Expectation Penemuduga Terhadap Anda

Friday, November 26, 2010

Antara keluhan penemuduga-penemuduga KPLI termasuklah :

1. Calon tidak berpakaian kemas, dan tidak menyusun sijil dengan kemas

2. Calon tidak bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan temuduga

3. Calon tidak menjawab soalan, sebaliknya berlegar-legar dan lari dari tajuk soalan

4. Tidak faham konsep JERIS

5. Tidak yakin dan tergagap-gagap ketika menjawab soalan

6. Menangis ketika ditemuduga

7. Tidak cuba menyakinkan penemuduga bahawa calon sebenarnya layak. Penemuduga mempunyai sedikit trick dan cuba menduga calon, mudah patah semangat dan tidak memberikan sebab-sebab konkrit mengapa mereka layak untuk diterima menjadi guru

8. Tidak menggunakan bahasa baku, malah loghat negeri masih pekat ketika menjawab soalan

9. Calon meletakkan dirinya sendiri dalam keadaan tidak selesa dan takut-takut ketika mula memasuki bilik, tidak tegas dan nampak 'lembik'. Ada juga calon yang berpeluh-peluh dan terketar-ketar ketika sedang ditemuduga lantaran kurang pengalaman ditemuduga.

10. Calon lelaki yang mempunyai personaliti dwi-sex, terutamanya golongan 'lembut', ini bergantung kepada budi bicara temuduga. Ada calon yang boleh buat 'kuat' namun penemuduga masih boleh mengenali personaliti mereka

11. Tidak pandai elaborate facts , sebaliknya sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab

12. Tidak mempunyai suara yang lantang dan kuat

Ini adalah diantara keluhan penemuduga yang pernah menemuduga calon sebelum ini. kami akan masukkan lagi kandungan yang boleh membantu, terima kasih

Oleh GURU CYBER


Penilaian Utama Sesi Temuduga

Pengenalan Diri

1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga

2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja

3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan

Penerangan Diri

1. Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas

2. Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami

3. Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara

1. Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik

2. Suara ada intonasi ketika membuat penegasan

3. Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )

Bahasa

1. Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik

2. Bahasa yang fasih dan lancar

3. Menggunakan tatabahasa yang betul

4. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

Personaliti

1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan

2. Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru

3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran

4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh

5. Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi

6. Calon adalah seorang yang berbudi bahasa

7. Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi

8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan.

SUMBER : http://kpli2u.blogspot.com/search/label/KPLI%20Update


Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temuduga KPLI / DPLI.

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru.

Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.

2. Datang lebih awal.

Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.

3. Susun sijl dengan teratur.

Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:

Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.

Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.

Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.

Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.

Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

0 comments: