MEB, NKEA lonjak ekonomi negara

Friday, July 15, 2011

“Menerusi makmal NKEA misalnya, usaha akan dilakukan untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan pendapatan tahunan setiap rakyat daripada AS$7,000 (RM22,750) kepada AS$15,000 (RM48,750) menjelang 2020,” katanya ketika melancarkan Bengkel NKEA di Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MAS) di Kelana Jaya dekat sini, semalam. Bengkel yang dihadiri hampir 900 peserta dengan latar belakang dan kepakaran berbeza itu akan membangunkan NKEA berdasarkan kepentingan negara dengan kerjasama Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu). Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta rakan sejawatnya, Datuk Seri Idris Jala; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz. Muhyiddin berkata, masa depan ekonomi Malaysia bergantung kepada keupayaan negara untuk mewujudkan suasana perniagaan lebih telus, pasaran mesra pelabur dan persekitaran kondusif bagi menggalakkan perkembangan inovasi dan pertumbuhan pelaburan. “MEB sememangnya memberi penekanan kepada aspek inovasi dan perkhidmatan bernilai tinggi yang akan membuka peluang ekonomi sama adil kepada rakyat. Malah, beliau berkata, inisiatif yang dirangka MEB merangkumi Program Transformasi Ekonomi (GTP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) juga dijangka dapat meletakkan negara sebagai pesaing di persada antarabangsa. “Tiba masanya untuk kita melaksanakan prinsip dan dasar yang terkandung dalam MEB supaya masa depan negara lebih berdaya saing, menikmati kemakmuran kewangan dan kesejahteraan sosial,” katanya. Beliau turut menggariskan beberapa bidang yang menyumbang kepada ekonomi negara seperti industri elektronik dan elektrikal, pelancongan, bioteknologi, kebudayaan, hiburan dan kewangan Islam. Mengenai bengkel berkenaan, katanya, kerjasama peserta bengkel di kalangan sektor swasta diperlukan terutama dalam membuat keputusan berkaitan pelaburan negara berbanding kebergantungan kerajaan untuk menentukan industri yang akan diswastakan bagi mencapai pelaburan strategik. “NKEA perlu menyokong usaha berterusan untuk membangunkan sektor masa depan yang mana kita mempunyai kelebihan dan membina serta mengambil kesempatan daripada sektor baru untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya. Muhyiddin berkata, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinet akan berbincang serta meneliti maklum balas peserta bengkel itu sebelum mendapatkan persetujuan sebulat suara.
13may2010

1 comments:

Mohamed Ali said...

$$$ GENUINE LOAN WITH LOW INTEREST RATE APPLY $$$
Do you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.

Email: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
Phone No: +919873186890.