kurikulum: Melaksanakan program percantuman pelajar cacat penglihatan di sekolah (program pertama di Sarawak), guru penyelaras Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut PKBM (ditauliah sebagai Leftenan Muda).

Kokurikulum: Ketua bahagian penajaan musabaqah Al-Quran, tahfiz dan syarahan antara sekolah-sekolah menengah zon A kawasan bahagian Kuching, guru pengiring kepada pelajar khas ke Minggu Pendidikan Khas 2000.

Pentadbiran: Membantu Pengetua dalam urusan pentadbiran pendidikan khas (masalah penglihatan), guru penyelaras pendidikan khas (lantikan dalaman).

Program khas sekolah: Menubuhkan kelab sukan paralimpik peringkat sekolah, menubuhkan kelab pendidikan khas untuk pelajar khas di peringkat sekolah.

Lain-lain: Guru pengiring pelajar khas ke Forum Kebangsaan kanak-kanak perpaduan negara di Miri, guru pengiring pelajar khas ke Program kerjaya anjuran MAB.

Masyarakat: Ahli Persatuan Bagi orang-orang Buta Sarawak, Ahli Bersekutu Pertubuhan Orang Cacat penglihatan Malaysia, ahli Kebaikan dan Keselamatan Islam, Setiausaha Biro agama surau al-hidayah Taman Sejoli Murni.

Persatuan: Ahli Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak, ahli Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, ahli Persatuan HIKMAH, ahli Koperasi pekerja-pekerja Sarawak dan ahli Koperasi ANIB Sdn. Bhd.

35. Che Fatimahsham Taib (SK Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang)

Program Pendidikan Khas Tahun 15

Kategori: Pembelajaran

Kurikulum: Ketua panitia mata pelajaran Pendidikan Khas, menyelaras kurikulum dan aktiviti pelajar.

Kokurikulum: Guru penasihat kelab kebudayaan sekolah, jurulatih persembahan pelajar pendidikan khas peringkat kebangsaan.

Bilik darjah: Menyelaras program arahan Kementerian Pelajaran, keceriaan bilik darjah untuk proses P&P berkesan.

Profesion: Mengajar seni visual, kemahiran manipulatif, muzik, gerakan dan drama serta pengurusan tingkah laku.

Pentadbiran: Penyelaras pendidikan khas.

Program khas sekolah: Sistem stesen, program orientasi pelajar, aktiviti luar bilik darjah.

Lain-lain: Jurulatih utama Pulau Pinang, jurulatih utama kurikulum kebangsaan.

Profesional: Ahli majlis guru cemerlang Malaysia, jawatankuasa `special olympic' Malaysia dan Pulau Pinang, jurulatih utama negeri, jurulatih utama kurikulum kebangsaan, jurulatih persembahan pelajar pendidikan khas Pulau Pinang.

Penulisan: Jawatankuasa induk buku panduan pendidikan khas murid bermasalah pembelajaran kebangsaan, jawatankuasa induk buku panduan sistem stesen, jawatankuasa induk kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran kebangsaan, pereka tari persembahan.

Masyarakat: Jawatankuasa Special Olympic Malaysia Penang.

Persatuan: Ahli Majlis guru cemerlang Pulau Pinang.

Lain-lain Kemajuan masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara Pulau Pinang, Amanah Ikhtiar Malaysia, juruaudit Tabika dan Taska Merbau Kudong.

Friday, November 26, 2010

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan Islam dan Pendidikan negara?
Cabaran teknologi maklumat dan media massa:

Teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam ajaran dan sejarah Islam. Ia merupakan suatu proses yang berterusan dan berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Maka, revolusi teknologi maklumat merupakan suatu perkara yang akan terus berkembang pesat dengan ledakan ilmu. Masyarakat akan berorientasikan maklumat (information-oriented society) kerana maklumat boleh didapati dengan mudahnya kerana teknologi semakin berkembang disamping arus semasa yang mengharuskan seseorang itu celik IT.

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, struktur pendidikan akan menjadi lebih tercabar kerana terpaksa merubah untuk menilai serta menstruktur semula secara keseluruhan bagaimana sekolah beroperasi, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran serta cara pelajar belajar. Perkara ini haruslah dilakukan secara berhati-hati agar nilai-nilai agama tidak terjejas walaupun kita inginkan kemajuan setara dengan negara-negara luar yang sudahpun maju lebih awal dari Malaysia, namun runtuh dari segi akhlak dan moralnya.

Malah terdapat pelbagai kesan negatif yang berlaku akibat daripada perkembangan teknologi maklumat serta media massa. Antara bahana yang sering menjadi perbualan ialah kelekaan dalam mengerjakan ibadah, hubungan kekeluargaan yang kurang intim kerana kesibukan melayan rancangan televisyen, kemerosoton di dalam pembelajaran serta tiada fokus di dalam kelas kerana waktu senggang banyak ditumpukan untuk ber "chatting" sehingga ke larut malam.

