Monday, November 22, 2010

http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/Klasifikasi/klasifikasi.htm


146. Pegawai Tadbir (N41):

Bertanggungjawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.

147. Penolong Pegawai Tadbir (N27):

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsular dan penguatkuasaan undang-undang.

148. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N17):

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan baucer/penyata gaji dan lain-lain yang berkenaan.

149. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) (N17):

Bertanggungjawab mengambil trengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail.

150. Pembantu Tadbir Rendah (N11):

Bertanggungjawab menerima dan menyambung panggilan masuk dan keluar semua kakitangan, membuat laporan kerosakan dan membuat senarai panggilan jauh (private trunk calls) yang dibuat oleh kakitangan.

151. Pembantu Am Rendah (N1):

Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pegawai-pegawai, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang difotostat, mengangkat barang-barang/alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat/bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.

152. Bentara Mesyuarat (N27):

Bertanggungjawab menjaga dan membawa cokmar Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa Istiadat Pembukaan Parlimen, mengumumkan ketibaan Yang Di Pertua Dewan, memelihara disiplin ahli parlimen semasa persidangan dewan dan mengeluarkan ahli-ahli parlimen yang melanggar disiplin mesyuarat atas arahan Yang Di Pertua Dewan.

153. Pengurus Stesen (N19):

Bertanggungjawab membantu Penyelia Stesen/Eksekutif Operasi/Eksekutif Operasi dan Keselamatan dalam mengurus, menyelia dan mengatasi masalah operasi trafik, kakitangan, perdagangan dan lain-lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang selamat, selesa, cekap dan ekonomik kepada pengguna-pengguna keretapi.

154. Pemeriksa Cap Jari (N17):

Bertanggungjawab mengadakan/menyimpan data-data dan fail-fail cap jari, menyiapkan/ menyediakan dan menaip surat menyurat berkenaan cap jari yang diterima, membuat pemeriksaan dan bandingan cap-cap jari dan mendaftar cap jari yang mana kes-kes mereka telah selesai.

155. Penyelia Jurupakaian (N17):

Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan rancangan TV, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian, berurusan mendapatkan penajaan pakaian serta memastikan kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan kebersihan pakaian di bawah kawalan serta mengendalikan urusan cucian selepas rakaman rancangan.

156. Peniup Kaca (N17):

Bertanggungjawab membantu pegawai penyelidik dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains yang berkaitan dengan penggunaan teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka bentuk fabikasi dan mengadakan alat dan peralatan penyelidikan dari bahan kaca.

157. Operator Wayarles (N11):

Bertanggungjawab menerima dan merekodkan laporan/maklumat keselamatan pelayaran, laporan kecemasan di laut serta maklumat berkaitan keselamatan maritim, membantu penyelarasan operasi SAR khususnya berkaitan pengendalian perhubugan radio VHF, HF-SSB, telefon, faksimili dan teleks serta mengumpul dan menyusun laporan pemerhatian, trafik laut daripada rumah api 'One Fathom Bank'.

158. Bentara Parlimen (N3):

Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada ahli parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin ahli parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula.

159. Penyelia Jeti (N3):

Bertanggungjawab menyelia aktiviti-aktiviti di pelabuhan/ Kompleks Pendaratan Ikan seperti mengawal aktiviti pendaratan bot dan mengumpul maklumat, kebersihan persekitaran dan lain-lain aktiviti termasuk aspek keselamatan.

160. Penghantar Notis (N3):

Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan penerima, menyediakan pengendorsan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit penyerahan difailkan di mahkamah.

161. Penyelamat (N1):

Bertanggungjawab mengawas keselamatan dan menyelamat pengguna-pengguna kolam renang dan pengguna-pengguna bot di tasik.

162. Pengawas Pemulihan (N1):

Bertanggungjawab melatih pelatih-pelatih pusat pemulihan dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperti latihan jasmani, kawad dan sebagainya.

163. Pegawai Penerbitan (N41):

Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan maklumat termasuk pengurusan perpustakaan khas, penerbitan dan sistem dokumentasi.

164. Penolong Pegawai Penerbitan (N27):

Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerbitan dalam perkhidmatan maklumat termasuk pengurusan perpustakaan khas, penerbitan dan sistem dokumentasi.

165. Pembantu Penerbitan (N17):

Bertanggungjawab membantu membaca pruf untuk cetakan dalaman, menyelia kerja-kerja cetakan, penyusunan dan penjilidan.

166. Operator Kamera Offset/Pembuat Plet (N17):

Bertanggungjawab menyelia unit percetakan, mengendali mesin offset, kamera offset, pembuat plet, mesin pendua, pengimbas dan pemotong elektrik serta menyelenggara mesin-mesin tersebut dengan sempurna sebelum, semasa dan selepas penggunaannya.

167. Pengawet (N11):

Bertanggungjawab mengenal pasti koleksi simpanan jabatan yang rosak, memelihara koleksi-koleksi melalui proses pengawetan, menjahit kuras bahan-bahan yang telah dibaik pulih, menjalankan ujian-ujian makmal mengenai ketahanan dan kesesuaian bahan-bahan untuk kerja-kerja pemuliharaan dan memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan mengenai penyimpanan, pemuliharaan dan baik pulih rekod-rekod jabatan.

