Showing posts with label KPLI. Show all posts
Showing posts with label KPLI. Show all posts
Wednesday, February 9, 2011

Pemarkahan temuduga KPLI/DPLI 2009

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dalam 2-3 hari yang lepas, ramai calon yang bertanyakan tentang cara pemarkahan temuduga.Baiklah, biarlah saya kongsi di sini serba sedikit tentang pemarkahan untuk temuduga KPLI dantemuduga DPLI 2009 supaya calon mendapat gambaran .

Permarkahan dinilai berdasarkan :

1. Sijil-sijil yang lengkap


- jawatan –jawatan yg disandang kat sekolah kena bagi markah juga. Contoh : Kelab Pencinta Alam. Pengerusi : 5 markah, Penolong Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. ( pemarkahan adalah berdasarkan skor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru)


- jadi sertakan sijil yang lengkap semasa temuduga ( ramai calon yang dihalau balik kerana sijil mereka tidak lengkap)


2. Kesesuaian Kursus yang kita minta dengan ijazah kita.


- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

( Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI dantemuduga DPLI pada tahun 2006/2007 adalah kerana kehilangan banyak markah di sini..Jadi berhati-hati dan pastikan ijazah anda adalah sangat relevan dengan opsyen yang ingin diambil )


3. Pengalaman Mengajar


4. Kemahiran Komunikasi


- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 MarkahÂ

ini adalah di antara contoh-contoh pemarkahan yang dibuat ke atas calon… Walaupun kelihatan ringkas dan tidak banyak, calon masih gagal mendapat markah yang tinggi. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skop pemarkahan yang dibuat oleh penemuduga. Calon yang bijak, tidak hanya bergantung kepada skema pemarkahan ini tetapi mereka mempunyai SECRET WEAPON.

SECRET WEAPON inilah yang dikongsi oleh saya nanti di dalam PAKEJ EKPLI.COM . Calon yang tidak tahu akan hal ini sudah tentu akan berada dalam kebingungan dan berasa tidak sedap hati sepanjang masa. Sedangkan calon-calon yang dilatih oleh saya, mereka masuk ke bilik temuduga dengan rasa tenang dan mampu menjawab dengan ringkas serta padat serta dapat menangkis apa jua persoalan yang dikemukakan nanti.

KPLI MTest : Tips Insak

Friday, November 26, 2010

http://kpli2u.blogspot.com/2009/04/kpli-mtest-tips-insak.html

link : http://tips-insak-2008.blogspot.com/

Soalan INSAK : Soalan Negatif

Contoh soalan negatif adalah seperti berikut :

Anda melihat tempat letak kereta pengetua sekolah kosong, anda akan meletakkan kereta di situ

A. Ya

B. Tidak

Jawapannya : Tidak , kerana ia adalah tidak beretika

Jika guru-guru membuat lawak lucah di dalam bilik guru anda akan ketawa

A.Ya

B.Tidak

Jawapan : Tidak, anda tidak ketawa ( soalan ini mempunyai banyak perdebatan tetapi stick to this answer, should be fine )

Kuncinya : Jawap berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab, saya dapati daripada salah seorang pensyarah KPLI di maktab, ingin saya kongsi di sini.

1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka

2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan

3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge

4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah

5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah

6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari

7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan

8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.

9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.

10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.

11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis

12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang

13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko

14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan

15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius

Expectation Penemuduga Terhadap Anda

Antara keluhan penemuduga-penemuduga KPLI termasuklah :

1. Calon tidak berpakaian kemas, dan tidak menyusun sijil dengan kemas

2. Calon tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan temuduga

3. Calon tidak menjawab soalan, sebaliknya berlegar-legar dan lari dari tajuk soalan

4. Tidak faham konsep JERIS

5. Tidak yakin dan tergagap-gagap ketika menjawab soalan

6. Menangis ketika ditemuduga

7. Tidak cuba menyakinkan penemuduga bahawa calon sebenarnya layak. Penemuduga mempunyai sedikit trick dan cuba menduga calon, mudah patah semangat dan tidak memberikan sebab-sebab konkrit mengapa mereka layak untuk diterima menjadi guru

8. Tidak menggunakan bahasa baku, malah loghat negeri masih pekat ketika menjawab soalan

9. Calon meletakkan dirinya sendiri dalam keadaan tidak selesa dan takut-takut ketika mula memasuki bilik, tidak tegas dan nampak 'lembik'. Ada juga calon yang berpeluh-peluh dan terketar-ketar ketika sedang ditemuduga lantaran kurang pengalaman ditemuduga.

10. Calon lelaki yang mempunyai personaliti dwi-sex, terutamanya golongan 'lembut', ini bergantung kepada budi bicara temuduga. Ada calon yang boleh buat 'kuat' namun penemuduga masih boleh mengenali personaliti mereka

11. Tidak pandai elaborate facts , sebaliknya sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab

12. Tidak mempunyai suara yang lantang dan kuat

Ini adalah diantara keluhan penemuduga yang pernah menemuduga calon sebelum ini. kami akan masukkan lagi kandungan yang boleh membantu, terima kasih

Oleh GURU CYBER


Penilaian Utama Sesi Temuduga

Pengenalan Diri

1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga

2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja

3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan

Penerangan Diri

1. Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas

2. Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami

3. Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara

1. Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik

2. Suara ada intonasi ketika membuat penegasan

3. Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )

Bahasa

1. Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik

2. Bahasa yang fasih dan lancar

3. Menggunakan tatabahasa yang betul

4. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

Personaliti

1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan

2. Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru

3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran

4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh

5. Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi

6. Calon adalah seorang yang berbudi bahasa

7. Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi

8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan.

SUMBER : http://kpli2u.blogspot.com/search/label/KPLI%20Update


Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temuduga KPLI / DPLI.

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru.

Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.

2. Datang lebih awal.

Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.

3. Susun sijl dengan teratur.

Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:

Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.

Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.

Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.

Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.

Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

Panduan menyusun sijil untuk temuduga : PERSEDIAAN DOKUMEN

Thursday, November 25, 2010


1. Dokumen ASAL

  1. Kad Pengenalan

  1. Sijil Kelahiran

  1. Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

  1. Sijil Berhenti Sekolah

  1. Sijil SPM asal

  1. Sijil STPM asal (jika ada)

  1. Diploma asal (jika ada)

  1. Transkrip diploma asal (jika ada)

  1. Ijazah sarjana muda asal.

  1. Transkrip sarjana muda asal.

  1. Ijazah sarjana asal (jika ada)

  1. Transkrip sarjana asal (jika ada)

  1. Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara

  1. Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti

  1. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

  1. (Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

- Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

- Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

- Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

- Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

- Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon ...

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.

2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri

4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.

5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu.

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ...

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

  • Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip
  • Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari.

Sunday, November 21, 2010

Kementerian tapis ketat calon KPLI
2010/05/03

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat ANN M, Kuala Lumpur bertajuk 'Lima kali mohon KPLI tak dilayan' yang disiarkan ruangan ini 17 April lalu.

Bagi permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), syarat dan kelayakan asas serta syarat tambahan untuk menduduki Ujian Calon Guru Malaysia (MTest) dan temu duga adalah berpandukan kepada dasar serta keperluan Kementerian Pelajaran yang berbeza pada setiap tahun.
Untuk Ambilan Jun 2010, antara syarat dan kelayakan asas diperlukan ialah umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010; memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan; memiliki kepujian Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPMV atau prinsipal Bahasa Melayu pada peringkat STPM dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SPMV.

Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga menetapkan syarat tambahan seperti sihat fizikal dan mental; memiliki ijazah sarjana muda dengan PNGK 2.75 ke atas; memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dipohon; memiliki pengalaman mengajar dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Sekiranya seseorang calon itu memenuhi syarat dan kelayakan asas serta syarat tambahan ditetapkan, peluang untuk seseorang calon dipanggil menduduki MTeST dan temu duga adalah lebih besar berbanding calon lain yang tidak menepati syarat dan kelayakan berkenaan.

Ujian MTeST yang diduduki bertujuan untuk melihat kesesuaian calon daripada aspek sahsiah keguruan mereka. Seseorang calon yang berpengalaman mengajar sepatutnya mampu untuk menjawab dan memperoleh tahap yang baik dalam ujian itu.

Pemilihan yang ketat adalah selaras dengan Teras Ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk memartabatkan profesion perguruan agar terus dihormati dan melahirkan guru berkualiti.
Dengan jumlah permohonan yang tinggi iaitu hampir 70,000 orang bagi program KPLI, kementerian tidak berkompromi dalam soal pemilihan seseorang calon guru. Pelbagai aspek diambil kira dengan matlamat untuk melahirkan guru berkualiti dan berwibawa pada masa depan.

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com