Tidak disangka apabila pihak Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) yang diketuai oleh Ketua Sektor SPI, Ust Ariffin bin Mohd Amin, Penolong Pengarah Kanan j-QAF, Ust Wan Yusof bin Wan Sulong dan Ust Kamarudin bin Ayob telah membuat 'lawatan mengejut' bagi memantau pelaksanaan j-QAF di sekolah kami.
Maka, kami 6 orang GPI pun mengambil dan membawa beberapa bahan penting seperti Buku Rekod Pengajaran Harian, Fail j-QAF dan Buku Rekod Bacaan Al-Quran untuk disemak, diteliti dan diberikan komen balas oleh mereka.
Beberapa maklumat, nasihat dan teguran penting telah disampaikan kepada kami, antaranya:
1- Pemantauan kali ini sangat penting bagi memastikan semua murid sekolah j-QAF kohort pertama (Tahun 6) boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan betul dan lancar sebelum naik ke sekolah menengah walaupun belum khatam dengan bacaan sendiri.
2- Kegagalan dalam mencapai objektif j-QAF yang terpenting ini merupakan kegagalan guru j-QAF itu sendiri kerana mereka telah menjalankan P&P secara kolaboratif.
3- Buku Rekod Pengajaran Harian, Fail j-QAF dan Buku Rekod Bacaan Al-Quran hendaklah direkodkan dengan kemas dan lengkap.
4- Bermula tahun 2011, Pelaksanaan Kem Bestari Solat bagi Tahap 2 adalah sebanyak 2 kali setahun sahaja, manakala Tahap 1 dikekalkan sebanyak 4 kali setahun.
5- Dalam P&P Ulum Syariah, memadai dilaksanakan oleh seorang GPI/GPI j-QAF sahaja. Bilangan guru perlu dilebihkan dalam P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama khususnya kelas murid yang lemah.
6- P&P Bahasa Arab perlu dibudayakan di luar kelas seperti perbualan harian asas dan mudah di antara guru dan murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Arab dengan lebih baik lagi.
7- Kem Bestari Solat telah berjaya dilaksanakan sebanyak 3 kali –setakat ini- bagi setiap tahun (6 tahun x 3 kali = 18 kali).
8- Tasmik juga dapat dilaksanakan di luar jadual waktu walaupun hanya seorang GPI memegang 2 kelas pada setiap minggu dan setiap kelas hanya dapat dilaksanakan selama 30 minit.
9- Perlu fokus kepada sebilangan kecil murid Tahun 6 yang belum menguasai bacaan Al-Quran dengan lancar dengan mengadakan program pemulihan selepas UPSR, selain Kem Literasi Al-Quran yang diadakan pada bulan Ramadhan ini.
10- Penilaian pencapaian murid dalam Kem Bestari Solat perlu diperketatkan iaitu murid yang belum menghafaz mana-mana bacaan dalam solat hendaklah dinilai sebagai Belum Menguasai (BM), bukan Menguasai Sederhana (MS) walaupun murid itu boleh membaca mengikut Bacaan Ikut Guru (BIG).
0 comments:
Post a Comment