168. Penolong Operator Kamera (N11):

Bertanggungjawab membantu menyelia unit percetakan, membantu mengendali mesin offset, kamera offset, pembuat plet, mesin pendua, pengimbas dan menyelenggara mesin-mesin tersebut dengan sempurna sebelum, semasa dan selepas penggunaannya.

169. Juruaudio Visual (N17):

Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

170. Pembantu Kamera/Pemandu (N3):

Bertanggungjawab memandu kenderaan, menjaga kenderaan supaya bersih dan berkeadaan baik, memastikan keselamatan peralatan penggambaran yang tersimpan di dalam kenderaan, membantu Ahli Fotografi membawa alat-alat penggambaran semasa di lokasi dan balik dan menolong Ahli Fotografi membuat tugas-tugas penggambaran semasa di lokasi.

171. Pegawai Penguatkuasa (N41):

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan): Bertanggungjawab menyelaras dan membuat pengesanan terhadap pentadbiran am dan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan undang-undang jabatan di peringkat cawangan/unit penguatkuasaan negeri serta membantu pengarah dalam melaksanakan pentadbiran am Bahagian Penguatkuasaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang, Unit Pelesenan serta Pendakwaan dan kompaun.

172. Penolong Pegawai Penguatkuasa (N27):

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan): Bertanggungjawab membantu menguruskan hal-hal Pentadbiran Am dan kewangan Bahagian/Cawangan Penguatkuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Bertanggungjawab membantu Pegawai Penguatkuasa mengenai penguatkuasaan undang-undang, menyemak, mengkaji dan memantau aduan daripada orang awam, mengatur program penguatkuasaan, bertanggungjawab ke atas siasatan dan pendakwaan di mahkamah dan mengawal selia aktiviti jualan murah.

173. Pembantu Penguatkuasa (N17):

Bertanggungjawab membantu dan menguatkuasakan undang-undang, membantu tugas-tugas operasi di premis-premis perniagaan, pemeriksaan ke atas premis perniagaan borong, runcit, membantu dalam tugas-tugas operasi penyeludupan, permohonan lesen borong dan runcit, menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang diambil tindakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan, memproses permohonan permit pemindahan beras, mengumpul maklumat barang-barang kawalan, memproses permohonan lesen import (AP) hasil sampingan beras seperti tepung beras, tepung pulut, bihun dan lain-lain dan menyediakan maklumat-maklumat berkaitan import/eksport barang tersebut.

174. Pengurus Asrama (N41):

Bertanggungjawab kepada Pegawai Pembangunan Pelajar, menyediakan kemudahan kepada pelajar, menjalankan tugas-tugas pentadbiran berkaitan dengan pelajar dan juga kakitangan di bawah seliaan.

175. Penolong Pengurus Asrama (N27):

Bertanggungjawab membantu mengurus dan mentadbir peraturan asrama, kebersihan, keselamatan, kebajikan penghuni, makanan dan minuman, mengelola kerja-kerja dapur, kelengkapan asrama atau mes.

176. Penyelia Asrama (N17):

Bertanggungjawab menguruskan pentadbiran asrama, menguruskan penginapan di asrama, menyelia dapur dan dewan makan, memeriksa bahan mentah, membuat uji rasa makanan dan menyelia pekerja dan peralatan dapur dan asrama.

177. Tukang Masak (N1):

Bertanggungjawab menentukan keperluan barang-barang kering dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barang-barang keperluan memasak, menyediakan bahan-bahan masak, menjaga kebersihan peralatan dan kawasan dapur, memastikan peralatan dapur berada dalam keadaan selamat dan baik.

178. Perangkawan (N41):

Bertanggungjawab menyediakan data-data, mengkaji dan menganalisis data-data berkaitan dalam bentuk laporan.

179. Penolong Pegawai Perangkaan (N27):

Bertanggungjawab membantu menyediakan data-data, mengkaji dan menganalisis data-data berkaitan dalam bentuk laporan.

180. Pembantu Perangkaan (N17):

Bertanggungjawab menyediakan sampel soal selidik, memungut data dan menyediakan laporan banci.

181. Pegawai Penyelidik Sosial (N41):

Bertanggungjawab merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisisan maklumat serta penilaiannya ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.

182. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial (N27):

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja soal selidik, menyemak data dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.

183. Pembantu Penyelidik Sosial (N17):

Bertanggungjawab membantu Penolong Pegawai Penyelidik Sosial dalam menjalankan kerja-kerja soal-selidik, merekod dan mengumpul data-data, menyelidik, menyemak data-data yang telah dikutip dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.

184. Jurubahasa Serentak (N41):

Bertanggungjawab sebagai Setiausaha Bersama kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat serta menjalankan tugas-tugas berkenaan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O).

185. Penolong Pegawai Tadbir Tanah (N27):

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.

186. Pembantu Tadbir Tanah (N17):

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.

187. Penolong Pegawai Tanah (NT17):

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah), pesaka kecil, ukur tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.

0 comments: