Friday, November 26, 2010

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan Islam dan Pendidikan negara?
Cabaran teknologi maklumat dan media massa:

Teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam ajaran dan sejarah Islam. Ia merupakan suatu proses yang berterusan dan berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Maka, revolusi teknologi maklumat merupakan suatu perkara yang akan terus berkembang pesat dengan ledakan ilmu. Masyarakat akan berorientasikan maklumat (information-oriented society) kerana maklumat boleh didapati dengan mudahnya kerana teknologi semakin berkembang disamping arus semasa yang mengharuskan seseorang itu celik IT.

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, struktur pendidikan akan menjadi lebih tercabar kerana terpaksa merubah untuk menilai serta menstruktur semula secara keseluruhan bagaimana sekolah beroperasi, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran serta cara pelajar belajar. Perkara ini haruslah dilakukan secara berhati-hati agar nilai-nilai agama tidak terjejas walaupun kita inginkan kemajuan setara dengan negara-negara luar yang sudahpun maju lebih awal dari Malaysia, namun runtuh dari segi akhlak dan moralnya.

Malah terdapat pelbagai kesan negatif yang berlaku akibat daripada perkembangan teknologi maklumat serta media massa. Antara bahana yang sering menjadi perbualan ialah kelekaan dalam mengerjakan ibadah, hubungan kekeluargaan yang kurang intim kerana kesibukan melayan rancangan televisyen, kemerosoton di dalam pembelajaran serta tiada fokus di dalam kelas kerana waktu senggang banyak ditumpukan untuk ber "chatting" sehingga ke larut malam.

Antara saranan untuk menghadapi cabaran ini ialah segala perubahan yang dilakukan sama ada di dalam kurikulum mahupun selain itu hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari ahli agama terlebih dahulu sebelum membuat segala kata putus. Ini kerana kerjasama yang secara telus ini akan membuahkan hasil yang dihajati kerana terdapat kesepakatan antara fuqaha serta ahli pakar yang lain seperti penggubal kurikulum.

Dalam Pendidikan Moden Pengajian Islam Kurikulum Pendidikan Islam

Seterusnya, segala rancangan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang positif hendaklah dikurangkan penayangannya di kaca televisyen sebagai langkah awal untuk mengurangkan pengaruh media massa ke atas kecemerlangan diri pelajar. Sebaliknya, rancangan yang berbentuk pendidikan serta akademik hendaklah ditayangkan tidak terhad pada waktu siang sahaja malahan pada waktu perdana iaitu sekitar jam 7 hingga 10 malam.
Cabaran persepsi masyarakat mengenai didikan agama hanya terletak pada ahli agama:

Dalam pendidikan moden, kurikulum itu tidak lagi terbatas kepada perkara yang diberikan dalam lingkungan sekolah sahaja, bahkan juga meliputi hal-hal yang bersangkutan dengan aspek kehidupan di luar sekolah2. Sehubungan dengan itu, pendidikan agama misalnya bukan hanya berlaku di sekolah sahaja malahan juga berlaku di luar sekolah seperti di rumah dan kawasan kejiranan.
Antara dilema yang dihadapi oleh generasi pada masa kini ialah hilangnya konsep ta'dib
dalam pendidikan.

Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Bagi menangani dilema ini, proses mendidik dan membentuk seseorang pelajar itu hendaklah membawanya ke arah pembentukan peribadi, sikap, watak serta sahsiah yang selaras dengan yang diredhai oleh Allah SWT3.

Berbalik kepada masalah yang utama iaitu salah tanggapan masyarakat terhadap didikan agama hanya terletak di bahu ahli agama. Sebaliknya, ibu bapa adalah merupakan golongan yang menjadi tunjang di dalam mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak tersebut berlaku sebelum anak itu lahir lagi iaitu kedua-dua orang tuanya melakukan amal soleh serta banyak bersoa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang taat pada Allah serta menyayangi kedua orang tuanya nanti apabila sudah dewasa.

Peranan guru ataupun ustaz serta ustazah hanya terhad sewaktu masa persekolahan sahaja. Sekiranya amanah ini dilakukan secara satu pihak sahaja, mana mungkin hasil yang kita inginkan itu akan dapat berlaku. Meskipun guru mempunyai tugasan serta bebanan kerja yang banyak, perkara ini tidaklah menjadi permasalahan besar kerana terdapat pembahagian tugas telahpun dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pendidikan Islam tidak berkesan jika sekolah sahaja yang memberi pendidikan Islam sedangkan keluarga dan masyarakat tidak turut sama membantu atau sebaliknya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendidikan Islam4. Secara tuntasnya, tugasan mendidik anak bangsa terutamanya yang bergelar Muslim hendaklah dilakukan secara kolektif iaitu secara kerjasama antara guru, ibu bapa serta masyarakat setempat.
Cadangan serta gagasan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan:

Muhammad Naquib Al-Attas menyebutkan di dalam bukunya mengenai sistem pendidikan yang seharusnya diikuti oleh orang Islam iaitu sistem yang berpaksikan kepada ajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah SAW itu sebagai ikutan yang terbaik. Antaranya ialah "So the Islamic University must reflect the Holy Prophet in terms of knowledge and right action..5". Pendidikan yang terlalu bermodelkan Barat hendaklah dikesampingkan kerana Islam juga mempunyai ramai tokoh-tokoh yang berketrampilan dalam bidang pendidikan seperti Ibn Khaldun yang terkenal dengan teori Malakah.

Guru berperanan untuk membentuk manusia dari segi perwatakan serta penampilannya. Maka dengan sebab itu, seseorang guru haruslah memiliki kualiti sebagai guru yang ideal. Guru ideal yang dimaksudkan ialah mampan dan utuh akidahnya serta kepercayaannya kepada Allah SWT dalam semua aspek. Beliau mampu menonjolkan peribadi dan perlakuan yang diredhai oleh Allah SWT dalam setiap tindak-tanduknya . Malah guru yang ideal selalu bermohon pertolongan dan bimbingan daripada Allah SWT dalam menjalankan tugasannya sebagai pendidik anak bangsa.

"An ideal teacher is necessarily a man of firm and unshakable faith in Allah in all respects. He
shows complete reliance on Him and in his every effort invokes His blessings, assistance and
mercy for the fulfillment of his mission as a teacher6"

SUMBER : http://www.scribd.com/doc/14751119/cabaran-pendidikan-islam-dan-pendidikan-negara


Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan yang patut diberikan kepada anak-anak orang Islam bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan soleh dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendahuluan
Pendidikan membawa pengertian yang cukup luas. Ia meliputi hampir kesemua bidang aktiviti manusia daripada yang paling kecil seperti menjala ikan untuk dijadikan lauk hingga kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berfikir dalam bentuk individual ataupun secara kolektif. Boleh dikatakan, ia mencakupi bidang-bidang yang sama luasnya dengan tamadun sesuatu bangsa itu sendiri. Ini termasuklah bidang-bidang seperti falsafah, kesusasteraan, matematik, sains dan teknologi, pertukangan, ekonomi, agama, dan lain-lain. Jadi persoalannya, bagaimanakah sesuatu pendidikan itu mampu mencapai hasrat untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang ke arah kemajuan diri, masyarakat dan negara

Jawapannya adalah bergantung kepada isi kandungan kurikulum suatu mata pelajaran. Kandungan Kurikulum menentukan sama ada suatu mata pelajaran itu mampu mendidik individu untuk menjadi seseorang yang bukan sahaja dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kegunaan sendiri, malah dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Memandangkan betapa pentingnya kandungan kurikulum itu sendiri, maka pakar-pakar pendidikan telah menyediakan mata pelajaran-mata pelajaran yang difikirkan mempunyai kepentingan kepada masyarakat masing-masing. Jadi dalam konteks Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Dalam kurikulum ini, pendidikan agama (Islam) dan moral adalah dititikberatkan dan menjadi teras kepada mata pelajaran yang lain untuk memastikan matlamat pendidikan negara yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai.

Jadi dalam perbincangan ini, kita cuba mengupas bagaimana rupa bentuk kurikulum yang perlu dimasukkan dalam pendidikan Islam agar anak-anak Islam dapat dibentuk sebagai seorang individu yang soleh melalui penerapan nilai-nilai intelek, rohani, jasmani dan emosi yang seimbang agar mereka ini nanti mampu memikul tanggungjawab yang dituntut dalam ajaran Islam.

Tujuan Pendidikan Islam
Sebelum kita meneroka lebih jauh tentang isi kandungan kurikulum dalam pendidikan Islam, adalah lebih elok jika kita membincangkan tujuan-tujuan diwujudkan pendidikan Islam. Ini kerana, kurikulum dan tujuan pendidikan tidak boleh dipisahkan dan saling mempunyai wasilah di antara satu sama lain. Kurikulum pendidikan perlu dibentuk berdasarkan tujuan pendidikan itu sendiri. Dalam erti kata lain, kurikulum pendidikan digubal berdasarkan tujuan-tujuan tersebut. Oleh itu, untuk menjelaskan tentang tujuan pendidikan Islam, kita tinjau terlebih dahulu secara ringkas pendapat-pendapat beberapa tokoh yang berkaitan.

Kebanyakan tokoh menggariskan bahawa pendidikan sebenarnya bukanlah sekadar untuk memenuhi bidang pekerjaan tetapi fungsi utamanya ialah untuk mempelajari seberapa banyak ilmu pengetahuan mengajar manusia mengenali diri, penciptanya dan alam ini. Al-Jammali (1966:82) menyenaraikan tujuan pendidikan Islam dengan berdasarkan kepada kandungan al-Quran seperti berikut:

1. Memperkenalkan kepada manusia akan kedudukannya di antara sekalian makhluk dan tanggungjawab individu dalam alam ini.
2. Memperkenalkan kepada manusia akan hubungan-hubungan sosialnya dan tanggungjawabnya dalam rangka suatu sistem sosial.
3. Memperkenalkan kepada manusia akan makhluk (alam jagat), dan mengajaknya memahami hikmah penciptaannya.
4. Memerkenalkan kepada manusia akan Pencipta alam jagat ini.
Ibnu Khaldun pula membahagikan tujuan pendidikan itu kepada tujuh, iaitu:

1. Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama melalui al-Quran dan al-Sunnah. Dengan jalan itu potensi iman dapat dikuatkan.
2. Memperlengkapkan akhlak manusia.
3. Memperlengkapkan sosial manusia.
4. Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan vokasional atau pekerjaan.
5. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan pemikiran seseorang itu dapat membuat berbagai pekerjaan dan pertukangan atau vokasional tertentu.
6. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair, khat, senibina dan lain-lain.
Hasan Langgulung pula menyatakan bahawa terdapat tiga tujuan utama pendidikan Islam, iaitu; Pertama, untuk menentukan haluan bagi proses pendidikan, iaitu ke arah manakah tujuan usaha manusia mendidik generasi muda, atau apakah corak manusia yang dihasilkan melalui pendidikan. Kedua, untuk merangsang dan mendorong manusia bekerja bersungguh-sunggguh bagi mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai proses pendidikan, iaitu menilai pencapaian pendidikan itu, sama ada berjaya atau tidak. Di samping itu, beliau juga membahagikan tujuan pendidikan Islam tersebut kepada dua bahagian utama, iaitu tujuan khas dan tujuan am.

SUMBER : http://kulanzsalleh.com/kurikulum-pendidikan-islam/

Pemantauan Pelaksanaan j-QAF


Tidak disangka apabila pihak Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) yang diketuai oleh Ketua Sektor SPI, Ust Ariffin bin Mohd Amin, Penolong Pengarah Kanan j-QAF, Ust Wan Yusof bin Wan Sulong dan Ust Kamarudin bin Ayob telah membuat 'lawatan mengejut' bagi memantau pelaksanaan j-QAF di sekolah kami.

Maka, kami 6 orang GPI pun mengambil dan membawa beberapa bahan penting seperti Buku Rekod Pengajaran Harian, Fail j-QAF dan Buku Rekod Bacaan Al-Quran untuk disemak, diteliti dan diberikan komen balas oleh mereka.

Beberapa maklumat, nasihat dan teguran penting telah disampaikan kepada kami, antaranya:

1- Pemantauan kali ini sangat penting bagi memastikan semua murid sekolah j-QAF kohort pertama (Tahun 6) boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan betul dan lancar sebelum naik ke sekolah menengah walaupun belum khatam dengan bacaan sendiri.

2- Kegagalan dalam mencapai objektif j-QAF yang terpenting ini merupakan kegagalan guru j-QAF itu sendiri kerana mereka telah menjalankan P&P secara kolaboratif.

3- Buku Rekod Pengajaran Harian, Fail j-QAF dan Buku Rekod Bacaan Al-Quran hendaklah direkodkan dengan kemas dan lengkap.

4- Bermula tahun 2011, Pelaksanaan Kem Bestari Solat bagi Tahap 2 adalah sebanyak 2 kali setahun sahaja, manakala Tahap 1 dikekalkan sebanyak 4 kali setahun.

5- Dalam P&P Ulum Syariah, memadai dilaksanakan oleh seorang GPI/GPI j-QAF sahaja. Bilangan guru perlu dilebihkan dalam P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama khususnya kelas murid yang lemah.

6- P&P Bahasa Arab perlu dibudayakan di luar kelas seperti perbualan harian asas dan mudah di antara guru dan murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Arab dengan lebih baik lagi.

7- Kem Bestari Solat telah berjaya dilaksanakan sebanyak 3 kali –setakat ini- bagi setiap tahun (6 tahun x 3 kali = 18 kali).

8- Tasmik juga dapat dilaksanakan di luar jadual waktu walaupun hanya seorang GPI memegang 2 kelas pada setiap minggu dan setiap kelas hanya dapat dilaksanakan selama 30 minit.

9- Perlu fokus kepada sebilangan kecil murid Tahun 6 yang belum menguasai bacaan Al-Quran dengan lancar dengan mengadakan program pemulihan selepas UPSR, selain Kem Literasi Al-Quran yang diadakan pada bulan Ramadhan ini.

10- Penilaian pencapaian murid dalam Kem Bestari Solat perlu diperketatkan iaitu murid yang belum menghafaz mana-mana bacaan dalam solat hendaklah dinilai sebagai Belum Menguasai (BM), bukan Menguasai Sederhana (MS) walaupun murid itu boleh membaca mengikut Bacaan Ikut Guru (BIG).

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?

Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir

pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?"

Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut,anda seharusnya memberitahu panel temuduga

tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut.

Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.

Antaranya:

Melalui laporan tahunan syarikat

Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut

Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat

Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet

Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan

Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?

Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.

Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?

Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:

"Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.

Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?

Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.

Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.

Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?

Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.

Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?

Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.

Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?

Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?

"Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.

Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?

Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu:

1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat

2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.

Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?

Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.


* Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya

1.0 PIPP DAN WAWASAN 2020

1.1 Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020

( Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri). Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

2.0 PIPP DAN MISI NASIONAL

2.1 Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:

Teras 2 Teras 3: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif

1 Pelan Induk

3.0 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: PERLETAKAN ASAS

3.1 Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut:• • • • Akses kepada pendidikan Ekuiti dalam pendidikan Kualiti dalam pendidikan Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

3.3 Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya:• • • Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa

2 Pelan Induk

4.0 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: MELANGKAH KE HADAPAN

4.1 Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat:• • • Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada Tahun 2020

4.2 PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Pendekatan PIPP Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu:Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai dan Kesamarataan Peluang Pendidikan • Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

3 Pelan Induk

PENDEKATAN KEDUA: KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN • KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi). KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolahsekolah Putrajaya dan Cyberjaya.

Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

ASAS PEMBANGUNAN

• • • • • Misi Nasional Dasar-dasar Pembangunan Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Islam Hadhari Pelan Integriti Nasional • •

PENDEKATAN

Kesamarataan Peluang Kecemerlangan Institusi Pendidikan

TERAS STRATEGIK PIPP

• • • Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

• • • • Akses Ekuiti Kualiti Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan

• • •MATLAMAT Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN • •

Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan Kerjasama dan Komitmen Pihak Berkepentingan Sistem Penyampaian Pendidikan Sistem Pemantauan dan Penilaian

4 Pelan Induk

4.4Teras Strategik PIPP 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

5.0 Membina Negara Bangsa KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

5.1 Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum, program kurikulum dan sukan. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan leberalisasi. Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha berikut:• • • • Memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan

5 Pelan Induk

6.0 Membangunkan Modal Insan Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. 6.1 Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi ; • • • memperkembangkan potensi diri melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6.2 Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan; • • • • • kemahiran komunikasi berkesan kebolehan menggunakan ICT dengan baik berfikir secara kreatif dan kritis mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat

6.3 Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya berupaya untuk berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

6 Pelan Induk

6.4 Fokus dan Strategi Pelaksanaan Membangunkan Modal Insan

Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan • Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi • Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan • Melaksanakan program pembestarian sekolah

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar • Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan pengkhususan • Meningkatkan peruntukan ekolah belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan • Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara • memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolahsekolah

Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan

Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan • Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran ’hard & soft skills’ • Membina penampilan diri yang positif • Memupuk pelajar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab • Menekankan aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum • Memastikan sekolah memberi penekanan keselamatan, kebersihan ganda dan kesihatan pelajar • Melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala sosial melalui penerapan nilai-nilai murni • Memantapkan program 3K

Memantapkan Program Kokurikulum dan Sukan • Menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum • Meningkatkan semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati bermula daripada peringkat awal persekolahan • Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua • Menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum • Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan • Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG • Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM 7

7 Pelan Induk

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik • Menyediakan pentaksiran alternatif • Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan • Memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian

Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin • Mempelbagaikan saluran aduan terus

Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi • Pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi

Memperkukuhkan disiplin pelajar • Penggubalan peraturan disiplin baru • Menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid • Memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin • Meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi keselamatan berkaitan • Memperkukuh usaha menangani gejala disiplin melalui Jawatankuasa Bertindak

Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan

Memantapkan kurikulum • Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan • Penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah

8 Pelan Induk

7.0 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) 7.1 Di dalam PPIP, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. KPM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Ciri-ciri SK perkasa adalah seperti dalam rajah 2 berikut:-

  1. INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI

  1. PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI

  1. MENAWARKAN BAHASA CINA DAN TAMIL PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M

  1. PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN

  1. SEKOLAH PERKASA

  1. PENAWARAN & PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN PENCAPAIAN SAHSIAH CEMERLANG

  1. BERASPIRASI NASIONAL

9 Pelan Induk

7.5 Fokus dan Strategi Memperkasakan SK

Pemantapan Kepimpinan Pengetua / Guru Besar dan Kualiti Guru • Memantapkan kepimpinan Pengetua / Guru Besar • Meningkatkan kualiti guru

Perluasan Program Prasekolah • Menambah bilangan kelas prasekolah KPM • Menggunakan kurikulum Prasekolah Kebangsaan • Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah • Memastikan guru dan pembantu guru mencukupi dan terlatih

Pengukuhan Budaya Sekolah • Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Pemantapan Kurikulum • Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M • Memperluas j-QAF • Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil • Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas • Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah

Peningkatan Prestasi Akademik SK • Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah • Memantapkan program intervensi

Penambahbaikan Sistem Sokongan • Menambahbaik sistem sokongan • Menambah bilangan pembantu guru

Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan • Menambahbaik aktiviti kokurikulum dan sukan • Meningkatkan penyertaan pelajar

Fokus dan Strategi Memperkasakan SK

Meningkatkan Kualiti Prasarana dan Prestasi SK • Meningkatkan kualiti prasarana SK • Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan • Menambah bilangan sekolah satu sesi sekolah rendah dan menengah

10 Pelan Induk

8.0 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

8.1 Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut:Jurang antara tahap pencapaian pelajar

Jurang bandar dan luar bandar

Jurang digital

MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

Jurang antara pelajar normal & berkeperluan khas

Jurang sosioekonomi

11 Pelan Induk

8.2 Fokus dan strategi KPM untuk merapatkan jurang pendidikan adalah seperti berikut:

1 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan luar Bandar

• Menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air teutama di sekolahsekolah luar bandar dan pedalaman • Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan perluasan pelaksanaan Sekolah Pusat, mewujudkan norma baru untuk guru di SKM & mengkaji pemberian geran perkapita • Merapatkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, makmal komputer, kemudahan perkakasan dan tenaga kerja • Merapatkan jurang digital dengan menyediakan makmal komputer, Pusat Akses, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan & merintis penggunaan ‘video teleconferencing’

2 Meningkatkan Kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran

2.1 Penguasaan 3M • memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1 • Menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap 1 • Menggiatkan Program Gerak Gempur • Program khusus Orang Asli dan suku minoriti

2.2 Pengurangan kadar keciciran • Menguatkuasakan pendidikan wajib • Memperluas MPV di SM Harian • Pemuafakatan sekolah, keluarga & komuniti • memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai

12 Pelan Induk

2.3 Pemantapan program bagi pelajar kurang upaya

• Meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan

• Memantapkan program Pendidikan Khas Inklusif

• Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan

• Menyediakan kaedah penilaian yang diiktiraf • Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas 2.4 Penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan

• Mewujudkan Sekolah Seni

• Merintis program khusus bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat

• Kemudahan pendidikan kepada pelajar yang kini berada di Pusat Pemulihan Komuniti 3 Meningkatkan bilangan guru terlatih & mengikut opsyen di kawasan pedalaman

• Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman • Menambah baik insentif kepada guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman

• Menyediakan asurans kepada guruguru yang berkhidmat di luar Bandar

• Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna Pemantapan sistem pengagihan bantuan

• Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SSM

• Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD)

• Menggalakkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta

4 Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti

13 Pelan Induk
9.0 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

9.1 Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Fokus dan strategi memartabatkan profesion keguruan adalah seperti berikut:1 Menambah baik sistem pemilihan calon guru • memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru • pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum 2 Memantapkan latihan perguruan • menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan • Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru • Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus / latihan • Meluaskan dan meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

14 Pelan Induk

Memantapkan kerjaya guru

• Menambah baik penjawatan guru • Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G

4 Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

• Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif ( projek membina dan menaik taraf ) • Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk menjaga kepentingan dan kebajikan guru • Mensifarkan GSTT • Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan • Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman • Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran

5 Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

Penyediaan mekanisme bekalan guru • Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru • Memantapkan mekanisme unjuran guru • Menambah baik sistem maklumat guru • Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman

15 Pelan Induk

10.0 MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

10.1 Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada. Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Institusi-institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Elemen Utama • kurikulum berdasarkan pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturutturut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam mata pelajaran tertentu Pencapaian kokurikulum peringkat daerah, kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas.

•Elemen Sokongan • Pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan kecekapan, penambahbaikan berterusan serta mempunyai perancancangan yang komprehensif dan sistematik. Keterampilan pengetua, Guru Besar dan guru-guru. Pengurusan berhemah. kewangan yang berkesan, amanah dan

16 Pelan Induk •Iklim sekolah berdasarkan suasana sekolah dan P&P yang kondusif, keselamatan dan tahap disiplin yang memuaskan , mempunyai semangat kekitaan dan kaya maklumat. Pengurusan asrama berdasarkan program untuk pelajar dan tahap disiplin pelajar. Prasarana lengkap, berfungsi dan terkini. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat. Nilai sejarah, tradisi, keunikan sejarah, penglibatan alumni dan tokoh yang merupakan bekas pelajar dan persepsi masyarakat.

• • • •

10.5 Bagi sekolah-sekolah yang dipilih, fokus akan diberikan kepada perkara-perkara berikut:• Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan

Pengenalpastian Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan dibuat lebih awal Pemilihan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan berdasarkan kualiti profesional dan peribadi KPM berasama-sama Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan akan menentukan KPI yang perlu dicapai

•Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi

Pemilihan melalui iklan, permohonan dan temuduga Pengekalan jawatan guru dan jurulatih berdasarkan prestasi

•Memberi lebih autonomi kepada sekolah

Pemilihan Pengetua dan pihak pengurusan Pemilihan tenaga pengajar Perlantikan staf sokongan tanpa mengikut norma perjawatan biasa Penawaran kurikulum, kaedah P&P dan tempoh P&P yang bersesuaian dengan pengkhususan

17 Pelan Induk

kebebasan memilih bahan pengajaran dan bahan-bahan tambahan yang diperlukan Penjanaan dan pengurusan kewangan untuk peningkatan keupayaan sekolah

•Mewujudkan sistem akauntabiliti

Memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian Audit Sekolah dan Bahagian Sekolah

•Mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh kepada negara membangun dan maju

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dan institusi pendidikan melalui pengurusan perubahan Mengenalpasti amalan terbaik seperti melaksanakan standard dan penanda aras baru, menjalankan kajian impak dan mengadakan konvensyen untuk mempromosi kejayaan kepada sekolah-sekolah lain

•Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan - Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang

dalam dan luar negara

-Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing dalam bidang pendidikan di rantau Asia Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum kokurikulum pada peringkat antarabangsa Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA -Mempakej dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru

18 Pelan Induk

•Merintis perubahan dan pembaharuan

Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran Mengurangkan tempoh pendidikan menengah Mengkaji kesesuaian sistem persekolahan 12 tahun

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. Setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu bahagian. Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. Strategi dan Tumpuan Masa Hadapan :Projek Berimpak Tinggi – Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar Khusus kepada usaha melonjakkan pendidikan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk cemerlang. Projek-projek berimpak tinggi meliputi aspek infrastruktur, peralatan, guru, kurikulum dan program bantuan serta khidmat sokongan.

19 Pelan Induk

PROJEK BERIMPAK TINGGI

• • • • • • • • •

Memperluas program pendidikan prasekolah KPM Memperbaiki penyediaan kemudahan asas (bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air bersih) Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar (mencukupi dan berkualiti) Menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama sedia ada Mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar Memperluas penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Membestarikan sekolah di luar bandar Tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Menyediakan insentif bagi guru yang berkhidmat di luar bandar

Sistem Penyampaian Pendidikan Strategi pelaksanaan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian pendidikan Fokus

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan pendidikan Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan pendidikan

Strategi Pelaksanaan

• Penstrukturan semula organisasi KPM • Peningkatan infrastruktur dan kemudahan ICT • penyediaan kemudahan pejabat pendidikan yang mencukupi • Pemantapan pembangunan sumber manusia Pemantapan pengurusan kewangan melalui:• pemberian autonomi dan mengurangkan karenah birokrasi • mengkaji norma perjawatan pengurusan kewangan • Penggunaan ICT dalam pengurusan kewangan

20 Pelan Induk

Fokus

Memantapkan sistem pemantauan dan penilaian program pendidikan

Strategi Pelaksanaan

Pemantapan pengurusan pemantauan dan penilaian program pendidikan seperti:• meningkatkan penarafan kendiri sekolah menerusi SKPM • meningkatkan aktiviti penaziran • meningkatkan penilaian program penganugerahan guru dan sekolah cemerlang

Sistem Pemantauan dan Penilaian • • • • •

Setiap Ketua Jabatan dan Bahagian di KPM, JPN, PPD/G dan sekolah perlu menyediakan KPI(Key Performance Indicator) masing-masing. Sistem pangkalan data bersepadu akan dibangunkan agar prestasi individu, bahagian dan jabatan dapat dinilai secara telus. Penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan PIPP yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN

MELANGKAH KE HADAPAN

Tempoh lima tahun RMK-9 adalah tempoh yang sangat signifikan bagi membangunkan modal insan minda kelas pertama untuk mencapai hasrat Wawasan 2020. PIPP dirangka untuk memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan sendiri. Kejayaan PIPP bergantung kepada kefahaman dan komitmen warga KPM terhadap dasar dan strategi pelaksanaannya.

•PIPP merupakan panduan kepada seluruh warga KPM agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masingcmasing secara lebih terancang, terarah dan berfokus. PIPP penting kerana ia akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.

Sekian

“Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di persada dunia” (YAB Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia)

SUMBER:

http://www.scribd.com/doc/8683060/Ringkasan-Pelan-Induk-Pembangunan-Pendidikan


Oleh Dr. Mahathir Mohamad

SAYA berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

http://chedet.co.cc/chedetblog

Saya setuju dengan beliau dalam bab ni…. PPSMI harus diteruskan tanpa ada kompromi !!!!!!

http://umnolawanpas.wordpress.com/2009/03/16/pendirian-mahathir-isu-ppsmi-malaysiakini/

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2010


kabinet malaysia 2010Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak baharu sahaja selesai mengumumkan senarai Kabinet Malaysia 2010 (senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri) pada 1 Jun hasil rombakan kecil yang dilakukan. Senarai Kabinet tersebut adalah seperti berikut:

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri

1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;

2. Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri

1. Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;

2. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;

3. Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.

4. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

5. Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;

6. Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:

1. Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

2. Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;

3. Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda pada jam 3.30 petang Jumaat ini (4 Jun) di Istana Negara.

Sumber: Berita Harian Online

http://kulanzsalleh.com/terbaharu-senarai-kabinet-malaysia-2010/