Antara saranan untuk menghadapi cabaran ini ialah segala perubahan yang dilakukan sama ada di dalam kurikulum mahupun selain itu hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari ahli agama terlebih dahulu sebelum membuat segala kata putus. Ini kerana kerjasama yang secara telus ini akan membuahkan hasil yang dihajati kerana terdapat kesepakatan antara fuqaha serta ahli pakar yang lain seperti penggubal kurikulum.

Dalam Pendidikan Moden Pengajian Islam Kurikulum Pendidikan Islam

Seterusnya, segala rancangan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang positif hendaklah dikurangkan penayangannya di kaca televisyen sebagai langkah awal untuk mengurangkan pengaruh media massa ke atas kecemerlangan diri pelajar. Sebaliknya, rancangan yang berbentuk pendidikan serta akademik hendaklah ditayangkan tidak terhad pada waktu siang sahaja malahan pada waktu perdana iaitu sekitar jam 7 hingga 10 malam.
Cabaran persepsi masyarakat mengenai didikan agama hanya terletak pada ahli agama:

Dalam pendidikan moden, kurikulum itu tidak lagi terbatas kepada perkara yang diberikan dalam lingkungan sekolah sahaja, bahkan juga meliputi hal-hal yang bersangkutan dengan aspek kehidupan di luar sekolah2. Sehubungan dengan itu, pendidikan agama misalnya bukan hanya berlaku di sekolah sahaja malahan juga berlaku di luar sekolah seperti di rumah dan kawasan kejiranan.
Antara dilema yang dihadapi oleh generasi pada masa kini ialah hilangnya konsep ta'dib
dalam pendidikan.

Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Bagi menangani dilema ini, proses mendidik dan membentuk seseorang pelajar itu hendaklah membawanya ke arah pembentukan peribadi, sikap, watak serta sahsiah yang selaras dengan yang diredhai oleh Allah SWT3.

Berbalik kepada masalah yang utama iaitu salah tanggapan masyarakat terhadap didikan agama hanya terletak di bahu ahli agama. Sebaliknya, ibu bapa adalah merupakan golongan yang menjadi tunjang di dalam mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak tersebut berlaku sebelum anak itu lahir lagi iaitu kedua-dua orang tuanya melakukan amal soleh serta banyak bersoa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang taat pada Allah serta menyayangi kedua orang tuanya nanti apabila sudah dewasa.

Peranan guru ataupun ustaz serta ustazah hanya terhad sewaktu masa persekolahan sahaja. Sekiranya amanah ini dilakukan secara satu pihak sahaja, mana mungkin hasil yang kita inginkan itu akan dapat berlaku. Meskipun guru mempunyai tugasan serta bebanan kerja yang banyak, perkara ini tidaklah menjadi permasalahan besar kerana terdapat pembahagian tugas telahpun dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pendidikan Islam tidak berkesan jika sekolah sahaja yang memberi pendidikan Islam sedangkan keluarga dan masyarakat tidak turut sama membantu atau sebaliknya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendidikan Islam4. Secara tuntasnya, tugasan mendidik anak bangsa terutamanya yang bergelar Muslim hendaklah dilakukan secara kolektif iaitu secara kerjasama antara guru, ibu bapa serta masyarakat setempat.
Cadangan serta gagasan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan:

Muhammad Naquib Al-Attas menyebutkan di dalam bukunya mengenai sistem pendidikan yang seharusnya diikuti oleh orang Islam iaitu sistem yang berpaksikan kepada ajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah SAW itu sebagai ikutan yang terbaik. Antaranya ialah "So the Islamic University must reflect the Holy Prophet in terms of knowledge and right action..5". Pendidikan yang terlalu bermodelkan Barat hendaklah dikesampingkan kerana Islam juga mempunyai ramai tokoh-tokoh yang berketrampilan dalam bidang pendidikan seperti Ibn Khaldun yang terkenal dengan teori Malakah.

Guru berperanan untuk membentuk manusia dari segi perwatakan serta penampilannya. Maka dengan sebab itu, seseorang guru haruslah memiliki kualiti sebagai guru yang ideal. Guru ideal yang dimaksudkan ialah mampan dan utuh akidahnya serta kepercayaannya kepada Allah SWT dalam semua aspek. Beliau mampu menonjolkan peribadi dan perlakuan yang diredhai oleh Allah SWT dalam setiap tindak-tanduknya . Malah guru yang ideal selalu bermohon pertolongan dan bimbingan daripada Allah SWT dalam menjalankan tugasannya sebagai pendidik anak bangsa.

"An ideal teacher is necessarily a man of firm and unshakable faith in Allah in all respects. He
shows complete reliance on Him and in his every effort invokes His blessings, assistance and
mercy for the fulfillment of his mission as a teacher6"

SUMBER : http://www.scribd.com/doc/14751119/cabaran-pendidikan-islam-dan-pendidikan-negara


Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan yang patut diberikan kepada anak-anak orang Islam bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan soleh dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendahuluan
Pendidikan membawa pengertian yang cukup luas. Ia meliputi hampir kesemua bidang aktiviti manusia daripada yang paling kecil seperti menjala ikan untuk dijadikan lauk hingga kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berfikir dalam bentuk individual ataupun secara kolektif. Boleh dikatakan, ia mencakupi bidang-bidang yang sama luasnya dengan tamadun sesuatu bangsa itu sendiri. Ini termasuklah bidang-bidang seperti falsafah, kesusasteraan, matematik, sains dan teknologi, pertukangan, ekonomi, agama, dan lain-lain. Jadi persoalannya, bagaimanakah sesuatu pendidikan itu mampu mencapai hasrat untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang ke arah kemajuan diri, masyarakat dan negara

Jawapannya adalah bergantung kepada isi kandungan kurikulum suatu mata pelajaran. Kandungan Kurikulum menentukan sama ada suatu mata pelajaran itu mampu mendidik individu untuk menjadi seseorang yang bukan sahaja dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kegunaan sendiri, malah dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Memandangkan betapa pentingnya kandungan kurikulum itu sendiri, maka pakar-pakar pendidikan telah menyediakan mata pelajaran-mata pelajaran yang difikirkan mempunyai kepentingan kepada masyarakat masing-masing. Jadi dalam konteks Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Dalam kurikulum ini, pendidikan agama (Islam) dan moral adalah dititikberatkan dan menjadi teras kepada mata pelajaran yang lain untuk memastikan matlamat pendidikan negara yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai.

Jadi dalam perbincangan ini, kita cuba mengupas bagaimana rupa bentuk kurikulum yang perlu dimasukkan dalam pendidikan Islam agar anak-anak Islam dapat dibentuk sebagai seorang individu yang soleh melalui penerapan nilai-nilai intelek, rohani, jasmani dan emosi yang seimbang agar mereka ini nanti mampu memikul tanggungjawab yang dituntut dalam ajaran Islam.

Tujuan Pendidikan Islam
Sebelum kita meneroka lebih jauh tentang isi kandungan kurikulum dalam pendidikan Islam, adalah lebih elok jika kita membincangkan tujuan-tujuan diwujudkan pendidikan Islam. Ini kerana, kurikulum dan tujuan pendidikan tidak boleh dipisahkan dan saling mempunyai wasilah di antara satu sama lain. Kurikulum pendidikan perlu dibentuk berdasarkan tujuan pendidikan itu sendiri. Dalam erti kata lain, kurikulum pendidikan digubal berdasarkan tujuan-tujuan tersebut. Oleh itu, untuk menjelaskan tentang tujuan pendidikan Islam, kita tinjau terlebih dahulu secara ringkas pendapat-pendapat beberapa tokoh yang berkaitan.

Kebanyakan tokoh menggariskan bahawa pendidikan sebenarnya bukanlah sekadar untuk memenuhi bidang pekerjaan tetapi fungsi utamanya ialah untuk mempelajari seberapa banyak ilmu pengetahuan mengajar manusia mengenali diri, penciptanya dan alam ini. Al-Jammali (1966:82) menyenaraikan tujuan pendidikan Islam dengan berdasarkan kepada kandungan al-Quran seperti berikut:

1. Memperkenalkan kepada manusia akan kedudukannya di antara sekalian makhluk dan tanggungjawab individu dalam alam ini.
2. Memperkenalkan kepada manusia akan hubungan-hubungan sosialnya dan tanggungjawabnya dalam rangka suatu sistem sosial.
3. Memperkenalkan kepada manusia akan makhluk (alam jagat), dan mengajaknya memahami hikmah penciptaannya.
4. Memerkenalkan kepada manusia akan Pencipta alam jagat ini.
Ibnu Khaldun pula membahagikan tujuan pendidikan itu kepada tujuh, iaitu:

1. Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama melalui al-Quran dan al-Sunnah. Dengan jalan itu potensi iman dapat dikuatkan.
2. Memperlengkapkan akhlak manusia.
3. Memperlengkapkan sosial manusia.
4. Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan vokasional atau pekerjaan.
5. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan pemikiran seseorang itu dapat membuat berbagai pekerjaan dan pertukangan atau vokasional tertentu.
6. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair, khat, senibina dan lain-lain.
Hasan Langgulung pula menyatakan bahawa terdapat tiga tujuan utama pendidikan Islam, iaitu; Pertama, untuk menentukan haluan bagi proses pendidikan, iaitu ke arah manakah tujuan usaha manusia mendidik generasi muda, atau apakah corak manusia yang dihasilkan melalui pendidikan. Kedua, untuk merangsang dan mendorong manusia bekerja bersungguh-sunggguh bagi mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai proses pendidikan, iaitu menilai pencapaian pendidikan itu, sama ada berjaya atau tidak. Di samping itu, beliau juga membahagikan tujuan pendidikan Islam tersebut kepada dua bahagian utama, iaitu tujuan khas dan tujuan am.

SUMBER : http://kulanzsalleh.com/kurikulum-pendidikan-islam/


Oleh Dr. Mahathir Mohamad

SAYA berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

http://chedet.co.cc/chedetblog

Saya setuju dengan beliau dalam bab ni…. PPSMI harus diteruskan tanpa ada kompromi !!!!!!

http://umnolawanpas.wordpress.com/2009/03/16/pendirian-mahathir-isu-ppsmi-malaysiakini/